Hidup Biar Sedap

Sebuah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti

Subscribe to Hidup Biar Sedap
Technorati
del.icio.us
Oct-21-09

Weblog Popular 1Malaysia dari Kakak AR

posted by Kujie

Saya dicalonkan lagi untuk Contest Weblog Popular 1Malaysia yang dianjurkan oleh denaihati.blogspot.com .

weblogpopular1malaysia

Pencalonan kali ini betul-betul buat saya terkejut dan terharu. Insan yang bermurah hati mencalonkan saya langsung tidak saya kenali.  Sebelum ni pencalonan dari kroni-kroni :lol:

Ajaib sungguh!

Kerana keistimewaan ini, saya luangkan masa lebih 1 jam di blog beliau untuk mengetahui serba sedikit mengenai dirinya.   Saya baca kesemua entri beliau berjumlah lebih 70 itu. ( Nasib baik entri tak panjang..he he he )

Saya ucapkan terimakasih kepada pemilik blog permatahati2008.blogspot.com yang ingin dikenali sebagai Kakak AR atas pernghargaan yang diberi. Saya tiada ganjaran/rebet/bonus untuk tukaran atas pencalonan ini.

Terimakasih seikhlas hati.

Saya baca komen denaihati seperti ini

” terima kasih tolong promosi. peminat hidup biar sedap ni ramai tapi tak ramai yg sudi nak calonkan …emmmm “

Prinsip saya mudah. Popular bukan semestinya bagus. Saya sendiri malu untuk tercalon di dalam contest ini tetapi saya tidak berkemampuan untuk menolak sesiapa yang mencalonkan saya.

Kalaulah saya ingin sangat menang contest ini, saya boleh ‘paksa dalam rela ‘ sesiapa yang pernah saya tolong membina blog mereka untuk mencalonkan saya. Sepanjang 2 tahun ini  ada banyak blog pernah saya  tolong bina dan berpuluh-puluh username dan password pernah saya dapat.    Saya pernah masuk dalam banyak  Dashboard blog orang lain.

Dan  sekarang saya gembira melihat mereka ada identiti dan komuniti tersendiri.

Saya tiada strategi, saya tiada pengetahuan SEQ.   Saya blogger santai yang menikmati setiap detik indah dengan kawan-kawan saya seperti dalam berselam, cetek bertimba.

Saya bukan intelektual @ cendekiawan yang bijak mengungkapkan prosa-prosa indah. Saya juga bukan ilmuan yang mendalami dan mengembangkan ilmu dengan penelitian.

Saya hanyalah cendawan yang sesuai di masak lemak. :lol:

Pencalonan Contest Weblog Popular 1Malaysia ini adalah yang ke-6 7 saya terima.

  1. jentayutiara.blogspot.com
  2. adam-harith.blogspot.com
  3. mawarmerah2008.wordpress.com
  4. akubintangcomel.blogspot.com
  5. www.mawarmerah2008.com
  6. permatahati2008.blogspot.com
  7. megat.net

Terima kasih cinta untuk segalanya … Kau berikan lagi kesempatan itu

EDIT : 7:35am 22-10-09tajuk post tak perlu ubahlah ye…kita share Kakak AR & Megat. Boleh saling kenal mengenal menambah kenalan.

Terimakasih untuk Faisal Amirul Bin Haji Othman . Tak kenal siapa pemilik nama yang unik ini? Kalau Amirul Syazwan & Amirul Syafiq itu anak-anak saya. Beliau pernah bekerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi di beberapa syarikat software house dan pernah memegang jawatan sebagai IT Senior Engineer.

GempaQ tu jawatan dia. orang geek katanya…Saya pun sejak bergaul kenal mesra dengan golongan ini baru tahu apa itu “GEEK” … hehehe…marilah kita jadikan perkataan ini popular sewaktu bergambar menggantikan perkataan ” Cheese ” .
smile and say geeeek!

Sebut ramai-ramai…. geeekkkk….. *snap!

Bapa kepada 2 orang anak ini punya kisah hidup yang menyentuh perasaan. Sejak 16 Mei 2008 beliau tidak dapat meneruskan kerjayanya dalam bidang IT disebabkan penyakit misteri yang menimpa.

Sekarang beliau sedang menunggu dalam penyeksaan untuk menempuh satu lagi proses pembedahan akibat penyakitnya selepas selamat menjalani pembedahan kecil (minor operation) pada 8/7/2008 .

Iringikanlah doa, doa dari seorang mukmin. Doa dari keimanan kamu. Doa dari keikhlasan. Sesungguhnya ia adalah senjata paling tajam untuk kita. Doa dari berapa ramainya pelawat blog ini. Doa dari rakan-rakan blog. Doa dari pembaca senyap. Doa dari rakan-rakan yang mengenali diri ini.

Beliau adalah Megat pemilik megat.net

Sebelum aku mengenali dunia tanpa sempadan ini (internet), watak asal (Faisal Amirul), hidup penuh dengan tekanan dan aku hampir berputus asa. Segalanya terasa gelap, dan aku sendiri pernah merasa tersisih dari kehidupan realiti ini yang penuh dengan pembohongan dan kepura-puraan.

Dan kerana itu aku telah mencipta watak ini (Megat), yang merubah keseluruhan hidup aku menjadi seorang yang penuh keyakinan. Sejak itu juga aku kenali dengan dunia blog. Panggilan Megat berasal dari panggilan sahabat baik sultan johor iaitu Pak Ya (Yahya Ismail)

Terimakasih Megat, semoga dipermudahkan Allah dalam setiap yang dilakukan dan dilindungiNya. Semoga selamat menjalani pembedahan dengan berjaya dan semoga Allah menyembuhkan.

Sekiranya anda ingin menyumbang membantu saudara Megat , salurkan bantuan anda terus ke akaun Maybank Faisal Amirul Othman – 101075418124.

Sekiranya saya memenangi Contest Weblog Popular 1Malaysia ini, ada bahagiannya akan disumbangkan kepada Saudara Megat.  Insyaallah.

Post Lain Yang Berkaitan

  1. arin Said,

    cendawan msk lemak?
    ada ek menu tu?bleh terai nnt..:)
    arin´s last blog ..Daughters .. Part 12 My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @arin, masak lemak cili api, letak tempoyak arin..tapi cendawan sisirlah… :lol:

  2. denaihati Said,

    itu sifat yang terpujui …ibarat padi semakin berisi semakin tunduk …

    Kujie Reply:

    @denaihati, tapi hati jahat juga….nama pun manusia… kadang2 diketuk dek syaitan :twisted:

  3. nuaeman Said,

    kak jie memang popular ape..

    Kujie Reply:

    @nuaeman, tak semestinya bagus…dan hanya dalam komuniti terhad..kalau kita rajin blog walking mesti jumpa banyak lagi blog yang popular dan bagus

    sbb tu kak jie sipu2 juga dicalonkan…tp tak boleh pula nk halang org :|

  4. Kak Long Said,

    Semoga blog Hidup Biar Sedap ni akan berjaya.
    Kalau yang nak calonkan tu, kenalah cepat2, tarikh tutup dah dekat.
    Kak Long dah sebut dulu, kalau nak cut and paste aje daripada entri Kak Long, awal-awal lagi dah beri keizinan.

    Kujie Reply:

    @Kak Long, untuk capai 100 pencalonan tu mcm mustahil..tapi setiap pencalon ttp sy hargai…

  5. samdaddycool Said,

    err.. kkikiki ‘pencalonan kroni-kroni’.. Nanti K.Jie menang kita buat BBQ kat Algeria… :mrgreen:
    samdaddycool´s last blog ..Klik jer.. duit masuk mencurah-curah. My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @samdaddycool, BBQ kambing tu….kroni2 saja boleh ikut :lol:

  6. megat Said,

    alhamdulillah dapat juga sy capai impian sy untuk calonkan blog akak yang sememangnya layak!

    terima kasih akak atas tunjuk ajar dan nasihat berguna dalam penulisan akak. mungkin tanpa sedar ia dapat membuka mata sesetengah pihak juga.

    http://megat.net/weblog-popular-1malaysia-hidup-biar-sedap-layak-menerima-pencalonan.html

    terima kasih ;)
    megat´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia, Hidup Biar Sedap Layak Menerima Pencalonan! My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @megat, terimakasih megat…. segan pun ada, org senior mcm mega calonkan kak jie..senior bkn dari segi umur..tp pengetahuan IT

    megat Reply:

    @Kujie, alah kak, apalah ada dalam ilmu IT jika ianya hanya hal dunia. sy lagi kagum dengan akak yang tahu menyeluruh dan berpengalaman dalam segala hal termasuk bab agama.

    sy sedar, duduk dirumah, jaga anak dan memastikan mereka berjaya punyai tanggunajawab yang besar (maklum la house husband skang he3).

    ps – terima kasih kak.
    megat´s last blog ..Suara Yahoo! Tenangkan Fikiran Dan Redakan Stress!? My ComLuv Profile

  7. Abang Long Said,

    Salam hormat wahai kujie.

    Kenapa dipanggil WEB – BLOG ?

    Kujie Reply:

    @Abang Long, Web merujuk kepada internet, dan Blog merujuk kepada catatan penulis yg berkala.

    Blog adalah nama pendek kepada Weblog.

  8. luthtextile Said,

    hebatnyaaaaa…
    yuhuu….
    luthtextile´s last blog ..Aku dan Textile Department My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @luthtextile, pencalong tu ye…mmg hebat dia org semua tu :grin:

  9. yonna Said,

    blog2 yang tercalon err smua nya yonna x penah masuk, kecuali kak jentayu je la ngan mama. really lain dari anugerah2 lain. kalau mcm tipikal anugerah,asyik2 blog yang sama tercalon. org yang menang pon sama T__T kinda bored!

    tahniah mama. semoga mama menang! :)
    yonna´s last blog ..Y554 : Lumrah Manusia My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @yonna, yg mencalong…masuklah…tapi biasalah kalau kroni2 mama mesti sealiran…hehehe :lol:

  10. yonna Said,

    eh mama. yonna rasa yonna dah salah fhm la HAHAHAHA
    link2 blog tu, blog yang calonkan mama eh? ngeeeeee :p :mrgreen:
    yonna´s last blog ..Y554 : Lumrah Manusia My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @yonna, hehehe….nasib baik cepat sedar :razz:

  11. maza Said,

    hmm.. ni aku jeles ni (sambil hentak2kan jari kelingking kat tumit kaki) huuhhuhu

    Buat megat, moga tuan sembuh dgn segera, dan kembali ceria.. beribadah kepada tuan punya dunia ini! huhuhu
    maza´s last blog ..Sri Mersing My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @maza, kalau mcm gorilla….. bergegar satu Lembah Klang :lol:

    aminn…moga megat sabar dgn segala ujian

  12. Mamamia Said,

    Way to go… You deserve it & Good Luck.
    Mamamia´s last blog ..Highly recommended Books… My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @Mamamia, mcm biasa……….. hari ini tetap berlalu..esok kita menanti

    erk..tiba2 pula :lol:

  13. jiji Said,

    Entah lar kak jie.. contest ni macam nak eksploit/tumpang fame blogger terlebih-lebih pulak untuk promote/increase product/page weblog je.

    Bukan tak boleh.. tp dah sampai tahap EKSPLOITASI. segala mcm benda kena buat dah calon.. lepas tuh kena promote kat twitter pulak..melampau-lampau. NAsib tak di suruh promote dalam facebook/myspace blababla.

    baca luahanan komen kat sini
    http://triplecolourlife.com/blog/okeh-aku-tak-puas-hati-dengan-contest-weblog-popular-1-malaysia/
    jiji´s last blog ..One Last Kiss My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @jiji, ramai sgt yg tak fhm mcm mana nk calonkan..hari ni pun dpt email lagi yg bertanya…

  14. julietchun Said,

    kakjie mmg layak utk dpt title ni, afundi kakjie..buleh ke? :D
    julietchun´s last blog ..Mood My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @julietchun, afundi masuk :mrgreen:

  15. Mak Su Said,

    waduh Jie, cendawan pun cendawanlah.. memang tak dapat disangkal lagi… byk maklumat juga yg saya dpt dari sini… terima kasih dan teruskan berblog :mrgreen:
    Mak Su´s last blog ..Astaghfirullah-hal-azhim My ComLuv Profile

    Kujie Reply:

    @Mak Su, terimakasih maksu…cendawan sisir tu maksu….masak lemak :mrgreen:

  16. jun Said,

    sedapnyer..cendawan sisir bermusim gak…..

    fofular ye jie? tumpang bangga dgn sahabat jun yg sorang ni…blanje makan nasi kt umah boleh? hehe
    jun´s last blog ..Daging singgang merah My ComLuv Profile

  17. Shaffik Said,

    Blog kak jie sememangnya popular…bukan sebagai web hiburan…tetapi web santai dan kekeluargaan…You deserve kak jie..
    Shaffik´s last blog ..Bersediakah Kita Menjadi Survival? My ComLuv Profile

  18. tekkaus Said,

    War….tahniah kak kerana dicalonkan lagi sekali. Tak syak lagi, kak memang popular kan? :p
    tekkaus´s last blog ..I Can Cook Too My ComLuv Profile

Theme Provided By: Customize Wordpress Theme - Downey, California Cash Loan