Aktiviti semasa

By Kujie, 03/08/2008 9:53 pm
Seperti biasa, saya memang sibuk hujung minggu .  Ada kawan yang sms tanya mana hilang, sibuk macam wakil rakyat. :lol: Huhuhu…sebut pasal wakil rakyat memang kita akan melihat satu lagi Pilihanraya Kecil tak lama lagi di Permatang Pauh.   Sesiapa yang berminat, bolehlah bertanding.

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:
* warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
* berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
* tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:

* telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
* didapati seorang bankrap; atau
* memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’; atau
* gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
* telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
* telah memperoleh kewarganegaraan asing

Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

Kesibukan saya bermula dari petang Jumaat lagi. Bosan menunggu streamyx yang sengal macam siput saya masak kek. Malam selepas Isyak saya ada usrah. Rezeki kawan² dapat merasa kek kukus cokelat.

Pagi Sabtu saya temankan Angah dan Intan ke Padang Awam Serendah untuk program Jelajah Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) peringkat Daerah Hulu Selangor. Angah mewakili sekolahnya untuk brsenamrobik. Saya datang untuk melihat berbagai pameran dan mengutip infomasi. Saya beli sayur sawi yang di jual oleh pelatih pusat pemulihan.

Niat hati cuma menemankan anak² tetapi saya dipujuk oleh urusetia untuk mengambil bahagian dalam acaran Mengandam Pasangan. Syaratnya 2 perempuan dan seorang lelaki. Angah dan Intan beria-ia memujuk. Malu tau nak tayang muka depan orang ramai. Apa salahnya mengembirakan hati anak²….. .

Saya duduk di kerusi, Intan pegang bekas bedak, lisptik dan celak ( Makeup Kits) sementara Angah tenyeh muka saya. Model tak boleh bercakap bagi arahan…::razz: Pejam mata sementara anak² kerjakan muka saya. Tempek talkum powder yang putih macam tepung gomak tu . Lepas tu Angah letak celak kat kening dan time kat alis mata, punyalah seriau saya.  Kemudian Angah ambil sikit lipstik letak kat pipi..buat blusher . Dalam pejam mata saya dengar Intan memgarahkan itu dan ini….hahahahaha….anak perempuan memang semulajadi tahu bersolek. Dia ambil lipstik dengan jari di letak kat mata jadi eyeshadow :oops:

Inilah pertama kali anak² saya kerjakan muka saya dan tak sangka pandai pula  boleh dapat tempat pertama atau memang model itu semulajadi cantik…kahkahkahh:wink:

Kami Juara tempat pertama – ok!:lol:

Tapi sayang, gambar tak de … SE saya Along pinjam. Dia ikut rombongan sekolah ke Terengganu.

p/s – Angah dapat MC 3 hari , sakit mata…hahahahah..tu lah…mama  berdaulat!:razz:

Post Lain Yang Berkaitan

12 Responses to “Aktiviti semasa”

  1. Sham says:

    camni tutup kedai la saya camnie.. semua orang dah terer buat andaman.. hehehehe..

    Lawati galeri saya di djariartz.fotopages.com

    Wasalam

  2. intan says:

    Nak tgk gambar modelnya. Nak tgk gambar pak andam & mak andamnya jugak… Tahniah K.Jie..hihi ;)

    Kujie ~ tak de kemera la ari tu…along pinjam dia p rombongan :sad:

  3. muadzlife says:

    wah! boleh lah intan jadik mak andam yer….

    Kujie ~ budak pompuan….suka beno bab2 mcm ni..hehehe :lol:

  4. Zana says:

    takleh byg camne angah men’touch up’ muka mak dia. hihihi…
    tapi dpt no satu tu mmg terer la tuh. hahahaha..

    selalu beli kek cokelat kukus yg besar2 apam comel tuh.

    rasa dia cenggitu ke kakjie?

    Kujie ~sonok sungguh dia dpt no # 1,
    dia naik pentas dgn intan ambek adiah…
    terus call abah dia.. :lol:
    kek kukus tu mcm kek kukus arr..
    ishhh..tatau nk terang mcm mane

  5. mz says:

    angah dpt cuti 3 ari je? kedekut btol dokter tu. bukan ke dokter zek bagi cuti seminggu?

    Kujie ~ pakcik…ini bkn cuti minggu lepas tu…
    ini cuti baru …kehkeh
    setat hari ni sampai rabu
    puas membongkang le dia sorang2 kt rumah :lol:
    sakit mata…tak leh tgok tv..tak leh main ps..tak leh main online game
    mati kutu dlm bilik sorang2… :lol:
    bising tul dia pasai dia boring..nk p sekolah juga

  6. suara says:

    Alaaa… ruginye tak de gambar. Tempat pertama… mesti cun melecun kak jie masa tu. Guna lipstik sbg blusher dan eyeshadow… kreatif tu…

    Kujie ~ harap2 urusetia upsi tu emaillah gambo kt kakjie..isshhh mmg rugi
    kenangan manis tu
    angah naik pentas utama ambil hadian besar…
    seronok sgt dia org ..trus call abah dia.. :lol:

  7. Neeza says:

    amboiii.. memang Intan berbakar macam mama dia jugeee.. kecik2 dah jadi mak andam nih.. boleh la bukak kedai pengantin nanti kak Jie hehehehe..

    Kujie ~ kak jie ni mana bersolek neeza…mmg tak reti dari zaman anak dara lagi….entah mana dia tgok..
    mgkn sbb selalu main online game yg makeup2 tu la kot :wink:

  8. cikgu panji says:

    rugi le tak dapat tengok model yg jadi johan. mesti cun melecun k jie masa tu. apa pun tahniah.

    Kujie ~alat mekap tu tak de ape pun…. mgkn juga pasai model tu yg dah sedia anggun..kahkahkah….makcik perasan! :lol:

  9. 13may says:

    best plak nak tengok election kat Permatang Pauh ni :D

    Kujie ~ untung orang Permatang Pauh…..rezeki mencurah² :razz:

  10. izan says:

    aduih… sedapnya kek coklat kukus… mesti lembut dan menyelerakan…

    napa tak de gambar anak2 kak jie menyolek muka kak jie. nak tgk gak ‘kekreatifan’ mereka. tak pe la len kali yek. suh derang solekkan lg tau

    Kujie ~ komen dari kawan² katanya tak manis sgt…sgt sesuailah utk umur2 baya kakjie

    ada gak bagi email kt budak upsi tu, suruh emailkan gambo..tgoklah kalau ada…along pinjam telefon, tu yg tak de gambo tu..tak ready lagi pun :lol:

  11. ibukumbang says:

    kak jie, xde resepi ke kek kukus akak tu? mcm best je.. hik.. hik..

    Kujie ~ nak resepi..hehehe..kakjie jual tepung kek segera tu..kakak ipar yg buat..

  12. kumb@ng says:

    kalo Bee End rasa tak bole menang dan bazirkan wang rakyat…bagi je Anwar menang percumaboikot ke.. :wink:

    ada beran ke Bee End? :lol:

    Kujie ~ selalunya pakat rebut nk jadi calon, tapi kali ni masing² kecut juga nak lawan… :wink:

Panorama Theme by Themocracy