Booking Hotel Online Di LagiSatu

Tiap kali merancang bercuti, menempah tiket penerbangan atau jadual perjalanan adalah perkara pertama yang diselesaikan. Bila dah tetapkan tarikh dan perjalanan, saya yakin setiap orang akan mencari maklumat tempat penginapan.

Mencari tempat penginapan dan membuat tempahan hotel online  bukan suatu yang mudah kerana kita bukan biasa ke lokasi tersebut dan carian di internet juga menemukan dengan palbagai pilihan  dari portal berbeza yang perlu dibuka.  Penat juga nak membuka banyak tempat sebelum membuat keputusan akhir tempahan.

Kali terakhir saya bercuti 2 minggu lepas, tempat penginapan adalah hasil carian internet. Saya yang membuat pilihan selepas menilai harga dan lokasi untuk kami sekeluarga. Itu baru nak pergi Port Dickson, 2 minggu sebelum tarikh pilihan bolehlah mula buat tempahan.

Tahun lepas saya bercuti ke Kuching, 2-3 bulan sebelum terbang saya dah mula membuat carian hotel  online . Kalau buat carian online, mesti dua tiga page terpaksa dibuka untuk membuat perbandingan dan mencari maklumat seperti harga, lokasi, rating atau review daripada pengunjung lain.

Awal minggu ini, saya diperkenalkan dengan satu portal yang bagi saya sangat-sangat menarik. Korang kena bookmark ye sebab saya suka dengan perkhidmatan di portal tersebut.

Jom klik LagiSatu.Com.

Buka saja laman web tersebut, yang terpanpang adalah mainpage yang kemas, bersih dan user-friendly.

 

booking hotel online

 

Fungsi yang tersedia dengan mudah menolong kita membuat carian.  Layout yang kemas dan teratur dari one stop center membolehkan kita membuat perbandingan ribuan hotel yang tersenarai untuk mendapatkan harga yang kita kehendaki.

 

pilihan hotel murah

Ciri paling menarik LagiSatu.Com ialah paparkan perbezaan harga dari pelbagai portal lain di dalam satu carian. Biasanya kita kena buka setiap halaman untuk melihat perbandingan harga tetapi dalam satu klik di LagiSatu.Com, tersedia senarai harga untuk dibuat perbandingan.

Dalam maklumat tersebut juga dipaparkan lokasi hotel yang tersenarai. Yang ini  fungi paling saya suka sebab saya biasanya kena klik peta lokasi dan buka satu lagi halaman baru untuk melihat kedudukan hotel tersebut. Sebagai pelancong, mestilah nak tahu celah ceruk mana kedudukan lokasi hotel.

Dalam pemilihan hotel tempat bercuti, selain harga, lokasi juga sangat penting. Kalau terlalu jauh dari tempat tujuan, hotel yang murah pun tak berbaloi sebab kita kena keluarkan lebih kos pengangkutan. Pastikan harga murah dan dekat dengan tempat tujuan.

Kemudian yang tersedia di hotel tersebut seperti Wifi, kolam renang, bilik mesyuarat , tempat letak kereta, restoran juga dipaparkan dengan sekali klik.  Sebagai perancang percutian keluarga, semua maklumat tersebut memang akan saya gunakan sebelum membuat keputusan menempah sesebuah hotel.

Carian boleh dibuat secara lebih specifik mengikut jenis rating atau jarak, malah kalau kita buat carian dengan pelbagai harga yang dikehendaki, sekelip mata saja portal ini akan memaparkan keputsan.  Tak perlu tunggu  ambil masa untuk loading.  Cuba  korang buat  carian sendiri di LagiSatu.Com barulah faham.

hotel halal di china

Satu lagi keistimewaan protal LagiSatu.Com ini ialah , kalau klik logo HalalStars dalam keputusan carian hotel, senarai butiran hotel yang memberi kemudahan dan perkhidmatan yang muslim-friendly dipaparkan.  Pilihan hotel  halal di Australia, Sri Langka, China , India atau pun Taiwan.  Fungis ini sangat membantu pelancong muslim membuat keputusan sebelum menempah sesebuah hotel yang dikehendaki.

Piawaian yang digunakan untuk diberikan status  muslim-friendly adalah meliputi kemudahan atau faksiliti , perkhidmatan yang disediakan seperti mempunyai surau dan makanan halal yang dihidangkan.

Tiket tambang murah dah booking kan, hotel saja belum.  Buatlah carian yang mudah di LagiSatu.Com.   Carian hotel pilihan disediakan dengan lebih cepat, menjimatkan masa dan boleh dipercayai.

 

Pelancaran Sony Alpha5000 Di Malaysia

Hujung minggu lepas saya hadiri jemputan pihak Sony Malaysia ke majlis perlancaran kamera terbaru mereka iaitu Sony Alpha5000.

Bertempat di Carcosa Seri Negara, majlis dimulai tepat jam 2.30 petang Sabtu 15 Februari 2014.

Buat pertama kalinya pihak Sony memilih untuk memperkenalkan produk keluaran terbaru mereka bersama blogger Malaysia. Saya sangat bertuah kerana terpilih untuk berada bersama pasukan Sony dan diberi peluang untuk merasai pengalaman menggunakan kamera terbaru yang masih belum berada dipasaran.

image

Inilah kamera yang diberi pengenalan identiti sebagai Sony Alpha5000 yang akan berada dipasaran Malaysia mulai esok 21 Februari 2014.

image

Kemunculan Sony Alpha5000 dimulai dengan penerangan daripada Mr. Ishida Masahiko selaku Head of Digital Imaging Sony.

image

Turut sama dimajlis petang tersebut ialah Sony Manager Director , Mr Kikuo Okura yang memperkenalkan secara rasminya kamera ringan yang membolehkan lensa ditukar dengan mudah iaitu Sony Alpha5000.

Sony Alpha5000 boleh didapati dipasaran dengan pilihan warna hitan, pink dan putih.

image

Saiz yang comel dengan berat 210g tanpa lensa memberi keselesaan untuk dipegang terutamanya bagi blogger yang sering bergerak samaada sewaktu hadiri majlis di dalam dewan atau acara luar dewan yang aktif.

Ramai rakan-rakan blogger saya yang mempunyai DSLR tetapi akhirnya tersimpan berhabuk di rumah kerana kesukaran membawa kamera bersaiz besar dan berat ke majlis-majlis bersama blogger. Ini kenyataan kerana saya pun seperti itu… 🙂

image

Salah satu fungsi menarik yang memang memikat anak remaja saya ialah kemampuannya untuk bergambar self – portrait atau kata orang muda zaman sekarang “selfie”.

Skrin LCD yang boleh diselaras sehingga 180° membolehkan kamera mengambil gambar gaya “selfie” dengan mudah. Dibantu oleh saiz mudah genggam dan lebih ringan, ianya cukup selesa walaupun menggunakan sebelah tangan.

Kami “wefie” dengan mudah kerana fungsi self-potrait secara automatik menhidupkan ‘timer’ tanpa perlu sentuh kawalan dengan kiraan 3.

Letak kamera pada kedudukan yang stabil dan terhasillah gambar dengan kualiti gaya profesional hanya dengan kamera bersaiz kecil dan ringan.

Saya bukan blogger fotografi, tetapi dengan Sony Alpha5000 ini dapatlah juga menikmati hasil bidikan taraf amatur dengan puashati.

Korang mesti baca info lengkap di Sony Alpha5000 untuk lebih mengenali kamera ini secara specifik dan sokongan PlayMemories Apps.

Sokongan NFC dan Wi-Fi juga satu kelebihan bagi gadjet zaman sekarang yang membolehkan perkongsian di laman sosial melalui telefon pintar atau tablet dengan lebih mudah.

sonyalpha5000malaysia

Ini adalah kami pertama saya berkenalan dengan kamera Sony dan sudah jatuh cinta. Perbezaan yang paling jelas adalah butang mode yang diselaras dengan pilihan sentuhan berada didalam skrin bukan butang yang digerakkan dibahagian atas badan kamera secara fizikal.

Pop-up flash juga berada pada kedudukan yang sesuai dalam binaan yang bijak. Sensor Exmor APS-C HD CMOS 20.1 megapixel cukup sempurna untuk menghasilkan gambar yang cantik bagi amatur blogger seperti saya.

Tak sabar untuk terus bersama Sony Alpha5000 twin lens SEL 1650 hujung minggu ini ! Untuk maklumat yang lebih lengkap termasuk harga yang ditawarkan, boleh tengok specification di sini – Sony Alpha5000

Live Blogging From GT-i9300

Hanya 10 Minit Drive Thru Oil Xpress Di DTOX

Pernah hantar kereta untuk servis? Pernah pergi workshop?

Sejak 5-6 tahun lepas, saya buat sendiri semua hal mengenai kereta seperti tukar minyak hitam, tukar tayar, servis pendingin hawa dan servis major apabila tiba cuti hari perayaan. Dalam kesemua keadaan, tukarkan minyak hitam dan penapis minyak adalah perkara yang paling kerap dilakukan.

Sebagai seorang perempuan, berkunjung ke workshop untuk servis kereta seorang diri adalah keadaan yang paling tidak selesa. Kita akan berurusan dengan lelaki di tempat tumpuan lelaki dan di dalam persekitaran yang nampak kelam dan tersorok. Kalau terpaksa tunggu lebih 1 jam di kerusi plastik yang disediakan sambil melihat lantai berdaki dengan sisa tumpahan minyak.

Tetapi apabila saya berkunjung ke DTOX, pengalaman biasa yang sering dilalui sangat berbeza. Perkara pertama yang menarik perhatian sudah tentu janji yang ditawarkan yang hanya memakan masa 10 minit. Perkara kedua adalah drive thru. Macam selalu pergi McDonalds je….

Macam mana nak drive thru sambil servis kereta? Syarikat Drive Thru Oil Xpress yang lebih dikenali dengan nama “DTOX” beroperasi di Petaling Jaya adalah pusat servis yang pertama yang memperkenalkan konsep ini di Malaysia. Sesuai dengan kehidupan zaman sekarang yang bergerak pantas, perkhidmatan seperti ini sangatlah dialu-alukan.

IKuti pengalaman saya bersama Along dan Intan berkunjung ke DTOX pada penghujung tahun 2013.

DToX - Drive Thru Oil change Xpress
DToX – Drive Thru Oil change Xpress

Bila sampai ke lokasi, nampak sunyi nampak sepi tidak seperti workshop yang biasa kita kunjungi. Ruangnya seperti sebuah showroom mewah dengan dinding kaca yang ekslusif. Macam tak percaya bahawa disitu adalah tempat menukar minyak kereta. Biasanya workshop digambarkan tempat yang comot, kesan dan sisa minyak di lantai.

Keadaan yang terang, cerah dan dilaluan sibuk tepi jalan utama sudah cukup selesa bagi seorang perempuan dari segi keselamatan.

Staff DToX Petaling Jaya

Along bersama Encik Chris dan salah seorang mekanik yang membuat servis ke atas kereta kami.  Terdapat 4 bay yang membolehkan 4 buah kereta diservis dalam masa yang sama.  Sebab itulah pelanggan tidak perlu menunggu lama dan semua proses dapat disiapkan dalam masa 10 minit.

Drive Thru Oil Xpress DTOX
Drive Thru Oil Xpress DTOX

Apabila tiba di sini, terus pandu di bay yang  ditentukan dan pelanggan tidak perlu pun turun dari kereta.  Buka tingkap dan buat tempahan perkhidmatan yang dikehendaki kerana mereka akan mengisi permohonan melalui ipad.

Tak panas ke duduk dalam kereta bila enjin dan pendingan hawa dimatikan?

Jangan risau kerana ‘econ’ akan diberikan.

Nampak saluran yang keluar dari bumbung ?  Saluran itulah ‘econ’ yang akan ditarik rapat ke kereta dan  memberi hawa dingin seperti econ biasa.

Pelanggan yang masih di dalam kereta akan merasa selesa tanpa panas dan berpeluh.  Duduk tunggu 10 minit tu, sempat kalau nak touch up bedak, tenyeh lipstik dan buat selfie untuk Instagram!

 

DTOX Malaysia
DTOX Malaysia

Servis tukar minyak di sini mengambil masa hanya 10 minit kerana mereka menggunakan pam elektrik untuk menyedut minyak daripada dalam enjin berbeza daripada mesin penyedut lain yang menggunakan angin.

Seorang mekanik di bahagian atas dan seorang lagi berada di bahagian bawah kereta. Biasa di tempat servis lain, kereta akan dijack untuk membuang sisa minyak hitam melalui bawah badan kereta tetapi di sini seorang mekanik akan menyedut melalui atas dan seorang lagi akan membuat sisi minyak daripada bahagian bawah ruang lantai.

Pelanggan yang duduk di dalam kereta pun tak sedar proses di bawah badan keretanya sedang berlaku.  Sebab itulah kita  nampak lantai bersih, licin dan berkilat seperti di pusat pameran kereta.

Harga Service Kereta di DTOX
Harga Service Kereta di DTOX

Harga yang ditawarkan tanpa caj tersembunyi. Semuanya dipamerkan secara jelas dan terang.  Apa yang anda nampak, itulah yang anda bayar.  Tak perlu berteka teki berapakah bil yang akan dihulurkan oleh mekanik selepas  servis selesai.

Pelanggan boleh pilih pakej Signature M (mineral 20W-50), Signature S (semi 10W-40), dan Signature F (fully synthetic 5W-40) dan  minyak yang diingini seperti Castrol, Shell, Mobil, Liqui Moly, dan M7 Pro Oil. Di Petaling Jaya hanya DToX sahaja yang menjual M7 Pro Oil.

Semua penapis minyak  yang digunakanadalah original.

Khidmat Pendaftaran Pelanggan
Khidmat Pendaftaran Pelanggan

Bersesesuai dengan nama konsep drive thru, pelanggan tak perlu turun dari kereta. Anda cuma pandu , turunkan cermin kereta dan buat pesanan salah satu daripada 3 pakej yang ditawarkan.

Tetapi kami lebih senang turun dan melihat-lihat di sekitar workshop ini dan Encik Hendrik yang datang ke bilik menunggu mengambil maklumat pesanan , pelanggan dan kereta.

Ruang Menunggu DTOX
Ruang Menunggu DTOX

Ada sebab tu kenapa anak-anak saya tak mau menunggu di dalam kereta!  Ruang bilik menunggu disediakan kopi percuma.  Saya tak pernah pergi workshop yang berikan minuman percuma walau sebotol air kosong.

Harga servis pun bukan berbeza sangat dengan tempat lain, tetapi suasana yang ditawarkan nampak ekslusif dan bergaya.

Drive Thru Oil change Xpress
Drive Thru Oil change Xpress

Servis di DTOX sangat berbeza. Dari ruang bekerja hinggalah ke ruang menunggu untuk pelanggan.  Staf juga sangat peramah dan mesra.

Laporan Servis Kereta di DTOX
Laporan Servis Kereta di DTOX

Satu lagi keistimewan DTOX, kita boleh add on servis dengan tambahan RM 30 untuk memeriksa keseluruhan kereta.  Hasil dari pemeriksaan, mereka akan memberitahu secara jelas kondisi kereta pelanggan dan  juga membuat beberapa cadangan yang boleh menjadi rujukan dan panduan  mengenai kereta kita.

Laporan ini mencadangkan  brake pads dan viper perlu ditukar dalam masa 2-3 bulan akan datang , siap dengan anggaran harga !

Mekanik Masa Depan
Mekanik Masa Depan

Ini adalah bakal mekanik masa depan!
Anak kucing ini baru 2 minggu dilahirkan di DTOX dan tinggal keseorangan dijaga oleh pihak  mekanik DToX.

Pusat Service DTOX Petaling Jaya
Pusat Service DTOX Petaling Jaya

Sepatutnya servis siap dalam masa 10 minit tetapi banyak masa dihabiskan untuk melayan si comel ini.

Pendapat saya, servis seperti DTOX yang berkonsepkan pandu lalu amat sesuai untuk kehidupan zaman sekarang terutamanya kepada wanita.  Kebanyakkan wanita berkerjaya sekarang mempunyai kenderaan sendiri dan rutin service kereta yang perlu dibuat sendiri.

Yang menarik, tak perlu buat tempahan.  Sesuaikan kelapangan sendiri tanpa terikat dengan jadual yang ditetapkan.  Pandu dan lalu – dalam masa 10 minit, semuanya selesai.

Untuk ke DTOX, set GPS   3.244724, 101.62817 dan pandu ke  No.2 Lorong 8/1D, Jalan Sultan, Section 8, Petaling Jaya.  Kalau dari Lebuhraya Persekuturan, lalu depan Hilton Hotel PJ dan belok kanan di simpang pertama.

DTOX dibuka setiap hari waktu bekerja bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam.  Pada hari minggu mereka beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Boleh telefon mereka di nombor 03 7958 3869 untuk sebarang pertanyaan.

Untuk maklumat lebih terperinci, boleh kunjungi laman web DTOX di  – http://dtox.com.my

Terima kasih DTOX  terutamanya Encik Chris yang melayan kami ….  jangan lupa buka akaun Instagram DTOX.