Puasa dan anak-anak

Posted by Kujie on September 6th, 2008
Lumrah bagi ibubapa yang mempunyai anak² mesti berdepan dengan berbagai soal jawap batal tak batal, sah tak sahnya puasa. Macam² soalan yang akan terkeluar dari mereka.Ikut cara saya, saya tidak akan terus menjawap memberi keputusan sah atau tidak puasa itu tetapi saya akan bertanya balik  ‘Perkara-perkara yang membatalkan puasa’. Dari situ saya mengajar dia berfikir untuk mencari jawapannya.

Angah deman hari ini, dari semalam lagi. Bersahur tadi masih lembik di meja makan. Dia jarang sakit dan kali ini agak teruk. Saya bagitahu kalau Angah tak sihat, tak perlulah puasa. Dia tak mahu.   Dia mula berpuasa waktu berumur 5 tahun dan terus genap sebulan.

Saya cadangkan dia untuk puasa setakat yang dia mampu. Kalau Angah tak tahan , tengahari nanti berbukalah.

” mama, kalau kita buka puasa tengahari, kena baca doa berbuka tak?”

Oh…saya sendiri terkial² mencari jawapan yang tepat. Saya beritahu itu bukan berbuka puasa tetapi membatalkan puasa. Ada ke ‘niat membatalkan puasa’?

Berbuka puasa dan membatalkan puasa, 2 perkara yang berbezakan?

Itu kisah Angah. Intan pula semalam balik dari sekolah bagitahu kawan dia tanya Intan puasa berapa lama. Dia jawap sebulan.

” Intan..awak puasa sebulan tak mati ke…tak makan sebulan?”

* Intan bersekolah di Sek.Jenis Kebangsaan Cina.  Kawan² dia 95% berbangsa cina.

” Apa Intan jawap?” duga saya.

“Puasa siang saja, malam boleh makan…. ”

Itu jawapan Intan, kira bolehlah bagi seorang anak berumur 9 tahun menerangkan tentang puasa kepada seorang kawan bukan Muslim berbangsa Cina berumur 9 tahun.  Sekurang² dia telah memberi satu info permulaan kepada seorang non-muslim.

Bukan seorang sebenarnya.  Satu kelas.  Tiap kali bulan Ramadhan, cikgu kelas akan memberi peringatan kepada murid² sekelasnya supaya jangan makan atau minum di depan murid² Melayu ( Islam ).  Wong Laoshe  ( Cikgu Wong ) mengajar murid² non muslim untuk menghormati kawan² muslim mereka berpuasa.

Bagi orang lain mungkin melihat  hal ini kecil atau sebesar sawi tetapi saya memandangnya sebagai satu permulaan yang baik untuk non muslim mengenali Islam dari peringkat anak².

Di sekolah ini, meja di kantin diasingkan untuk pelajar Muslin dan Non Muslim, jadi mereka telah didedahkan hal² asas tentang kawan² yang beragama Islam.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa

1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.( makan atau minum )
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
4. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
5. Kedatangan haid , nifas atau wiladah (melahirkan anak
6. Gila sekalipun hanya sekejap.
7. Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
8. Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

Walau bagaimana pun, kita seboleh² perlu berusaha untuk mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.

Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

Lidah dan hati

Posted by Kujie on September 5th, 2008

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan:

“Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.”

Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.

Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?”

tanya ibu tersebut kepada Loqman.

Loqman menjawab:

“Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”

Mendengar jawapan Loqman, mengertilah ibu itu akan maksudnya, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

* Scheduled post

Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk

Posted by Kujie on September 4th, 2008

A Letter From Heaven hari ini kiriman http://suaradimindaku.blogspot.com

Sukacita dijemput tuan/puan untuk hadir kedalam program ‘Bengkel Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk’ anjuran JIM Petaling . Maklumat adalah seperti berikut

Program : BENGKEL DAKWAH DLM MASYARAKAT MAJMUK
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Negeri Sultan Salahuddin, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan .
Tarikh : 7hb September 2008 (Ahad)
Masa : 815pagi – 430 ptg
Yuran : RM 10 untuk bekerja, RM 5 untuk pelajar
Maklumat lanjut hubungi :
En Zuraidi Ismail (013-3602035)
Pn Puziah Ahmad (012-6542190)
Pn Normah Yatiman (016-3089787)

Aturcara Program

8.15 - 8.30 : Pendaftaran

8.30 - 9.00 : Pembentangan Kertas Kerja 1 ‘Kewajipan Berdakwah ’ oleh Sdr. Kamarul Zaman Bin Noor Mohamed –Hidayah Centre

9.00 – 9.20 : Perkongsian Pengalaman ‘Mengapa saya pilih Islam’ oleh Sdr Johanes

9.30 – 10.45 : Pembentangan Kertas Kerja 2 ‘Teknik – teknik Berdakwah kepada Non Muslim’ oleh Sdr. Aizuddin Nuruddin - JK Dakwah JIM Pusat

11.00–12.30 : Pembentangan Kertas Kerja 3 ‘Soalan – soalan Lazim dari Non Muslim’ oleh Sdr. Kamarul Zaman Bin Noor Mohamed – Hidayah Centre

12.30 – 1.20 : Role Play Dakwah

1.20 – 2.00 : Rehat dan Solat Dzohor Berjemaah

2.00 - 4.00 : Ke medan praktikal

4.00 – 4.30 : Sessi Muhasabah

4.30 : Penutup/Bersurai

*Mohon bantuan untuk sebarkan mesej ini. Moga-moga amal kita diterima oleh Allah Ta’ala.

Karnival Ibadah

Posted by Kujie on September 3rd, 2008
Ramadhan datang lagi.  Apakah reaksi kita dengan kehadiran Ramadhan kali ini.  Adakah kita sambut dengan kegembiraan atau dengan kedukaan?  Gembira kerana Allah masih beri kita peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya.  Atau berduka kerana kita tidak boleh bersenang senang dengan aktiviti yang biasa kita lakukan.

Artikel ini saya taip semula dari Buletin Imarah Edisi 04/08  - Gabungan Aspirasi Surau-surau Kariah Serendah ( JOIMS- Jom Imarah Masjid Serendah )

Tujuan disyarakkan berpuasa

1.   Rahmat Allah kepada hambanya dengan memberi satu peluang  untuk manusia menjadi manusia yang sebenar melalui latihan puasa.

2.   Meroboh kekangan nafsu syahwat samaada nafsu perut atau kemaluan dengan puasa.

3.   Membersihkan jiwa dan melatihnya dengan akhlak² yang mulia seperti : Berpada (qana’ah)/ zuhud/amanah.

4.   Melatih jiwa meninggal dan menjauhkan nilai yang tidak baik ( mazmumah ) seperti tamak/ khianat/ suka mencela/ mengumpat.

5.   Menahan nafsu daripada kerakusan dan kebiasaan yang boleh merosakkan nilai kemanusiaan.

6.   Menyempitkan jalan² syaitan dengan menyempitkan saluran makan minum manusia.

7.   Memastikan kesihatan tubuh badan.

8.   Memastikan nilai roh manusia sentiasa mengatasi nilai kebendaan dan nilai akal keatas nilai syahwat.

9.   Melatih manusia sentiasa bersabar dalam mengatasi kebiasaan kehendak hawa nafsunya.  Bersabar dalam taat dan menjauhi maksiat.

10.  Menyedarkan manusia akan nikmat Allah yang begitu besar dan melimpah ruah ( Syukur )

11. Melahirkan rasa sama taraf dan kebersamaan dikalangan mereka yang berpuasa dan akhirnya mengukuhkan hubungan ukhuwwah ( Solidariti )

Kerana tujuan yang besar dan mulia inilah puasa di wajibkan tidak di sunatkan.  Bahkan diberi alternatif kepada sesiapa yang tidak mampu atau bermusafir agar di ganti dengan puasa di hari yang lain.

Akhirnya kesemua ini melahirkan manusia yang bertaqwa yang mampu menjana kecerdasan minda, emosi dan spiritual.

Sabda Rasulullah S.A.W

“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T. telah mewajibkan puasa dalam bulan ini.  Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan.  Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi”

Hadis ini sebagai ucapan tahniah kepada manusia dengan kedatangan Ramadhan.  Bagaimana orang beriman tidak bergembira dengan terbukanya pintu syurga?  Dan bagaimana orang berdosa tidak gembira dengan tertutupnya pintu neraka?  Bagaimana pula orang yang berakal tidak mendapatberita gembira dengan terbelenggunya syaitan?

Bersempena bulan Ramadhan ini, marilah kita bertaubat kepada Allah kerana Ramadhan bulan taubat.  Mungkin diantara kita tidak lagi sempat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang maka hendaklah setiap kita menggunakan kesempatan ini untuk beribadat kepada Allah dan bertaubat di atas dosa² yang telah dilakukan.  Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir bagi kita.
Yang pasti, bulan Ramadhan akan berlalu dengan pantas sekali. Perhatikanlah, tanpa disedarikita akan berada dipenghujungnya.  Oleh itu janganlah kita menjadi orang² yang rugi.

* Ini adalah scheduled post, maaf di bulan Ramadhan masa saya amat terhad untuk bertandang ke blog kawan².

EDIT : A Letter From Heaven hari ini
mama jie… cuma nk tau kat area rawang ada rest house ker….or hotel bajet
ker…or seri malaysia ker….sbab ada jemputan lepas raya nanti…ingat nk tidoq
barang semalam dua….klau ader yg murah2 jer…bukan aper…nk tidoq jer pastu
pepagi dh nk pi rewang…thks..

* Ada 2-3 hotel bajet, pernah lah nampak…nnt kalau kompom nk dtg, bagitau ye.  Depan Balai Polis Rawang ( baru) ada satu, tepi Bintang Supermarket & belakang Maybank.. rasanya itu yg penah nampak..kadang² sebab kita tak perlu kita jarang ambil tahu..hehehehe, sedangkan ada depan mata:lol:


Copyright © 2007 Hidup Biar Sedap. All rights reserved.