Saya turut di tag
Posted by Kujie on April 4th, 2008Game ini hampir seperti Big Bang yang pernah saya buat dulu tetapi lebih tersusun
dan berkesan kerana peserta terdahulu akan mengupdate list mereka dari masa kesemasa dan secara tidak langsung mereka akan menglink peserta yang terkemudian. Walaupun tidak 100% berkesan tetapi mempunyai skrip yang baik dan di organise dengan baik.
NOTA : Abaikan entri ini jika anda tidak memahami/meminati infomasi teknikal seperti ini.
Heart Full of Love
Posted by Kujie on February 13th, 2008Hari ini saya pinjam lori apek ikan ( dia masih cuti ) untuk kutip hadiah dari kawan²….

Award yang lemak manis berkrim ini saya terima dari Chef Selebriti Norz
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu
Award mesra alam ini dari Encik KuNadzri

kawan
jika terasa tiba2 nak melarikan diri
jauh dari masalah
hubungilah aku
aku takkan suruh kau berhenti
tapi
mungkin aku akan berlari bersamamu
agar masalahmu boleh selesai…
(Norz..kena ikat dia kuat²ni…nk lari ke Serendah bukan jauh pun dari Gombak…hakhakhak…)
jika tiba² kau ditinggalkan kekasih
beritahulah aku
aku tidak akan memaki hamun x-pakwemu
tapi
aku akan cuba buat kau mencintai dirimu sendiri
Award yang penuh cinta di bulan Februari ini saya terima dari Yati

tetapi kawan
jika suatu hari aku berdiam diri
aku tidak membalas messagemu
aku tidak angkat panggilan darimu
kunjungilah aku segera
kerana
aku setia menanti sebagai seorang kawan di sini!
Kuntuman ros putih tanda persahabatan yang suci dari Ah Mat Gebu

Lihatlah
apa yang disebalik segala sesuatu
bagaikan kau melihat sekuntum mawar
yang berkelopak banyak itu
lantunkanlah penglihatan tajammu
berserta mata hatimu pancaindera batinmu
agar dapat kau melihat
disebalik segala kelopak kelopak
mawar yang tercontoh itu
yang terdekat
dan satu itu
ada banyak lagi kelopak kelopak
yang tidak terlihat pada pandangan dan sudut tertentu
Award yang menarik dari setulus hati yang bahagia sarat cinta saya terima dari Puan Angriani & Puan OD


bahawa disebalik kelopak kelopak yang berbeza
dan banyak itu
ada sudut ada ruang rahsia
yang darinya datang kewangian
kemanisan sebuah rasa
manisan madu yang hanya pandai di hidu
oleh makhluk yang keistimewaannya
mencari rahsia itu
Dari Tawau Puan Angriani memberi saya bukan satu malah 2 award, kemudian sa
ya memandu lori menyeberangi Laut Cina Selatan (?) untuk ke rumah Puan Muadz - sorilah Puan Muadz , tadi lori pancit tepi highway Sg Besi..tu yang lambat sampai Kajang!!
“Friendly Site Award” ini juga saya terima dari Cikgu Panji
bahawa seperti kuntum mawar itu
begitu jugalah kau dan aku
insan yang terkadang
disalah fahamkan
yang tersalah hitungkan
yang tersalah mengertikan
bagaikan mawar yang tercontoh itu
kecantikana bunga
bukanlah sekadar pada kelopaknya
kebaikan manusia pun
tiadalah pada rupa parasnya
akan ku hitung segala kelopak
duri
daun
kuntum kuntum putik yang belum berkembang
juga madu dan manisan
yang tersimpan terahsia dari pandangan
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya
kau tiada takut membisikkan kata
Tidak
di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata
Ya
Dan bilamana dia diam,
hatimu berhenti dari mendengar hatinya
kerana tanpa ungkapan kata
dalam persahabatan,
segala fikiran, hasrat, dan keinginan
dilahirkan bersama dan dikongsi
dengan kegembiraan tiada terkirakan
Di kala berpisah dengan sahabat,
tiadalah kau berdukacita
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya
mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya
bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki
nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran
( Persahabatan - Khalil Gibran )
Friendly Site Award
Posted by Kujie on February 4th, 2008Terimakasih kepada pihak penaja, tak ketinggalan kepada mak dan ayah, adik beradik yang sentiasa memberi sokongan… PA saya yang lebih sudu dari kuah, suami saya yang menyediakan PC , Tuan Tanah Encik Blogger, Pejabat Daerah Encik Streamyx yang kadang² bertukar Snailmyx juga Encik Power Supply kerana tanpa gabungan perkhidmatan tersebut, tentulah saya tidak berpijak di alam cyber ini berdiri dimukasukat blog untuk menerima anugerah yang istimewa ini.
I Love You All……..misyu liek krezi!!!
Tiba…tiba… Ding dong..ding dong….
Sapalah yang datang malam² buta ni, orang belum nak rebahkan badan nak tidur lepas cuci bedak sejuk yang bertempek² . Intai dari balik tirai…owhhh…Encik Posmen rupanya.
Terharu dan gembira sangat² hari ini, kerana saya juga mendapat anugerah yang sama dari Opah yang jauh di benua terpencil di selatan bumi. Opah Dangdut atau lebih glemer dengan panggilan OD telah mengirimkan Friendly Site Award dengan perkhidmatan courier SDD ( Same Day Delivery )
Tocei…tocei… Xie xie …wo ai nie.
Edit :Angriani juga telah memberi saya anugerah ini, terimakasih tak terhingga untuk penghargaan ini.
Mengikut tradisi, saya juga perlu memanjangkan anugerah ini kepada teman² saya, saya mempunyai ramai teman² setia di sini, ada yang saya kenali lebih dari 3 tahun. Mereka semua adalah teman² istimewa saya yang sentiasa menceriakan hidup saya. Terimakasih kerana menjadi sebahagian dari bab yang indah didalam novel hidup saya.
Pada hari yang bersejarah ini, saya akan serahkan anugerah Friendly Site Award kepada seorang blogger baru yang cukup mesra alam walaupun baru 2-3 minggu menjadi teman saya. Dengan segala hormatnya saya persilakan Encik Muin ke pentas untuk menerimanya.
* clap……..clap…… phewittt… phewittt… <- suara latar!







Komen Terkini