Posted by Kujie on December 8th, 2008

Bertanya aku pada diri
Apa sebenarya merunsing hati?
Apa sebenarnya mengunci fikir ini?
Ku selam-selam lautan hati
Ku cari-cari rasa apakah ini
Ku fikir-fikir, ku jangka-jangka
Bertemu jawapankah aku akhirnya?
Ku teroka luas ruang memori
Ku belek-belek diari hidup ini
Semalam yang dulu, hariku kini
Apa terjadi?
Apa yang menjadi ?
Read the rest of this entry »
Posted by Kujie on November 21st, 2008
Assalamualaikum……. on board again! Terimakasih pada yang sms bertanya khabar. Saya sihat cumanya pusingan biologi dalam badan kerap mempengaruhi kesihatan diri.
Saya mengalami alahan/ PMS yang teruk selepas kelahiran Intan 9 tahun dulu. Zaman anak dara zaman jahiliah dulu saya tiada langsung masalah. Mungkin juga kata orang banyak urat yang putus selepas 3 kali kelahiran secara pembedahan caesarean - 2 melalui bius umum ( tidur lena tak ingat dunia ) dan satu melalui proses bius saraf belakang ‘Epidural’.

Read the rest of this entry »
Posted by Kujie on November 19th, 2008
Kita berinteraksi secara psikologi dan fizik terhadap setiap proses kimia yang terjadi pada tubuh tetapi sehingga hari ini, saya sendiri tidak faham reaksi pada proses tindakanbalas itu. Selalunya pakar perubatan bercakap ianya terjadi kerana kekurangan hormon progesterone dan berlebihan oestrogen.
Posted by Kujie on November 11th, 2008

Keupayaan seseorang mengenal dirinya adalah kemahiran yang sangat penting kerana dia dapat mengawal emosi dalam apa jua keadaan.
Sebenarnya sejak akhir² ini, banyak yang hendak ditulis tetapi belum pun separuh siap, pantas saja ditekan save as draft. Banyak kata² yang ingin diluah tetapi tertinggal jauh di sudut hati….I’m completely opposite of what everyone thinks I am.
Mungkin lebih baik begitu… dan terima begini tanpa memikirkan hal begitu!
Read the rest of this entry »
Komen Terkini