Indah Yang Tak Dapat Dimiliki
Live Blogging

Indah Yang Tak Dapat Dimiliki

Saya suka tengok gambar cantik- suka sehingga saya sering berada di dalam web fotografi luar negara dan sering tweet gambar menarik yang ditemui. Follower twitter saya tentu perasan kebiasaan ini.

Tetapi saya tak bersetuju tiap kali suami suarakan niat untuk memiliki DSRL kerana saya rasa ‘pelaburan’ ribu ribu hanya sekadar minat yang tidak dapat digunakan secara optimum bukanlah pelaburan yang terbaik.

Kepuasan dan keinginan perlu ada sempadan.

Kami bukan muda lagi untuk baru memulakan hobi ini. Masa yang sedetik ada ini rasanya lebih bernilai untuk digunakan hal² lain yang menjadi keutamaan. Sekarang pun sibuk yang amat, celah bedah mana nak selit² belajar tentang fotografi.

Korang yang muda belia tu mungkin masih cergas, masih mampu untuk membahagi masa.

Nikmati keindahan ciptaan Allah yang diabadikan oleh orang lain juga boleh.

Cherry Blossoms in Rain

There are 12 different varieties of ornamental, or flowering, cherry trees in the District of Columbia. Ornamental cherry trees do not produce fruit.

Warbler Amid Cherry Blossoms

The famed cherry trees were given to the U.S. capital city by Japan in 1912. More than 3,000 trees—and 12 different varieties—made the oversea journey from Yokohama to the District of Columbia

Cherry Blossoms, Italy

Colorful cherry blossoms grace the fertile foothills of the Alps near Verona, Italy. The blossoms emerge from buds in early spring.

Cherry Blossoms and Jefferson Memorial

sumber : nationalgeographic.com

p/s masih kekalkan capture asal supaya tak  ‘lari’ keindahan maksud dan gambar.

cerita dan kesan yang kita tinggalkan di dunia setelah mati umpama
cermin nilai dari perilaku kita selama hidup

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

56 thoughts on “Indah Yang Tak Dapat Dimiliki

  1. rasa minat tentang DSlR baru tumbuh..ada rasa kepuasan bila satu-satu gambar tu diambil….ada maksud yang tersembunyi disebaik gambar.

  2. Di hadapan rumah saya ada pokok Kemboja yang sedang galak berbunga terhibur melihat burung kelicap hinggap menikmati madu dari bunga Kemboja

Comments are closed.