Ulangtahun Perkahwinan ke 21 Kujie:Tawaran Hadiah Penginapan Di Legend Cherating

pantai cherating

Alhamdulillah… setelah menempuh pahit manis masam dan kelat alam perkahwinan, sedar tak sedar pejam celik pejam celik sudah 21 tahun kami membina rumahtangga ini.  Tipulah kalau saya katakan sepanjang hidup bersama itu kami tidak pernah berselisih kata bermasam muka.  Sebagai dua individu, kami juga mempunyai beberapa kerektor  berbeza dari segi pendapat atau pandangan tetapi kekurangan dan kelemahan itulah yang melengkapi satu sama lain.

Tahun lepas, saya ada buatkan Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20  untuk rakan-rakan blogger .

pantai cherating

Untuk tahun ini, alhamdulillah masih ada rezeki yang ingin dikongsi bersama.

Saya ada hadiah utama  penginapan tiga hari  dua malam  ( 3D2N) di Legend Cherating Resort untuk diberikan kepada rakan blogger yang bertuah.  Bolehlah merancang untuk  pergi berbulan madu sambil mencatit kenangan menyusuri pantai di antara gemuruh ombak, desir angin dan langit yang terbentang.

Saya tidak perlukan syarat rumit untuk menyertai kontest ini. Anda hanya perlu :-

  • Tuliskan satu entri pengalaman yang dilalui sehingga berjaya melangkah kaki ke jinjang pelamin juga pengalaman menarik sepanjang perkahwinan tersebut.   Atau ceritakan kenangan ulangtahun perkahwinan yang pernah dilalui atau impian anda pada ulangtahun perkahwinan yang akan datang.

Contoh seperti entri saya – Macam mana mama jumpa abah?

  • Memandangkan ini adalah kontest perkahwinan, hanya peserta yang telah berkahwin  atau pernah berkahwin secara sah saja yang boleh menyertainya.
  • Panjang entri sekurang-kurangnya 400 patah perkataan . Boleh disertakan gambar atau video yang sesuai.
  • Tarikh akhir menghantar entri di blog masing-masing adalah pada 11:59 pm 30 September 2012
  • Keputusan akan diumumkan pada hari Jumaat 5/10/2012
  • Hadiah mesti ditunaikan sebelum Februari 2013 dan perlu memaklumkan kepada saya tarikh yang dipilih sekurang-kurangnya sebulan sebelum bercuti untuk tujuan tempahan.
  • Linkkan entri peryertaan anda ke entri  ini  dan tinggalkan komen berserta link penyertaan  di bawah.  Jangan risau jika komen anda dihantar ke kotak spam kerana mempunyai link.  Saya akan luluskan secepat mungkin.
  • Keputusan   muktamat  akan dibuat oleh suami dan saya sendiri.

Ini bukanlah kontest yang serius,  bukan pasal ranking juga bukan seo sekadar berkongsi rasa syukur di atas ulangtahun perkahwinan kami yang ke 21 jadi saya sedang menimbangkan untuk memberi cenderamata yang akan difikirkan  kepada peserta lain.

Jom kongsikan kisah menarik anda….!  tak sabarnya nak baca

 

86 Replies to “Ulangtahun Perkahwinan ke 21 Kujie:Tawaran Hadiah Penginapan Di Legend Cherating”

  1. Pingback: Terima kasih untuk hadiah itu | AkuBiomed
  2. Pingback: Tip memilih pasangan cara old style - AkuBiomed
    1. salam kak jie….

      hehe…dayah nak belek2 kisah cita org pg nih…
      tak sangka suami dayah pun ada submit tengah mlm tadi..

      hahahaha…berbunga rasanya hati…

      tak perasan pulak dia dah submit..

      sebok nengok blog org je…blog sendiri tak check…hihi..

  3. Pingback: Cinta Dua Negara Akhirnya Bersatu | Blog Azmanisma |Perkongsian Tentang Sesuatu

Comments are closed.