DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut ’sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’.
Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”
Pulanglah Perantau - Aishah
Aduhai ndak eh
Bersori dipandang mato
Tak kiro yang tuo
Yang mudo turut bersamo
Yang jauh dah tibo
Yang dokek menyusur langkah
Pagi syawal hari mulio
Berkumpul semuo
Ohhh…
Anak mudo di rantauan
Pulanglah kito bersamo
Berhari rayo
Lamo dah bonda merindu
Rindu tuan…
Di rantauan… di rantauan
(Merajuk) jangan dirajuk
(Tak sudi) orang tak sudi
Hari rayo hari mulio
Bak gombiro
(Yang rindu) jangan dirindu
(Yang Baru) carik yang baru
Bersyukur dan tonangkan hati
Di aidilfitri
Ohhh…
Lomang ketupek dan rondang
Aduhai sodap diraso
Sodap diraso
Kalau menjamah hidangan
Biar sopan…
Jago-jago… budayo kito
(Setahun) hanya sekali
(Bertanyo) hati ke hati
Berkumpullah kito semua
Sanak saudaro
(Mohon maaf) ampun dan maaf
(Kepado) ibu dan bapak
Moga berosih seluruh jiwo
Sepanjang maso
Ini bukan lagu raya tetapi lagu sebelum hari raya. Berzakat fitrah sudah, membeli belah sudah tetapi andai masih ragu dan masih berbelah bagi untuk pulang atau tidak, fikirlah semula.
Balik kampung penting dipertahankan kerana ia menemukan kita kepada akar kita yang membentuk nilai budaya hidup kita.
Semoga Syawal bakal menjelma ini memulihkan motivasi kita untuk mengeratkan persaudaraan yang sedia terjalin. Janganlah ungkapan kemaafan sekadar satu ucapan memenuhi syarat. Luahkan melalui hati yang tulus dengan harapan agar segala yang keruh dapat dijernihkan dan segala yang tersimpul dapat dileraikan. Sentiasa tanamkan dalam fikiran dan tindakan kita bahawa Aidilfitri kali ini mesti berlangsung dengan seribu kegembiraan yang menginsafkan.
Di suatu pagi, mentari tampak meredupkan cahayanya, tak seperti biasanya yang selalu tersenyum lebar dan menebarkan aroma cahaya kecerahan pada setiap insan di muka bumi.
Sementara di sebelah pula sang hujan mulai menggoda, mulai melambai-lambaikan godaan awan seolah mengejek sang mentari untuk mulai bersenda gurau,
“Pagi yang menyejukkan ..” guraunya.
Sang mentaripun tersenyum simpul mendengar ejekan sang hujan, dengan lirih pun berucap, “wangi aroma cahayaku tak sirna oleh lambaian godaan awanmu….”.
Sang hujan pun balas mengejek, “Bagaimana mungkin engkau tak kan terhalang, sedang aroma cahayamu tak sampai di muka bumi ?”.
Sang mentari dengan tegas menjawab, “Wangi aroma cahayaku akan selalu terpancar oleh hati² hamba yang beriman, walau mendung awan menyelemuti bumi mereka”.
Mendengar jawaban demikian sang hujan pun berkata, “Sungguh engkau memang benar !”.
Itulah kalimat yang barangkali menjadi sebuah bahan inspirasi, bahawa pada dasarnya sinar cahaya akan selalu benderang menghiasi ruangan² hati hamba yang beriman. Sang cahaya tak hilang walau diterjang berbagai awan yang melintang, kerana sesungguhnya awan itu hanyalah sebuah “dugaan ” untuk membolahkan kita melihat sang cahaya kembali.
Begitulah, kita hidup di dunia ini. Kadang² kerana berbagai masalah hidup seolah² menenggelamkan sumber cahaya abadi yang ada dalam hati , padahal kerana masalah hidup itulah “nilai” kita semakin teruji.
Bagaimana kita dapat dibezakan dengan makhluk Allah yang lain, bila kita tidak pernah diuji. Andai kerana ujian hiduplah, kita “dipaksa” untuk selalu mengasah akal dan fikiran kita.
Kerana ujian, kita selalu dan selalu melihat tanda² kekuasaan Allah, kerana sesungguhnya bagi seorang mukmin “segalanya merupakan kebaikan”.
Dalam sebuah hadits Rasulullah pernah bersabda, ” Sungguh unik perkara orang mukmin itu ! Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itu juga menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin.”
Kadang² bila kita mengalami masalah ekonomi misalnya, begitu berat gundah gulana melanda fikiran kita, perasaan dan hati kita merasa kacau bilau. Namun sadarkah kita, bahawa seberat apapun masalah yang kita hadapi “pasti” sesuai ukuran yang Allah berikan kepada kita. Ini yang harus senantiasa menjadi sebuah “keyakinan mutlak” dalam diri kita.
Sikap kita terhadap sebuah permasalahan, ternyata lebih penting dibanding masalah itu sendiri. Kita sedar di dunia ini tidak ada satupun manusia yang tidak mempunyai masalah, kerana memang manusia terlahir ke muka bumi, untuk memahami masalah. Melalui sebuah masalah, nilai kita diuji oleh Allah.
Akankah kerana suatu masalah membawa kita semakin dekat kepada Allah ? atau malah mungkin semakin jauh dari bimbingan Allah ?
Tatkala kerana suatu masalah menimpa kita, lalu setahap demi setahap semakin kita memahami dan melihat “betapa besar kekuasaan Allah”, maka Insya Allah balasan dari Allah lebih besar dari masalah itu sendiri.
Wallahu ‘alam
Nota kasih sayang : Minta maaf semua, saya tidak berkemampuan untuk menjawap komen, menjejak blog kawan² seperti biasa. Saya akan double triple sibuk di akhir² Ramadhan ini seperti surirumah yang lain, ibu² yang lain juga - sambil belek ” Things - To - Do - List”
Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani yang antara maksudnya:
Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Allah memberikan tambahan kepadamu suatu solat, iaitu solat witir. Maka kerjakanlah solat itu antara solat Isyak dan hingga ke solat fajar “
Setelah menunaikan Solat Fardhu Isyak dan setelah solat sunat badiahnya maka sebaiknya lakukan Solat Sunat Witir. Paling kurang satu rakaat atau tiga rakaat dengan dua salam. Dan seafdal-afdalnya 11 rakaat .
Lafaz niat :
Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar “Sahaja aku Solat Sunat Witir, dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
Rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah dan surah Al-A’la .
Pada rakaat kedua baca al-Fatihah dan surah Al-Kafirun .
Setelah memberi salam,berdiri lagi dan lakukan satu rakaat witir .
Lafaz niat
Usolli Sunnatal Witri Rak atan Lillaahi Ta’ala, Allahu Akhbar “Sahaja aku solat sunat witri satu rakaat kerana Allah Ta’ala .
Baca Al-Fatihah dan selepas itu baca surah Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq .
Bila mendirikan Solat sunat Witir 11 rakaat, maka hendaklah dilakukan setiap dua rakaat dengan satu salam dan satu rakaat lagi dengan satu salam , jadi jumlah seluruhnya enam salam
Solat Sunat Witir dalam bulan Ramadan (bulan puasa) iaitu selepas 15 Ramadan disunatkan mengucapkan doa Qunut pada rakaat terakhir iaitu setelah bangun dari ruku’ :
Selepas itu berdoalah tiga kali:
Ertinya: “Ya Allah aku berlindung dengan keredhoaanMu dari kemurkaanmu dari siksaanmu dan aku berlindung denganmu dari tidak mampu memujimu seperti engkau memuji dirimu “
Lumrah bagi ibubapa yang mempunyai anak² mesti berdepan dengan berbagai soal jawap batal tak batal, sah tak sahnya puasa. Macam² soalan yang akan terkeluar dari mereka.Ikut cara saya, saya tidak akan terus menjawap memberi keputusan sah atau tidak puasa itu tetapi saya akan bertanya balik ‘Perkara-perkara yang membatalkan puasa’. Dari situ saya mengajar dia berfikir untuk mencari jawapannya.
Angah deman hari ini, dari semalam lagi. Bersahur tadi masih lembik di meja makan. Dia jarang sakit dan kali ini agak teruk. Saya bagitahu kalau Angah tak sihat, tak perlulah puasa. Dia tak mahu. Dia mula berpuasa waktu berumur 5 tahun dan terus genap sebulan.
Saya cadangkan dia untuk puasa setakat yang dia mampu. Kalau Angah tak tahan , tengahari nanti berbukalah.
” mama, kalau kita buka puasa tengahari, kena baca doa berbuka tak?”
Oh…saya sendiri terkial² mencari jawapan yang tepat. Saya beritahu itu bukan berbuka puasa tetapi membatalkan puasa. Ada ke ‘niat membatalkan puasa’?
Berbuka puasa dan membatalkan puasa, 2 perkara yang berbezakan?
Itu kisah Angah. Intan pula semalam balik dari sekolah bagitahu kawan dia tanya Intan puasa berapa lama. Dia jawap sebulan.
” Intan..awak puasa sebulan tak mati ke…tak makan sebulan?”
* Intan bersekolah di Sek.Jenis Kebangsaan Cina. Kawan² dia 95% berbangsa cina.
” Apa Intan jawap?” duga saya.
“Puasa siang saja, malam boleh makan…. ”
Itu jawapan Intan, kira bolehlah bagi seorang anak berumur 9 tahun menerangkan tentang puasa kepada seorang kawan bukan Muslim berbangsa Cina berumur 9 tahun. Sekurang² dia telah memberi satu info permulaan kepada seorang non-muslim.
Bukan seorang sebenarnya. Satu kelas. Tiap kali bulan Ramadhan, cikgu kelas akan memberi peringatan kepada murid² sekelasnya supaya jangan makan atau minum di depan murid² Melayu ( Islam ). Wong Laoshe ( Cikgu Wong ) mengajar murid² non muslim untuk menghormati kawan² muslim mereka berpuasa.
Bagi orang lain mungkin melihat hal ini kecil atau sebesar sawi tetapi saya memandangnya sebagai satu permulaan yang baik untuk non muslim mengenali Islam dari peringkat anak².
Di sekolah ini, meja di kantin diasingkan untuk pelajar Muslin dan Non Muslim, jadi mereka telah didedahkan hal² asas tentang kawan² yang beragama Islam.
Perkara-perkara yang membatalkan puasa
1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.( makan atau minum )
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
4. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
5. Kedatangan haid , nifas atau wiladah (melahirkan anak
6. Gila sekalipun hanya sekejap.
7. Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
8. Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
Walau bagaimana pun, kita seboleh² perlu berusaha untuk mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.
Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.
Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan:
“Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.”
Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.
Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?”
tanya ibu tersebut kepada Loqman.
Loqman menjawab:
“Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”
Mendengar jawapan Loqman, mengertilah ibu itu akan maksudnya, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.
Komen Terkini