Dalam 2-3tahun terakhir ini, di hadapan ATM di pekan Rawang apa jenis bank sekali pun akan nampak dia orang. Sesekali memandu dari Batang Kali ke Serendah, akan terpandang mereka berjalan kaki bersaing, berpayung membimbit bekal untuk pergi atau balik kerja.
Pemandangan yang sudah menjadi satu lumrah sejak akhir² ini. Sekarang tentu mereka dalam kesedihan. Bukan lagi sebab gaji ditahan majikan atau terpaksa berkongsi rumah macam sardin. Itu semuanya masih dapat disyukuri.
BENCANA… Gambar semalam yang diambil dari udara ini menunjukkan sebahagian kemusnahan teruk, termasuk bumbung rumah diterbangkan angin, ekoran Taufan Nargis di Delta Irrawaddy, Myanmar.- Utusan Malaysia
Tentunya disaat ini seluruh jiwa terbang jauh mengenang orang² tersayang yang ditinggalkan untuk mencari satu kehidupan yang lebih baik di bumi Malaysia.
Angkara Taufan Nargis, mungkin ada saudara mara mereka dan tentunya insan² tersayang antara 22,000 orang yang terkorban atau barangkali 41,000 yang dikhuatiri hilang.
Bandar Bogalay yang terletak di tengah delta sungai Irrawaddy mengalami kesan paling buruk apabila seramai 10,000 mangsa mati, 190,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan 95 peratus kediaman pula musnah.
Bagaimanapun, menurut Menteri Bantuan Kemanusiaan dan Penempatan Semula, Maung Maung Swe, kerajaan masih mempunyai simpanan beras yang mencukupi.
( Delta Irrawaddy pernah digelar “periuk nasi Asia” 50 tahun dahulu apabila Myanmar menjadi pengeksport beras utama dunia.)
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Kujie
Post Lain Yang Berkaitan:
- Beras dan tahi hidung
cikgu panji – bersyukur dan menghargai apa yg kita ada
muadz- iyelah… tentu dia orang risau dgn ahli keluarga kat sana.
mak su – iye… jadikan pengajaran utk kita.
mama ranggie – kesian…syukur kita masih dilindungi Allah dari bencana spt itu
Syukur kita berada di bumi M’sia.
Semoga kemakmuran ini berpanjangan.
kesian kan kak jie!
simpati utk mereka
begitulah resam alam..sesungguhnya betapa byk penderitaan yg mereka harungi, sesungguhnya betullah..berat mata memandang, berat lagi pilu dihati..
anak yang ditinggal sekerat hari di taska pun dah rasa rindu..inikan pula yang x tahu untung nasibnya…
kita masih beruntung…
mz - alamak pakcik…sy silap highlight isu ke…:p
- so much devastation …
- ni nati depa perguna nak naik harga beras lagi lah ni ..