Rapat 060708

Posted by Kujie on July 3rd, 2008

RAPAT bermaksud “dekat’ atau mendekatkan. Merapatkan hubungan @ mengeratkan lagi pertalian persahabatan antara blogger, rakan, media, artis, fan club, dan lain-lain forum komuniti.
Teratak Santai juga terlibat dalam projek ini sebagai Penaja Komuniti dan semua Teratakian’s dijemput untuk menyertainya.

Tarikh : 06/07/08 ( Ahad)
Lokasi: Mines@Bowl , Mines Shopping Center, Seri Kembangan Selangor

Maklumat Lanjut : http://rapat.msjbox.com

makcik cleaner

Posted by Kujie on June 17th, 2008
Memandangkan Teratak Santai kembali seperti biasa, Makcik Cleaner ada banyak tugas pembersihan yang perlu dilakukan.

Kepada kawan² blogger, maafkan saya kerana bertugas di tempat lain untuk sementara waktu.

Tepi…tepi….

Jie~ Semlm Intan balik sekolah, sekali lagi dia meraung tengok gambar candid dia ada tertempek kat blog …!!! ha ha ha…sangat kijam itu mama!

Message Lewat Malam

Posted by Kujie on April 26th, 2008
Assalamualaikum. Minta maaf menganggu kak jie. Boleh minta tolong publish tentang pertandingan mencipta logo rapat 060708 kat forum Teratak Santai? Thankss yerk!
Done! Saya tiada masalah untuk membantu.

Salam mama, lupe nk bgtau mama tang S.. dia msk wad kt Serdang coz nk operatede kompilasi jntg… dia x bg gtau sape2 tp dia kate gtau mama je xpe’

Terimakasih atas kepercayaan. Saya mendoakan semoga seorang lagi anak cyber saya ini selamat menjalani pembedahan dan semoga dilindungi Allah dari segala kerumitan. Semoga beliau tabah menghadapi segala dugaan sekuat saya . Hope everyhing will be fine… dan diberi kekuatan untuk cepat sembuh .

U’re nice person. Still strong inside n sweet smile. Pglmn n pgjran adalah guru tbaik. hidup biar sedap! itu yg mwarnai khidupan…”
Terimakasih…. pandai betul beli jiwa saya!! Baca sms ini berkali² buat saya jadi perasan bersemangat.

Semalam suami saya balik kerja belikan mangga 3 kilo dan belimbing ( star fruit) sekilo… sedap sangat. Hari ini dia beli minyak wangi. Sejarah perkahwinan kami , inilah kali pertama dia beli hadiah sewangi ini..ha ha ha…

Offline Board

Posted by Kujie on April 26th, 2008
Salam hujung minggu semua…

Walaupun entri sebelum ini penuh dengan gambar riang ria , itu adalah kehidupan saya bersama keluarga. Tetapi sebenarnya saya agak tertekan selepas balik dari bercuti. Banyak gossip dan tuduhan berlegar² di ruang maya. Saya mencuba untuk mengabaikan segalanya kerana memang sikap saya dari dulu… saya akan mengelak dari sesuatu yang akan melukakan hati saya. Saya bukan jenis ingin bertelagah ” fight for right”.

Dari 19-22hb April 2008 saya tidak langsung menyentuh komputer, tidak langsung berada di dalam dunia internet tetapi saya tidak faham kenapa diri saya dikaitkan dengan perkara tersebut.

Sekarang bila difikirkan semula, saya jadi fed up dengan keadaan tersebut. Saya diam dan melihat seseorang sedang menyalak ke hulu ke hilir dengan berbagai cerita. Saya ingin menjauhkan diri tetapi saya sudah terlalu lama terikat.

” mama, R kat KB ni, ada kursus. kena check out hotel petang sabtu tapi flight hari ahad. Patut janji dgn D tidur kat rumah dia, tetapi x dpt hubungi D dari semlm…nk merempat kat mana ,ma..?”

” mama, ada x kenal sesiapa Teratakian’s kat Kelantan…. R nak tumpg tido semlm”

Dalam saat macam ni, dalam saat² saya putus hati dengan TS saya perlu selesaikan masalah mereka dulu. Saya tak sampai hati mengelak dan buat tak tahu. Berpuluh² kali menyelesaikan masalah yang dicipta orang lain.

Bila seperti ini, keseorangan mengadap Admin Panel, gatal saja tangan saya untuk Offline Board. Tutup dan teruskan hidup saya tanya hiraukan orang lain. Kenapa saya perlu bazirkan airmata untuk mereka yang tidak pernah menghargai. Saya punya keluarga yang bahagia di luar sana dan saya punya kawan² blogger yang setia.

Tetapi saya terikat…terikat dengan 2057 registered members!

Atau pilihan ke-2, saya serahkan TS kepada orang lain. Saya telah temui seseorang dan mungkin proses hand over ini bukan sesuatu yang mustahil.

…. in progress


Copyright © 2007 Hidup Biar Sedap. All rights reserved.