Salam semua…. rasa gembira dapat bersiaran semula.. hehehe
Sebenarnya semalam berlaku beberapa kesulitan yang agak misteri untuk saya memasuki blog sendiri selain dari masalah komen diplagiat itu. Tentu ada yang perasan, sehingga jam 2.30 petang blog ini tidak dapat dikomen. Nasib ada ‘aduan rakyat’ di twitter. Saya syak sistem plugin wp spamfree yang baru diaktifkan untuk mempertahankan diri dari spammer copycat itu terlalu kebal sehingga komen dari pengunjung sendiri pun ditangkisnya. Bila saya delete plugin wp spamfree, keadaan baru pulih tetapi masalah komen plagiat itu pula yang belum selesai. Tak apalah, delete manual pun saya sanggup , janji kawan-kawan saya selesa.
Apa saja buat bila tak dapat kemaskini blog? explorer projek baru.
1. http://www.tumblr.com ( kujie.tumblr.com)
Sebenarnya saya dah sebulan ada akaun tumblr.com tapi tak sempat nak sentuh . Semalam cuba explorer sikit apa yang ada di tumblr dan upload beberapa gambar.
Tumblr tu apa? Tumblr adalah sebuah platform microblogging yang boleh post text, images, video link, audio dan blog follow macam twitter. Bila sebut microblogging itu bermaksud platform untuk menulis blog atau jurnal bukan membina blog dengan template atau sidebar. Asas yang diperlukan untuk menulis blog, Itu saja. Ringan dan simple sesuai untuk orang minimalis seperti saya.
2. http://gengfotografi.com ( gengfotografi.com/Ku Jie )
Gengfotografi ini dibangunkan bersama gengblogger framework tetapi telah diubahsuai untuk foto sahaja dengan multi-ping menggunakan flickr, blogspot, tumblr, devianart atau mana-mana web portfolio yang adea RSS Feed berimej. Sesuai untuk blogger fotographer mempromosikan showcase karya kepada orang ramai atau berkongsi ilmu .
Jom serbu dan ping gambar terbaik anda!
Rindu – keriangan bersama suami dan anak-anak waktu kami melancong ke Sabah. Saya tak lompat….nanti tenggelam Kepulauan Borneo
3. Layan isu hangat Orange 4 Kay Vs Staff @TMCorp
Blogger mesti sinonim dengan perkhidmatan streamyx dan aduan secara sopan ini mendapat balasan dari seseorang pegawai atasan Staff @TMCorp yang datang membalas respon dan akhirnya bukan menyelesaikan masalah tetapi menceriakan seperti menonton Raja Lawak.
Copy komen beliau sikit :
I think everybody should thank to TM. we’ve tried so many things. we’ve helped companies from “something bad” like Celcom. we’ve developed very talented person like Mr. Micheal Lai, CEO of P1 wimax, ex-boss TSSSB (TM Point), and Datuk Wahid, CEO of Maybank (ex-CEo of TM). we’ve sponsored so many events, Bola, F1, Le tour de Langkawi, monsoon cup and so much more. we’ve invested billions of RM for the HSBB project… and you’re graduated from MMU, a TM’s company.
Apakah dengan penajaan projek-projek besar akan menyebabkan kualiti streamyx yang kita dapat lebih baik? atau semua yang berada kat counter service itu lebih professional ?
Aduan yang dibuat mengenai service Staff @TMCorp jadi kenapa nak melalut ungkit bab penajaan semua tu… ada aku kesaaaahhhh!
Tak perlu komen pasal di TM di blog ini, saya pun pernah alami mengalaman ‘pahit’ , kalau nak komen, pergi blog Kay sebab nampaknya entri tersebut berjaya memancing pegawai besar untuk turun memberi feedback! > Klik sini [link]
©Kujie – sebenarnya ada isu lebih hangat, gossip lebih menggelegak tetapi saya baca saja dalam dunia blogosphere. Kalau nak tau, pandai²lah cari sendiri… what goes around, comes all the way back around!
Post Lain Yang Berkaitan:





tumblr memang minimalis.sangat suka.dah sediakan bahan dah.tapi tak upload lagi.banyak tu.semua sebab thumbdrive hilang.tak dapat nak pindahkan dari PC sendiri pegi PC kat cyber cafe.huhu.
paling suka yang ramai-ramai lompat tu.CANTIK!!
.-= sindiketfotografi´s last blog ..yang mana lebih cantik? =-.
tumblr best kot..untuk jiwa seni
.-= Pena Maya´s last blog ..Photo =-.
Gambar pun dah boleh ping sekarang?, kena check ni.
.-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.
kalau dah ada DSLR baru saya create tumblr la… sy minat jgk fotografi.
.-= Amir´s last blog ..2 Pengulas Tegar Bakal Menerima Hadiah Istimewa Dari Australia =-.
ok..baru tau ade gengfotografi..maju2
.-= Flying Pixel´s last blog ..Im using Delicious! =-.
thumblr memang best.. tapi still x dpt tanding blogger. sebab saya rasa semacam dan kosong..hehehe
huh yang gengphotography tu tak layak la wa masuk sebab wa lukis je bukan guna kamera
tentang tumblr tu… huh kak kujie suda ada tumblr beb!
pasal antispam.. mungkin ada clash dimana2 wa tak guna antispam. wa delete manual :p
.-= TMUkmkd´s last blog ..Teori Commentluv Dan Robot Spam Berbahasa Malaysia =-.
tak nampak pon feed back kat comment tuh..tak kan dia email kot?
.-= Azizuan´s last blog ..Travian Speed Server Malaysia Season 4 (MYX4) Bermula Malam Ini 28 April 2010 =-.
semakin ramai mendedahkan tumblr masing-masing…nak juga satu… =D
Lahaii..tatau pun pasal dua2 mende tu…kalo tak singgah sini, mmg tercangak2 lah tatau…langkah kanan tul lah…
Geng fotografi tu cam best la plak…kene join nih
erk.. komen ni sebagai ringkasan je. kekenyangan… cik adik baru lepas masak laksa.. yum yum.. resepi menjadi malam ni.. hahah bangge betoi.
1 & 2. Thumblair – nak sebut pon tergeliat lidah. buat masa ni rasanya dah tak boleh nak manage banyak sangat menda nak update. karang terabai plak kewajipan. Untuk diari peribadi saya dah ade live blog: azmanishak.com/live manakala untuk fotografi HDR Beginer saya dah ade: azmanishak.com/artwork tapi di tulis dalam bahasa omputeh. saya ni lemah omputeh. jadi amik kesempatan belajar kat sana. keke.
3. Entri Mr. Kay – dah puas spam. kalau TM tak paham jugak tak tau la. Kekadang memang kene komplen pon. kalau tadek pengomplen.. mereka ni akan yakin yang servis mereka ni tersangat bagus. mana boleh macam tu, nama pon buatan manusia. Mane ade yang sempurna.
fuh.. dapat jugak komen malam ni. even perut dah penuh dengan dua pinggan laksa… erk.. saya makan laksa ye bukan makan pinggan.. ahaha
.-= Kreuger´s last blog ..TMNet – Kabel bawah tanah terputus lagi ke? =-.
ringkas ape kalau dah berjela macam tu. owh kalau perut kenyang rupenye banyak idea nak mengarang.. haha
.-= Kreuger´s last blog ..TMNet – Kabel bawah tanah terputus lagi ke? =-.
hahahahahahahahahaha kelakar la ko neh weh
siapa la staff tm yang tak berapa nak cerdik tu. teringin nak kenal.
.-= zaiMi´s last blog ..Slot Akasia – Drama Adamaya di TV3 =-.
baru ku tahu siapa itu tokey P1..
huhu
tak ikhlas betol taja sume tu..
lagipon ada ke kita suroh dia taja?
Dia dah telan duit kita cukup2 pastu ada lebih taja macam2 benda..
ungkit plak tu..
itu lah keburukkannya apabila sesuatu perniagaan itu dimonopoli oleh sesebuah syarikat shj. cthnya TM..suka tak suka, kalau kita nak pakai servis mereka, kenalah ikut lenggok mereka..sbb itu mutu servis yg ditawarkan takde perubahan..
.-= Nadri´s last blog ..Santai di Avilion Admiral Cove =-.
kak jie mmg the bomb la
.-= Bb Hussain´s last blog ..30 minutes left =-.
yg gosip hangat tu ape kak kujie?? hihi..
.-= din´s last blog ..Ketenangan Jiwa =-.
yang tu certain2 orang saja faham..rahsia kerajaan langit…hehehe
biar korang tau dari orang lain..jgn dari kak jie…mgkn esok lusa kot baru ‘pecah panggung’
syok gak kalau join gengfotografi ni
.-= wazy´s last blog ..CONTEST MAI SECAWAN! =-.
Belum ada kemampuan lagi nak pakai DSLR.. Jadi memang tak layan gengfotographi ni
dah penat lah dengan TM ni, malas nak citer…
.-= mijie´s last blog ..Entri terjaga dari tidor =-.
jgn citer , kita minum dulu…hehe
dah taja…mengungkit pulak. haaiii…tm..tm…
best bila baca pasal gengfotografi tuh…nyum!
.-= cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: the romantic fettuccine alfredo =-.
tajaan tu bkn ade sangkut paut dgn kita pun..aihhh…. org mengadu bab lain
settle je la masalah tu, yg di ungkit2 tu nmpk “pro” sgt
register la sha…submit pic sehari satu pun ok
Semakin maju kedepan nampaknya.
.-= denaihati´s last blog ..Hikmah di sebalik ujian Allah swt =-.
tak juga, slow motion je
org lain lagi laju ke depan
tumblr tu cam simple habis..tapi macam best jugak lah..
.-= aizuddin´s last blog ..Kenapa Drama Asmaradana Lagi Best Daripada Adamaya? =-.
yup..style kak jie suka yg simple
tapi ingat nak upload gambar je kat sana
oh. mcm tu tumblr. pernah nampak tp x pernah ambik tau… aku memang mcm ni. kecuali betul2 nak tau
yg geng blogger tu x blh nak join sebab memang x pandai ambik gambar. edit gambar pun x pandai.
haha… memang lawak reply TM tu. sempat lg nak berbangga
errr… gosip apakah??
.-= Luffy´s last blog ..PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS =-.
singgah jgjalan sini…………
salam kenal…
tak reti la pasal DSLR.. hari tu cuba guna Nikon D40 best gila masa pegang. adala cuba try amik gambar tak reti plak setting2 dia.. nak kene belajar banyak benda. lagi pun org punya. saya pinjam kejap je.
pasal TMNet.. satu je saya tak suka… memonopoli jalur lebar tidak akan.. saya ulang tidak akan menyelesaikan masalah atau meningkatkan mutu perkhidmatan. cuba perhatikan Taiwan dan Korea. syarikat-syarikat broadbanda bersaing sesama sendiri demi menghasilkan mutu perkhidmatan yang baik.
P/S: Kat korea memang murah nak mampus broadband dia. Banding dengan sini cekik darah.
.-= Syafrizal´s last blog ..Promosi: Set Diet HPA – Kurangkan berat badan secara alamiah =-.
Sentiasa seronok baca, sebab sentiasa tahu di rumah Kak KUJIE ni pasti ada info yang berguna. Terimakasihhh…
geng fotografi? nampak cam menarik je. cam nak join je, boleh?
wah..info baru ni..x pernah dengar pon pasal tu
.-= Hidier´s last blog ..Insuran – Perlu ke? Atau agen insuran tu tipu jek…? =-.
yeay! hidup tumblr.. mari tutup wp self host.. haha.. joke.. aku pun tak sanggup…
ehh pegawai TM dah balas ke entry tue…
cepat pulak menjawab benda yang taidak bekaitan erk..tak paham bahasa melayu kot..org adu lain dia jawab lain..so sampai bile nak settle??
.-= sepul´s last blog ..Astro send SMS kat aku =-.
Kak Jie! Gengfotografi best, tapi ada orang ping post biasa ngan gambar apa-apa tah. >_<
Pasal TM tu taktau pon, huh nanti nak baca.
.-= Anna´s last blog ..Katak di luar tempurung #013 =-.
tension je bila baca pasal TM tu..ish3..
tumblr? memang berniat nk buat..tapi tak tau bla. ni kak jie dah promote, akan di usahakan ni..
.-= serol´s last blog ..Aku kedekut+ikhlas=tension? =-.
dah guna dah gengfotografi..tapi nampaknya mcm ada juga yang ping blog yang tak berkaitan fotografi ek?
macamana tu?
.-= Faizal @ FTN´s last blog ..Kepada Adik-adik Tak Cukup Umur Yang Merancang Nak Bunuh Diri =-.
dah baca entri Orange 4 Kay Vs Staff @TMCorp..tak sangka susah betul nak berurusan dengan TM ek..ke dekat area sana jek gitu?haha
whoa…tq kakjie, harap2 berkat tulisan kakjie ni…ramai org dtg berkunjung sambil bawak..maskawin
wuish apasal semua citer apsal geng fotografi ni.. hohoho
.-= topo´s last blog ..Gambar Anak Kucing Sedih yang Sangat Comel =-.