Weblog Popular 1Malaysia de ~ Bintang |

Petang semalam dalam keadaan blur-blur dengan anak-anak shopping afterplay after raya , Iza singgah dalam perjalanan balik dari Kedah ke Nilai. Kami pernah berjumpa sekali dan ini adalah kunjungan pertama beliau ke rumah saya.

Menu istimewa menyambut blogger di hari raya? Itu bukan Anggur Sendayan Valley yang keluar kat suratkhabar semalam.
p/s – ada banyak gambar, tengok di Galeri Bintang.
p/s – bukan singgah sebenarnya, terus bermalam dan pagi ini dia pergi kerja dari rumah saya. Terimakasih kerana sudi menemani kami sekeluarga.
Masih mengenai Iza . Terimakasih kerana entri calon weblog popular 1malaysia
Dia telah mencalonkan saya dalam Contest Weblog Popular 1Malaysia
Ini adalah pencalonan ke-4 , antara mereka yang bermurah hati menyumbang satu entri dengan mencalonkan saya adalah :
- jentayutiara.blogspot.com
- adam-harith.blogspot.com
- mawarmerah2008.wordpress.com
- akubintangcomel.blogspot.com
p/s – Denaihati , Kak Jie ke Jln. Md Nor Sg. Apong raya baru ni.

Amin…….. Amin… Amin ya Rabbal Alamin. Saya telah menerima sms dari Encik Suami yang telah selamat mendaftar di Camp 5, COJAAL untuk East-West Algeria Highway Construction Project
Saya terima beberapa pendapat mengapa perlu pergi jauh-jauh tinggalkan keluarga untuk kerja?
Bukan masalah kewangan. Sebelum ke sana, kami tidak dibebani dengan masalah kewangan – Suami tinggalkan saya dengan 24 keping cek yang siap ditandatangani, 2 kad bank akaun semasa, kad kredit untuk kami sekeluarga.
Dengan pengalaman kerja lebih 20 tahun, beliau ingin mencapai suatu tahap peribadi dalam kerjaya. Kata Angah ini bukan ‘needs’ tetapi ‘wants’. A need is something that you have to have , something you can’t do without. A want is something you would like to have, it is not absolutely necessary, but it would be a good thing to have.
p/s – Angah ni sejak dia saja lelaki dalam rumah ( dulu 3 lelaki, 2 perempuan, skrg 1 lelaki 2 perempuan ) sikap pun lain. Pagi tadi nak pergi sekolah dia bersalam, berpeluk dan berpesan ” mama jangan nangis-nangis dok rumah sorang2 je..”
Sebagai seorang isteri saya perlu memberi sokongan kepada suami mengejar impian peribadinya kerana selama ini beliau telah memberi banyak ruang kepada kami sebagai ahli keluarga dengan sebaiknya.
4-5 tahun dulu beliau sering menolak untuk ke luar negara kerana tidak ingin terlepas peluang mengikuti proses perkembangan anak-anak, tetapi sekarang Along pun dah 17 tahun , sudah menjadi lelaki yang boleh menjaga keluarga. Angah pun dah 15 tahun tapi dia yang terlebih menangis .
Cuma Intan yang masih kanak-kanak ribena 10 tahun.
Tambahan lagi, suami bukan keseorangan ke sana. Adik lelaki dan seorang pekerja yang telah bersama-samanya sejak 10 tahun dulu juga ikut serta.
Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbeza,yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. Dalam semua keputusan pasti ada baik dan buruk setelah digariskan keputusan dan pelaksanaanya. Hadapi kehidupan ini dengan apa yang ada, kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya.
Kadang-kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu perkara kerana ada perkara yang lebih baik menanti kita.






Betul tu kak Jie. Jika sudah banyak menolak kerana berkorban untuk keluarga, kali ini biarlah dia pergi untuk mencapai impiannya. Lama dah di pendam tu..
Shaffik´s last blog ..Takder Broadband, GPRS Pun Jadi Laa..
ye ke… seronok la saiful tu. dapat ke algeria. berapa lama dia kat sana. mesti setahun.. macamama dapat add blog saya?
boy´s last blog ..Bazar Ramadhan Geylang Serai
@boy, tanya dengan encik google… cari info ttg camp 5 terjumpa
setahun kat sana
@Shaffik, lelaki dan kerjaya…
hmm
ni dah dinamakan self satisfaction dan self enthusiasm.
Macam sesetengah manusia di dunia ini. Sudah pun ada degree bachelor mahu tingkatkan lagi kualiti diri dengan challange diri ke tahap satu lagi. seperti menuntut ilmu ke Master atau PhD pula.
Apatah lagi keinginan (wants) tadi itu adalah sesuatu yg cukup positif. Kira mcm jihad gak ler gitew. hehehhe
Kalau dlm teori organisation bahaviour edisi memotivasi pekerja. Hal ini sememangnya suatu yg amat baik!
Tapi ada juga orang sebaik mendengarkan cita2 yg melambung tinggi ini terus menanamkan rasa cemburu, dengki malah menghalang bersungguh2 untuk tuan badan mencapai cita2 tersebut. walhal cita tuan badan itu juga merupakan jihad dan sunnah jua…
Sbgi kajian kes, sebaik tahu sang suami berkeinginan menambah ‘cawangan’ keluarga, serta merta ada org sekelilingnya akan melompat. Melompat setinggi galah! huhuhu
Kujie: Syabas kerana punya en. abg yg bgitu bertanggungjawab dan amat menyantuni keluarga. Sebelum abg tercinta itu berlalu telah dibekalkan secukupnya segala keperluan keluarga lalu en. abg pun pergi berjihad!
En. abg Kujie itu begitu santun juga ada kaitan dgn sikap toleransi keluarga terutama isteri yg menjadi pendukung cita2 murninya!
Syabas! Teruskan berjuang!…
Maza doakan agar en. abg kita itew memperolehi apa yg dihajatkan dan sentiasa dlm keselamatan serta kerahamataan Tuhan.. ameeennnn
(psst: bila dah berjaya tu, jgn lah lupa kat maza ni yea.. hehehe.. hulur2 lah barang sebuah dua kereta BMW. Tak dapat 5 series dapat hat 5 series pun jadilah. wakakakka)
maza´s last blog ..Menghilang dan Bertemu Kembali
@maza, rasa nak peluk2 je baca komen maza ni… ha ha ha
btw terimakasih… sokongan dari kawan2 juga penting apalagi bagi saya yang pertama kali berpisah jauh.
dulu mana ceruk dia kerja, kami ikut
merasai hidup berpindah2
kerja juruukur mana nak duduk tengah bandar,
Salam…
Memang betul, kadang-kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu perkara kerana ada perkara yang lebih baik menanti kita.
Semoga setiap apa yang dilepaskan akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik..insya Allah.
Kak Long´s last blog ..Pusara di jalanraya
jauhnya..
apa² perkara berlaku disini, beritahulah kpd kwn² yer..
semoga semua selamat..
fiezabaiduri´s last blog ..Game di Muka Buku, Buku Muka?
alhamdulillah selamat sampai dan selamat menuju ke destinasi. semoga si suami mencapai apa yang dinginkan dalam ruang kerjayanya.
yang pasti peluang tersebut tidak mampu tercapai oleh semua orang atas beberapa masalah juga.
megat´s last blog ..Stress Dan Emosi Mengundang Pelbagai Komplikasi Sistem Imun
semoga berjaya dalam apa jua yang di ceburi
haritz´s last blog ..Baru Balik KL
Saya n isteri sentiasa bercita-cita nak relocate 2,3 tahun pegi kerja ke, belajar ke, duduk saja (bila dah mampu) di mana2 negeri lain dalam dunia. Nak popularkan Malaysia, boleh? Ada kawan tu, dengan tak leh speaking nya, duduk UK, duk Jerman, selamba je. Jadi cook lah, tour guide lah.
Tahniah atas keberanian En. Suami n apa yg En. Maza cakap tu saya setuju….
kruel74´s last blog ..My property investment story_continued
sayangkan isteri tinggal2kan…

dr.aku.la´s last blog ..Kerja Kerja Kerja
No pain, no gain … Iringi jer ngan doa yer!
Precious´s last blog ..Tweet and Win a Prize
Bila kita dapat bekerja di Negara ORang barulah kita dapat menghargai NEGARA sendiri. Melancung di Negara Orang tak sama dengan bekerja. Bekerja kita boleh memahami budaya dan cara hidup mereka. Denaihati dah bekerja di beberapa negara luar tapi yang BEST negara sendiri juga dan kerana itu tak pernah MENGUTUK negara dan pemerintah sendiri. Berbeza pendapat dan berbeza parti tak apa tapi jangan sampai bermusuhan.
p/s : raya berapa sampai sg apong tu. saya di jln hj hassan raya ke 3-5.
denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia Update
peeeewiiitttt….
dah 4 pencalonan tu…
selamat hari raya…
dunia skrg makin kecil… dunia tanpa sempadan… teknologi akan mendekatkan kita… algeria – malaysia… beza beberapa saat je klu berkomunikasi dgn internet, kaaan
Setahun tak lama.. tapi untuk pasangan yang jarang berpisah sememangnya tempoh tu cukup lama. Sangat lama..
Moga apa yang dicitakan oleh en. suami tercapai.
p/s: Maaf Kak jie kalau panggilan tu mengganggu dan saya ni mmg selalu anggap macam orang dah kenal saya jee bila bercakap.
nuaeman´s last blog ..Tragedi 1 Syawal
Setuju dgn entry kak kujie nih. Saya pun slalu kena tggl dgn husband. ada yg pertkaikan kenapa saya tak ikut je skali. sbb bkn ada bebanan..anak atau apa kat sini. dan bkn jugak sbb duit. sbb mcm yg kak kujie ckp..msg2 ada cita2 dan impian kita sndiri. stiap pengorbanan pasti manis hasilnya

fazemy´s last blog ..TOPIK HANGAT BLOGGER : AIDILFITRI
wah2..kak iza tuh~ jeles2…hihi..smoga menang untuk akak2 berdua~
War…weblog paling popular? Moga-moga kak dapat menang! :p
tekkaus´s last blog ..Buffet Lunch At Seoul Garden!
mmg mcm tu … kena bg support kt laki.baru bahagia dan boleh shopping byk2 .. hehe
Alhamdulillah, tercapai juga impian cik abang untuk memenuhi impian dia. Semoga selamat semuanya. Cuma kena hati-hati sebab orang Algeria ni ada sikit agresif..
samdaddycool´s last blog ..Apa definisi halal?
Insyaallah. Doakan lah suami selamat dan berjaya..
zool´s last blog ..Antara Dua Darjat
Insya allah, semua nya akan selamat dan berjaya..
arin´s last blog ..Nescafe Ais
Alamak !
Nampak je goreng pisang tu terus lupa nak tulis apa, hehe…
Lama ke cik abang merantau ? Adoi… sayu pulak rasa….
Tie´s last blog ..Perkenalkan…..Nur Aina Damia
tie, pisang goreng la..

Lan Bingka´s last blog ..2009 – Hari Raya paling mencabar
anak-anak pun dah besar ye…

boleh spend dengan lebih ms
untuk diri sendiri
Berita Semasa´s last blog ..Muammar Gaddafi “Telanjangkan” Piagam PBB
dunia ni luas kan. memang dicipta untuk kita bertebaran mencari rezeki walau di mana2 pun. hehe
sekali sekala berjauhan kan kak jie.. bak kata pepatah “Absence makes thy heart grow fonder.”
Terima kasih untuk semuanya Kak Jie.
@Kak Long, tak boleh serabutkan fikiran dgn hal2 yg remeh ye kak long, tempuh saja kehidupan yg datang
@fiezabaiduri, beza 7 jam… mmg jauh
@megat, tiap org jalan kehidupan berbeza..barulah kalerful dunia ni
@haritz, terimakasih…bagi pihak
Sedapnyerrrr goreng pisang tu…..anggur pun nampak best!!!!
**Adakalanya bila berjauhan itu mengajar kita erti kepercayaan dan keyakinan. Biar jauh di mata, namun di hati tetap dekat.
Akak Jie jaga diri ye.
Zymazara´s last blog ..Lagi Explore Negeri Kedah (n3 Cuti2 M`sia)
@kruel74, itu pun salah satu cara juga. Betul tu ramai yg berjaya bukan semestinya dia serba tahu tapi keinginan hendak tahu
@dr.aku.la, sgt sinonim
@Precious, insyaallah….
terimakasih ye