Satu Permainan

Posted by Kujie on February 13th, 2008
Tadi saya suka² klik untuk satu terjemahan dari B.Inggeris - B. Malaysia dan saya sudah menjangkakan itulah keputusannya…

Ha ha ha….lawak². Best juga main benda ni ye!

Kereta Lembu

Posted by Kujie on January 25th, 2008

“Sukar untuk dibayangkan bagaimana mereka boleh memasukkan seekor lembu ke dalam tempat duduk belakang kereta Proton Wira.”

Demikian persoalan yang berlegar dalam fikiran sebahagian penduduk Kampung Pondok Labu, Mukim Keladi, Kulim, Kedah, mengenai cubaan pencuri lembu yang melarikan seekor lembu milik penduduk kampung terbabit dengan memasukkannya ke ruang tempat duduk belakang sebuah kereta, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan itu gagal apabila kereta yang dinaikinya terbabas selepas berjaya dipintas sekumpulan penduduk kampung yang mengejarnya.

Sumber : harian metro

hakhakhak…inilah namanya KERETA LEMBU!!!

3B

Posted by Kujie on January 7th, 2008

CommentYou.com is your One Stop Shop
Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..
Pemuda : “Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…”

Ustaz : “Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?”

Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati…”

Ustaz : “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ‘3B. ‘B’ yang pertama adalah ‘BERUSAHA’.. . apakah kamu sudah banyak berusaha?”

Pemuda : “Susah terlalu banyak Ustaz… sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis..”

Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’

Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang.. . saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis …..”

Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yang ketiga.”

Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”

Ustaz : “BERCERMIN!”

Jie ~ Hendak terbang tidak bersayap, hendak hinggap tidak berkaki….

Paling sakittt…..

Posted by Kujie on January 5th, 2008

Cuba teka sakit apa yang paling sakit?

Hati?

Salah!

Perut?

Salah!

Gigi?

Salah!

Jawapannya

Sakit tengkok!

Kenapa?

Nak berpaling tak dapat…..

huhuhuhu……….sesiapa yang sakit leher malam tadi, pergi jemur bantal tu ..tepuk² sikit.

Nak tau ape Budin buat pada kucing si Combi…klik SINI


Copyright © 2007 Hidup Biar Sedap. All rights reserved.