Zaman telah berubah
Rasanya kawan²yang mengenali saya akan faham apabila setiap kali masuk rumah ini melihat beberapa perubahan . Setiap kali proses menukar template , saya perlu mengedit saiz msjbox, mybloglog dan drag widget atas dan bawah mengikut kesesuaian theme tersebut. Saya perlu masukkan semula code iklan Nuffnang. Sekiranya suasana ini membuatkan anda tidak selesa, saya mohon seribu kemaafan.
Berikan saya masa untuk menyesuaikan diri dengan theme saya sendiri. Saya adalah manusia yang sentiasa ingin mencuba, dan maafkan saya sekiranaya kecenderungan saya mencuba berbagai perkara baru di blog ini membuatkan anda mungkin tidak selesa.
Semakin lama saya berblogging, semakin banyak info dan perkara baru yang saya temui dan percayalah saya memang semulajadi tertarik menarik de bomb untuk menerokanya.![]()
Saya suka September… Cinta Abadi
Kehadiran cintamu…Menyinari hidupku
Kehangatan cintamu…Mengubati sepiku
Kelembutan hatimu…Mengubati lukaku
Kedamaian hatimu…Menyinari hidupku
Belaian manjamu…Penawar resahku
Keluhuran hatimu…Hanya kau kekasihku
Keagungan cintamu…Bersama impianku
Untuk hidup bersama…Sehingga keakhirnya
Makin membara…Api cintaku
Kaulah yang satu…Kaulah cintaku
Tak mungkin lagi…Berubah hati
Cinta yang suci…Cinta abadi




ooo.. berat cam tu ke? ingatkan berat mata memandang hehee..
neeza ok aje dengan perubahan.. tak kisah pun.. asalkan dapat baca entry kak Jie.. kalau tak dapat baca, yang tu neeza marah dan geraaammm hehehee…
Cantiknya… mcm dalam citer animasi je… hihi
Saya pun nak tukar theme… tapi blum jumpa yang berkenan di hati…
saya pong tertarik menarik da bomb dengan effort you hehhe
ada apa dengan september mama??
hehe
simple tapi tetap cun. asalkan isinya update hari2 dan menarik.
baru jer plan nak ubah template beberapa hari sebelum kak jie ubah..tetiba kak jie dah ubah dulu..hari tu pun kita tukar template dalam masa yg lebih kurang sama…kaler pun lebih kurang birunya. Ingatkan kali ni nak ambik kaler ijau sama mcm cat baru kat ruang tamu rumah..aik..tetiba kak jie pun ijo gak..camno??!!ermmm…tgh confuse ni nak tukar camner…kang sama kaler ngan kak jie org ingat sy tiru lak..hahaha
he he.. dlm blogging ni, menukar2 theme adalah perkara biasa.. bak kata org, mencari yang berkenan di’hati..
samat beribadat dan menuci jiwa!
besar pahalanya memasak untuk juadah berbuka dan bersahur utk keluarga. berganda-ganda dan ganda! satu fakta yg tak berubah meskipun zaman dah berubah dan dunia bertambah maju.
salut buat makcik kliner dan makcik tukang masak!
header kat atas tu simple, kemas dan segar……
takper…renovate umah..kan dekat nak raya..dan annivesary..:)..moga cinta anda terus hangat..
Biar umah selalu berubah kaler tapi pemiliknya masih tetap org yg sama
mmg betul
proses mengecat dan renovate rumah ini mengambil masa yang sgt lama patah lagi bila ade iklan2 yang perlu di maintain hehehe.. kami tetap sabar janji saya tetap boleh access blog akak guna opera mini saya yer
salam kakjie.. kalau perasan kat blog am kan ada pakai plugin max blog press… am pakai plugin tu supaya bila tukar theme… iklan segala macam tetap kat situ… tak kacau pun..
selalu kita tukar theme, segala coding dalam theme abis hilang sekalikan… yang ni tidak… dia stay jer..
btw theme yang baru ni am cuma nampak putih n hijau jer… header tu memang kosong ker..