Hotel De ART Berdekatan UiTM Shah Alam

BIla sebab nak bercuti kat Shah Alam, rasa pelik. Apalah yang nak dibuat kat Shah Alam tu. Tetapi bila Team Ai Media ajak saya bercuti bersama mereka ke Hotel De ART Shah Alam, tanpa fikir patplohpat kali, saya setuju. Terus susun jadual supaya suami juga dapat balik bercuti pada waktu tersebut dan kami dapat bercuti bersama-sama.

Biasanya kalau nak bercuti, urusan menempah bilik hotel adalah tugas saya. Perkara pertama adalah membuat carian online hotel di Shah Alam. Sangat teruja melihat laman web Hotel De Art. Korang mesti cuba klik dan lihat….ralit sungguh membelek setiap bilik yang terdapat di hotel ini kerana kesemua  58 bilik  dengan tema berbeza setiap satunya. Maksudnya kena klik 58 bilik untuk melihat kesemua hiasan tersendiri bilik tersebut.

Tak percaya, cuba korang klik sini – Hotel De ART Shah Alam.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-33

Kami sampai ke Hotel De Art lebih kurang jam 7 malam. Senang saja nak cari hotel ini, lokasinya berdekatan pintu masuk kedua UITM Shah Alam ( Seksyen 7 )

Kalau dari Kuala Lumpur melalui Federal Highway, keluar di susur Padang Jawa dan ambil arah ke UiTM atau I-city. Selepas Hospital Shah Alam ( dalam pembinaan ), ambil simpang ke kiri dan dari situ dah boleh nampak bangunan hotel di sebelah kanan. Kalau terus kita akan sampai ke I-city.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-49

Masuk saja ruang lobi hotel, terpampang hiasan cantik bak hotel 5 bintang.  Ruang lobi ini biarpun kecil tetapi sangat comel dan menepati keseluruhan pengaruh seni Eropah.  Cuma satu komen saya – tolong ganti bakul sampah plastik biru yang diletakkan di ruang lobi dengan bakul sampah yang menepati tema.  Benda kecil ini menganggu setiap kali saya mengambil gambar dari sudut luas arah pintu masuk.

Terpaksa crop supaya tak masuk dalam frame.

hotel de art shah alam

Ini bilik saya dengan tema Life is Like A Dream.  Sangat sesuai untuk gaya hidup dan umur veteran macam saya suami isteri.

Seluruh bilik tidaklah terlalu luas tetapi bersih dan lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan seperti WiFi percuma,  TV LCD 32″  dengan saluran Astro terpilih , Telefon Dial Terus, Sistem Kad Kunci Elektronik dan bilik mandi dengan pancuran air panas.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-6

Yang paling paling best, pancuran air mandi tu besar. Puas nak mandi di musim air kena catu. Sekali air turun, basah keseluruhan badan yang saiz XXL.  Balik dari hotel, saya terus minta suami tukar pancuran bilik air kami  dengan jenis air pancuran macam ni.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-22
Walaupun hotel bajet, pengering rambut juga disediakan.  Penting untuk wanita yang bertudung , perlu keringkan rambut sebelum bertudung untuk keluar semula.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-16

Ini adalah ruang diluar bilik di tingkat 3.  Di ruang ini disediakan seterika.

ruang tangka hotel de art

Bukan saja bilik, ruang tangga pun menerima sentuhan yang memukau, kemas dan mempersona.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-32

Terdapat sembilan jenis bilik untuk dipilih, sesuai untuk pelancong solo  atau untuk lawatan keluarga.

hotel hello kitty

Hotel de Art mempunyai 58 bilik dengan setiap satu dihiasi dalam gaya yang berbeza.  Biliknya mempunyai pengaruh estetika seperti  Mesir Purba, Eropah dan gaya 1950-an Amerika termasuk juga tema popular yang  diinspirasi dari bintang popular semasa seperti Elvis, Hello Kitty , Micheal Jackson, Hey Mickey atau Lady Gaga.

Untuk setiap penginapan di De Art Hotel, tetamu akan diberikan sarapan percuma di Hailam Kopitiam yang terletak bersebelahan dengan hotel. Sarapan pagi dengan pilihan dari roti bakar, telur separuh masak & set kopi , tuna & set kopi, nasi lemak & set kopi atau set sarapan barat.

Bagi penginap hotel, kita boleh dapat diskaun 10% setiap kali menjamu selera di Hailam Kopitiam sekiranya ditunjukkan kunci bilik sebagai pengesahan.

Lokasi Hotel De Art  ini sangat strategik kerana pelawat dengan mudah boleh mengatur percutian di beberapa tempat pelancongan seperti I-City, Masjid Biru ( Masjid Shah Alam ), Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Taman Tema Sunway Lagoon, Taman Pertanian Bukit Cahaya.

Saya dan blogger lain menghabiskan cuti hujung minggu kami dengan berkonvoi ke Kuala Selangor.  Melawat Bukit Malawati, Taman Alam atau merasai keenakkan makanan laut yang segar dan melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan.

Kalau  mencari hotel berdekatan  UiTM Shah Alam, Hotel De Art ini memang pilihan yang sempurna.   Lokasi hanya beberapa meter dari pintu masuk ke dua ( Seksyen 7 ) dan harganya yang berpatutan.  Pada masa akan datang ,  Hospital Shah Alam akan dibuka berdekaran dengan hotel ini dan sudah tentu ianya boleh menjadi tempat persinggahan kepada keluarga pesakit.

Harga Hotel De ART

  • Standard – 1 Katil bujang ( tiada tingkap) RM 88.00 .  Ahli RM 78.00.
  • Superior – 1 Katil Queen ( tiada tingkap) RM 138.00.  Ahli RM 128.00.
  • Superior Deluxe/ Twin Superior – 1Katil Queen / 2 Katil Bujang (bertingkap) RM 158.00.  Ahli RM 148.00.
  • Superior Deluxe Partial Lake View – 1 Katil Queen Partial Lake View RM 168.00. Ahli RM 158.00.
  • Twin Superior Partial Lake View – 2 Katil Bujang (Partial Lake View) RM 168.00.  Ahli RM 158.00.
  • Triple Room – 1 Katil Queen + 1 katil bujang ( tiada tingkap) RM 188.00.  Ahli RM 178.00.
  • Family/ Vip – 2 Katil Queen ( bertingkap) RM 218.00 .  Ahli RM 208.00.

* Semua harga di atas termasuk cukai dan caj perhidmatan.
* Tambahan RM 10.00 ketika hujung minggu ( Jumaat & Sabtu) dan cuti sekolah.
* Tambahan RM 20.00 waktu sibuk ( malam perayaan dan cuti umum, UiTM Konvokesyen).
* Harga AHLI hanya diberikan kepada tetamu yang pernah menginap. (hari biasa sahaja).



View Hotel De Art Shah Alam in a larger map
Alamat Hotel De ART Shah Alam : 3, Jalan Kristal AS7/AS, Section 7 , 40000 Shah Alam, Malaysia
Telefon No : 03-5518 0975
Facebook – Hotel De ART, Msia’s Coolest Hotel
Laman Web – Hotel de ART Boutique Hotel

tasik seksyen 7 shah alam

Nota Pengunjung :  Bawa pakaian yang sesuai untuk bersukan.  Di hadapan Hotel De ART terletak Tasik Seksyen 7 yang sesuai untuk berjogging atau beriadah aktiviti sukan  di waktu pagi atau petang.  Atau sekadar merehatkan diri menikmati saat tak terduga seperti di dalam gambar di atas!

Pelancaran Pesawat AirAsia Ninetology Ke Negara Asean

Pada hari bersejarah 20 Mac 2014, saya antara beberapa blogger yang bertuah kerana dijemput menghadiri majlis gemilang Ninetology di Sepang Aircraft Engineering.  Tahniah untuk Ninetology Malaysia  diatas pelancaran Livery Ninetology pada pesawat AirAsia yang merupakan strategi dan inisiatif utama untuk terus berkembang di seluruh pasaran ASEAN.

Dengan jumlah pelaburan mencecah RM3 juta untuk tempoh 18 bulan untuk projek ini, Ninetology menjangkakan pendapatan syarikat teknologi peranti mudah alih ini akan meningkat kepada RM380 juta berbanding RM180 juta pada tahun 2013.

air asia ninetologyInilah pesawat Air Asia yang akan membawa jenama Ninetology terbang melebarkan sayapnya ke seluruh negara Asean.   Kempen yang dikenali sebagai “So WOW For All” merupakan projek yang sedang dijalankan dalam tempoh  satu tahun untuk mengembangkan lagi jangkauan Ninetology terhadap pengguna di negara ASEAN

ninetology air asia

Barisan VIP yang hadir merasmikan majlis pada pagi tersebut.

Berdiri dari kini Anaz Ahmad Tajuddin, Ketua Kumpulan Kejuruteraan AirAsia, Marco Beh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Ninetology,  Mantosh Malhotra, Pengarah Kanan Qualcomm bagi Pembangunan Perniagaan Malaysia, Filipina dan Singapura ,  Jay Srage, Presiden Qualcomm  bagi Timur Tengah, Afrika & Asia Tenggara , Sean Ng, Ketua Kumpulan Eksekutif Ninetology,  Goh Thih Liang, Pengarah Pegawai Pembangunan Perniagaan Qualcomm,  Schrene Goh, Ketua Pemasaran Sokongan AirAsia dan Cik Shian, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ninetology.

U9 qualcomm

Kerjasama antara Ninetology dan Qualcomm iaitu syarikat perisian terkemuka  telah mengorak langkah untuk memasuki pasaran Asean.  Sebelum itu pada Disember 2013, Ninetology juga bergadingan dengan penyanyai popular Indonesia , Agnes Monica bagi menembusi pasaran Indonesia dengan lebih berkesan.

Sean Ng, Ninetology Group Chief Executive

Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology,  Sean Ng dalam ucapannya berkata  syarikat itu telah meletakkan sasaran  mengukuhkan pendapatan sebanyak RM380 juta pada akhir tahun 2014, dengan rancangan pengembangannya ke Filipina, Thailand dan Vietnam.

Ninetology Malaysia dijangka akan memperkenalkan telefon pintar yang menyokong rangkaian 4G LTE ( Long Term Evolution ) selewat-lewatnya Mei tahun ini. Peranti yang  meletakkan tanda harga dibawah RM 1000 seunit ini menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon.  Kerjasama antara Ninetology dan Qualcomm  dijangka menjadi pemacu utama  strategi dan inisiatif utama untuk terus berkembang di seluruh pasaran ASEAN

Setakat September 2013, Ninetology telah  menjual lebih daripada 1 juta unit telefon pintar dan mereka terus yakin dapat mendahui pasaran  dalam 3G, 4G dan teknologi tanpa wayar generasi akan datang.  Ninetology Malaysia sendiri telah menguasai 12% pasaran peranti mudah alih  di Malaysia sehingga Disember 2013.

u9

Sempena majlis tersebut, Ninetology juga melancarkan model terkini Ninetology U9J1 yang dijual pada harga RM199 seunit.

ninetology u9 baru

U9J1 ini boleh didapati dalam 4 warna menarik yang setiap daripadanya mewakili personaliti yang berbeza – Heroic Red, Stylish Black, Sexy Pink dan Youthful Green

Bagi menampung keperluan harian, U9J1 digerakkan oleh kuasa 1.0GHz Dual-core CPU dengan Qualcomm Snapdragon 200 processor.  Paparan skrin 3.5 “inci HVGA (480×320) resolusi menghasilkan palet warna 262K dengan sudut luas 170 darjah mendatar dan menegak.

ninetology u9

Untuk sebarang maklumat yang lebih terperinci, sila hubungi Ninetology melalui Facebook Ninetology atau laman web Ninetology U9

 

Menghias Kek Sendiri Di Cake Sense TTDI

Hujung minggu lepas saya ikut beberapa blogger ke Cake Sense yang melancarkan satu pengalaman baru dengan menawarkan pelanggan peluang untuk menghiasi kek mereka sendiri di cawangan Taman Tun Dr Ismail.

Cake Sense ditubuhkan pada 31 Disember 2005 di Taman Megah, Petaling Jaya dan kini mempunyai 12 cawangan seluruh di Lembah Kelang.

Teruja sangat sebab Intan memang berminat dengan program ini dan suami saya pun suka dengan konsep cafe restoran. Sesekali rasa ingin meluahkan kreativiti dan membuat kejutan kepada yang tersayang dengan menghias sendiri kek tersebut.

do it your self cake

Perkhidmatan menghias sendiri kek hanya di Cake Sense TTDI  dalam  dua saiz:  5 inci ( RM35)  dan 7 inci ( RM50) .  Harga termasuk pilihan 3 jenis perasa atau topping.  Jika nak kek menjadi lebih mewah,  boleh tambah bahan hiasan yang diingini dengan  kos RM1.50 setiap satu.

Untuk topping khas, harganya  adalah dari RM2.50 hingga RM15 bergantung kepada saiz dan jenis. Contohnya :

  • Poms pom – RM2.50
  • Bendera (Kecil) – RM2.50
  • Bendera (Besar) – RM4.00
  • Sunflower – RM9.00
  • Ballerina – RM12.50
  • Banner – RM15.00

 

kek sponge sedap

Dua saiz kek iaitu 5 inci dan 7 inci  dan dengan dua perasa pilihan iaitu vanila atau pun cokelat.  Pilih 3 jenis perasa/hiasan daripada 24 jenis yang ditawarkan.

Lembutkan tangan dan mari kita cuba.  Intan remaja yang saya bercadang untuk hantar dia ke kelas kulinari, dan ini adalah minat dia.  Jadi saya bagi dia peluang untuk menghias kek dari sudut seorang remaja.

do it your self cake deco

4 langkah mudah untuk menghias sendiri  :

  1. Pertama – Pilih kek
  2. Kedua – Tabur hiasan asas
  3. Ketiga – Reka deko utama
  4. Keempat – Topping dengan bendera, bunga atau gula-gula .

Sangat mudah  dan dalam masa 15 minit dah siap menghias kek  dengan identiti sendiri.

contoh hias kek

Inilah  kek yang hasilkan oleh blogger lain.  Semuanya penuh dengan cinta.  Hanya kek Intan yang ‘abstark’ katanya.  Masih mencari cinta… gitu! ha ha ha

 

decoration cake

Saya bersama blogger pada petang tersebut – Cik Lily, Ezil , Kelly dan Fish SzeHui dengan kek yang dihias sendiri.

cake sense ttdi

 

Selain daripada perkhidmatan menghias kek sendiri , Cake Sense juga menjual pelbagai lagi kek yang sedap dan menarik untuk sebarang majlis atau hanya untuk diri sendiri.  Ini adalah antaranya seperti  Chantilly Rock,  Red Berries, Tiramisu dan  Mango Peach Yogurt.

cheese to bar sedap

Cheese To Bar ( CTB)  French Cheese Avec Des Fruit yang sangat popular di Cake Sense.  Serius sangat sangat sedap.  Dibalut macam air krim potong, mudah untuk dimakan. Terasa harum keju yang sejuk.

Ruffles Cake

Lemon Sky Ruffle  yang cantik macam dress artis di karpet merah.   Kek sponge dengan chantilly cream perasa lemon. Pertama kali saya diperkenalkan dengan nama chantilly cream , sebutannya “shan-ti-ly.  Kagumlah saya dapat tengok orang yang berbakat hasilkan kes cantik-cantik macam ni.

chantilly cream

Percaya tak , kek yang cantik ini juga selamat menjadi santapan istimewa kami di Cake Sense.

kek pisang sedap

Salah satu menu yang dihidangkan , kek pisang. Lembut aroma dan manis yang sekata dengan  rasa tradisi.

italian grissini

Italian grissini ( breadstick ) sesuai dimakan dengan sup. Rangup dalam masa yang sama lembut.

refrigerator

Hiasan dalaman Cake Sense cantik sangat, saya tak henti-henti ambil gambar.

kedai kek sedap

Kalau sedang merancang majlis istimewa bersama rakan atau keluarga tersayang, boleh kejutkan mereka dengan kek DIY  sendiri.  Mesti sentuhan peribadi tersebut memberikan limpahan kenangan manis bersama

Cake Sense TTDI
26, Jalan Tun Mohd Fuad,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Contact No.: 603-7727 0176
Website: www.cakesense.com
Facebook: fb.com/cakesense
Instagram: #cakesense

 

Ehem… ehem…. 18 April tarikh ulangtahun kelahiran saya!

Pengalaman Bercuti Bersama Sony Alpha5000

 

Alhamdulillah, rasa sangat bertuah bila sekali lagi blog saya dipilih menjadi panel review dalam majlis pelancaran produk kamera terkini dari Sony. Pada mulanya rasa agak janggal bagi saya yang bak kata orang standed mak-mak yang duduk ceruk dapur, tiba-tiba diberi peluang untuk review gadjet canggih. Macam canggung jadinya.

sonyalplha5000

Pada pengamatan saya pada pertama kalinya, pastinya Sony Alpha5000 ni, dah la canggih, mesti susah nak guna. Orang macam saya ni bukanlah ahli high-tech macam blogger-blogger muda-mudi yang lain. Tengok lensa yang boleh dipasang-dicabut, pon dah boleh buat seriau. Tapi setelah berpeluang menggunakan Sony Alpha5000 ni hampir dua minggu, tanggapan saya meleset sama sekali.

MUDAH DIFAHAMI DAN MESRA PENGGUNA

Bagi sesetengah blogger mereka memerlukan gadjet yang mampu milik seperti kamera digital jika dijemput untuk menghadiri sesi media dan sebagainya. Malulah juga kalau kita sebagai wakil media, tapi pakai kamera telefon bimbit kan? Nampak sangat macam tak bersungguh-sunggah.

Seringkali saya mendengar rintihan sesetengah blogger  yang membeli dSLR, tapi masalahnya gambar lagi teruk dari pakai kamera handphone. Salah satu punca mungkin kerana kurang pengetahuan dalam pengendalian dSLR.

Setelah menggunakan Sony Alpha5000 ini hampir dua minggu, saya boleh katakan saya sudah mengenali  dengan mod terbina dalam yang disediakan. Cara untuk mencapai setiap mod juga sangat mesra pengguna. Setiap menu mempunyai ikon-ikon yang mudah difahami untuk kegunaan harian.

KEKEMASAN LUARAN DAN SELESA GENGGAM

sonyalpha5000saiz

Bagi saya, Sony Alpha5000 ni sememangnya jenis kamera kompak/digital yang sangat elegen. Bentuknya yang seakan-akan dSLR tapi padat.  Sisi genggamnya yang sangat selesa dengan genggaman saya membuatkan rasa keyakinan ketika mengendalikan kamera ini.

Berbanding penggunaan dSLR yang berada pada “range basic” yang pernah saya gunakan, sudut genggaman sisi pada Sony Alpha5000 ini memang selesa digunakan terutama jika penggunanya adalah dari golongan wanita.

Untuk makluman semua, Sony Alpha5000 ini didatangkan dalam dua pakej. Pakej pertama adalah Sony Alpha5000 + Kit Lens 16-50mm dan satu lagi adalah Kombo Sony Alpha5000 + (Kit Lens 16-50mm dan 50-200mm)

WIFI, NFC DAN MOBILE?

sony3sony

Sony Alpha 5000 mempunyai  fasiliti WiFi  dan NFC ( Near Field Communications) terbina dalam . Saya ingin kongsikan pengalaman saya  bersama kamera ini yang seiring dengan konsep “social media on the go”.

Berbalik kepada konsep WiFi dan mobile, kamera Sony Alpha5000 mempunyai aplikasi mobile khas yang direka untuk mengurus dan memindahkan gambar dari kamera ini terus kepada telefon bimbit anda. Konsep sebegini pada saya sangatlah menarik, kerana sebagai seorang blogger, saya tidak perlu terikat kepada komputer untuk menerbitkan artikel bergambar. Dalam pada masa yang sama, saya juga dapat berkongsi gambar yang high class untuk tatapan pembaca saya di laman sosial termasuk Instagram.

Pengguna Sony Alpha5000 boleh memuat turun aplikasi mobile  yang diberi nama Play Memories ini diberikan secara percuma.

bercuti di teluk kemang pd

Gambar dan aktivit percutian saya bersama keluarga  di Port Dickson  dapat dikongsi dikalangan teman  sosial media  terus dari lokasi tanpa memerlukan backup seperti laptop.

MENU PINTAR DAN EFEK

efek sony

Ini adalah gambar yang diambil menggunakan Miniature effect (tilt-shift effect) yang build in tanpa perlu beli lensa tiltshift atau edit di dalam komputer. Sony Alpha5000 ini juga didatangkan dengan mod-mod pintar yang mampu mengenal pasti “scenes” yang ingin dirakam. Ianya diberi nama dengan istilah “Intelligent Mode”.

Dalam Intelligent Mode , kamera akan mengenal pasti apa yang sebenarnya pengguna ingin rakamkan. Sama ada Close-up/Macro, atau potret, pemandangan ataupun mod sukan (Fast Shutter). “Kebijaksanaan” mode ini sangatlah membantu terutama mereka yang kurang mahir menggunakan kamera yang secanggih Sony Alpha5000 ini.

gambar pantai

BOKEH DAN LENSA

Ini merupakan satu subjek yang sangat digemari oleh jurufoto. Dalam tempoh selama dua minggu saya menggunakan Sony Alpha5000 ini, saya ada bertemu beberapa rakan blogger yang berkepakaran dalam bidang fotografi. Rata-rata mereka sangat mengkagumi fungsi yang terdapat pada kamera ni.

Dari lensa sampai ke mod bidikan. Ditambah pula dengan kuasa BOKEH dari lensanya, memang boleh buat siapa sahaja teruja.

kampungku

Ini kampung saya, tembok parit di lauan masuk ke rumah mak.

batang kayu buruk

Gambar dari jarak yang sama menggunakan lensa 50-200mm

Meskipun lensanya berkeupayaan 16-50mm f3.5-5.6, tetapi kuasa BOKEH pada aperture f5.6 boleh dikatakan hampir menyerupai BOKEH f1.8. Saya difahamkan, ianya telah dipertingkatkan semasa foto dihasilkan oleh sensor.

KEUPAYAAN SITUASI KURANG CAHAYA

gambar kurang cahaya sony

Sony Alpha5000 ni betul-betul buat saya kagum. Lebih kagum lagi apabila Sony membuat penambahbaikan dalam BIONZ-X prosessornya untuk mengawal situasi noise dalam keadaan kurang cahaya.  Gambar yang saya kongsi ini adalah sekitar jam 8 malam sewaktu kereta saya mengalami masalah tayar pancit di laluan Rawang- Selayang.

Terdapat 3 mod pintar yang direka dalam Sony Alpha5000 ini untuk digunakan dalam kondisi kurang cayaha. Ianya adalah mode: “Night”, “Night Potret”, “Reduce Shake in Low Light”. Rata-rata mereka yang mahir menenai teknik breketting , akan faham untuk menjadikan satu gambar itu high dinamik, anda perlu memproses foto anda dalam beberapa exposure yang berasingan menggunakan perisian di dalam komputer.

waktu malam di port dickson

Dalam keadaan sumber cahaya yang sangat rendah di Port Dickson Waterfront kami sempat bermain Giant Bubble bersama pengunjung lain.

senja di pantai

Kalau bercuti ke pantai, rugilah kalau tak merakamkan detik-detik terbenamnya mentari petang.  Gambar ini saya rakamkan mengunakan mod sunset yang secara dramatik menangkap kemerahan senja.

SELFIE ATAU SELF- POTRAIT.

Ini juga salah satu fungsi yang digemari blogger yang ‘hidup dalam talian’.  Dengan kemunculan Instagram, mod selfie sangat kerap digunakan.  Sony Alpha5000 disertakan dengan skrin yang boleh diselaraskan (flip) 180° jadi pengguna tak perlu teragak-agak untuk menjangka framing dalam kamera.

 

flipscreensony

Dengan kemudahan WIFI dan NFC terbina, selfie atau wefie anda yang berkualiti boleh terus dikongsi kepada pengikut  di laman sosial dengan kadar segera.

selfie or wefie

Intan guna efek soft skin untuk selfie. Dengan berat 210g, self-potrait boleh dibuat dengan sebelah tangan.

 

bunga matahari kuning

Bunga matahari mak saya – nampak sedap nampak real sangat bagi saya seorang blogger bukan jurugambar.  Saiz yang ringan dan mudah dikendalikan menyebabkan saya sering mencapai kamera ini dalam persekitaran harian.  Balik kampung selongkar ceruk rumah mak pun bawa kamera.

sony

Salah satu gambar yang paling saya suka hasil dari Sony Alpha 5000 – lowlight with vertical tiltshift effect.

Selama lebih dua minggu menggunakan Sony Alpha 5000 ni rasa bagaikan tak mau pandang dah dengan kamera digital yang lain. Selain dari kecil comel, ini antara gajed kamera pintar yang pada saya sangat bersesuaian dengan trend masa kini terutama kepada remaja, blogger dan mungkin untuk hobi dimasa lapang.

Bayangkan je la, orang macam saya duduk ceruk dapur pun boleh bergaya dengan gambar mengalahkan orang yang pakai dSLR. Memang rasa dah tak mau lepas dah kamera ni. Gaya dan konfiden level sangat tinggi, lebih-lebih lagi menghadiri sesi bersama blogger.

Untuk mengetahui secara lebih lengkap mengenai Kamera Yang Boleh Selfie Dan Terus Update Ke Laman Sosial ! Klik Sini!