Semoga dipermudahkan segala urusan dan dipanjangkan umur dalam keberkatan. Selamat menempuh SPM pada 14 Nov 2011 dengan lancar dan sebaiknya
Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H kepada semua pelawat kujie2.com terutamanya rakan-rakan blogger. Istimewa untuk suami di Constantine, Algeria – maaf zahir & batin. Moga pengorbanan kita mendapat keberkatan dari Allah swt. P/s – lembu korban kami se keluarga pagi ini Posted with WordPress for BlackBerry
Kujie dan anak² , Serendah Selangor Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H – Maaf Zahir & Batin Saipul Anwar Daud , Constantine Algeria
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilhamd. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kerana diberi kesempatan ini untuk merasai detik Syawal 1432H. Untuk tahun kedua berturut², ketibaan Syawal sekali lagi kami sambut secara berjauhan. Bersama anak² tanpa suami. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam umumnya pembaca blog kujie2.com.
Bila balik kampung? Balik mana? Suami Kak Jie balik tak? Ini soalan wajib 3-4 hari ini. Saling sapa dan menyapa. Saya dan anak² beraya di sini , untuk tahun kedua berturut². Suami tak balik beraya tahun ini. Suami tiada bersama , mestilah sedih tetapi bukanlah nak meratap mendayu² nyanyi lagu raya ♫… manusia miskin kaya
Ini adalah entri yang dikitarsemula dari entri lama tahun 2008 – Iklan Raya Petronas Yang Mana Paling Best? Iklan Raya Petronas 2010 – Kisah Terlanjur Maznah & Fendi
Ya Allah… Abadikan kasih sayangnya, Tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Amin. rasa mcm tak best tidur tanpa publish entri ni
Ayah lahir pada 01 Julai 1941. Tahun penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ayah menjadi anak yatim apabila datuk saya di bawa Jepun sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api di Siam dan tidak pernah kembali selepas itu. Dibesarkan tanpa ketua keluarga bukanlah sesuatu yang mudah di zaman tersebut. Ayah tidak pernah bersekolah tetapi ayah

