Dato’ Seri Khir Toyo dah jadi blogger dengan url http://www.drkhir.blogspot.com.
Petang Sabtu lepas saya telah mengunjungi blog tersebut dan telah meninggalkan satu komen tetapi petang Ahad semalam saya cepat² buka komputer dan terus klik ke laman blog tersebut. Saya ingin melihat komen saya terpapar di blog orang hebat seperti Dr. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor selama dua penggal itu. Alangkah sedihnya kerana komen saya tidak diluluskan!!!!
Eh…apa yang saya komen sampai tidak dapat diluluskan? Kasar ke teguran saya? Suspen kan?
Saya menulis mengenai sidebar blog tersebut atas tajuk ” mengenai saya”. Dalam artikel tersebut penulis menulis menggunakan perkataan ganti nama ke-3 iaitu ‘beliau’ seolah² blog itu ditulis oleh pihak lain.
Saya melihat artikel “mengenai saya” telah diedit dan perkataan ” beliau” telah hilang tetapi kenapa komen saya tidak boleh diluluskan?
Adakah memang budaya orang besar² tidak akan menerima komen/teguran negatif walaupun membina dari orang² biasa seperti surirumah macam saya?
Walau bagaimana pun saya ingin menjemput YB Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengikuti tutorial untuk membuat blog dari blog surirumah seperti saya ini. Sharing is Caring , Dato’!!
Welcome to the blogsphere, Dato’ Seri!
Post Lain Yang Berkaitan:


hahaha..lawak la kak jie.. biasa la.. org beso nie.. aritu ckp lain. la nie dia plak yg buat blog. adeka dia akan di pantau juga???
dowh!..
‘hubby nak suh saya komen kat blog dia~prosedur2 dan langkah2 untk mencantik kan wajah, ada tak?~
sah2 rejected! akaakakaka
neomesuff – tak pasti kakjie…berapa dia bertahan..takut kena dusshhh…dushhh..kiri kanan je tumbang….bukan senang nak berdiri kuat dalam dunia cyber tanpa batasan ini…dia mesti kuatkan mental untuk terima baik dan buruk kritikan..
Rio – dia suka nama tu..tp sy tak pernah nk gunakan nama bapa dia utk di persenda2kan..sy ade limit utk bercakap….tapi yela…JPN kan boleh tukar kalau kita mohon.
neeza – kalau nk pujian je..tak bertahan lama lah blog tu…org dok hentam kiri kanan…hehehehehe
mynameisjay – ini yg komen..yg tak tinggalkan komen..bersepah2 yg tak suka.
salam kakjie
-28 komen dan dah hilang 28 undi ihiks dan bila digoogle akan menyebabkan lebih banyak undi yang hilang
oran macam ni harapkan pujian aje.. biar dia kembang sekembang telur yang dipukul untuk buang icing.. kahkahkahhh.. lepas tu orang makan.. biarkan dia.. hahaha…
Jie,Wa musyhkil sket nih.dimaklumi nama ayah Dr Khir sebenarnya Joyo memberi maana Jaya.Awat kalau pejabat pendaftaran buat mistake tak boleh tukaq ker? Cause though tak lah berapa kenal Dr Khir ni tapi kalau org make fun of his father name terasa juga kerana kita pun ada ayah juga kan.Lain ler kalau Dr Khir suka dipersendakan….Rio.
ler..baru sedar nak masuk world wide web lah this people…
izo- budak2 form 2 buat blog lagi canggih dari tu..sekali duduk depan pc macam²dia org buat.
Rasanya beliau perlukan site meter untuk menarik traffik..kena register kat technorati tu…sebab itulah saya ajak dia buat tutorial kat sini…anak² murid saya pun dalam lingkungan umur mcm DS je juga…hahahaha
Rasanya ada sesuatu yang tak kena dgn blog tu. Saya rasa ada orang yang cuba ambil kesempatan untuk menarik traffik yang banyak, dgn menggunakan nama Dr. Khir Toyo.
mz – pakcik..anak tuan guru nik aziz ade blog
saya pernah print artikel dia dan edarkan dgn kawan2 masa PRU 12..he hehe..
ini url blog anak tuan guru nik aziz, klik > Nik Abduh
errr … amat payah nak baca blog2 org politik nih.
pertama2 kali … apakah tujuan nya mereka berblog?
mereka bebas untuk berblog. pak cik juga bebas untuk tak terbabit sama.
tuan guru nik aziz ada blog tak? kalo ada mesti besh …
acai – owhhh…”tentang saya” tu kena patut tukar ” tentang dia” hahahahahha baru perkataan ‘beliau’ boleh digunakan..
ha ha ha…awatlah kita dok kalot pasai blog dia…tak sabar nk tunggu entri pedas dari DS, entri yang boleh dibincangkan secara berhemah:D
arin si arin & sebol ini ada perlumbaab ape? kura² dgn arnab ke?
hehehehehe….komen kakjie bukan pedas pun..dia ambek perhatian apa yg kakjie komen, dia dah ubah ayat, buang perkataan “beliau” tetapi knp komen tak diluluskan…at least ckp le..terimakasih ye…eheheheheheh
time mengundi surirumah(wanita) penting tau..jgn abaikan fakta ini!
slm kak jie,
alaaa biasalah kak..sbnarnya sy dengar ebnda tu ada yg monitor gak..means dia ada org yg bantu dia..dan dia juga sedang dalam proses buat proper blog nnti,hehe..mybe wordpress ker..:)
ahaaa..kali nih posting, mau potong encik sebol lak..vrooom..vrooomm..
Kak Jie, the first entry tuh waktu kuar..comments kat blog Ketua Pembangkang Selangor tuh baru 16 comments, tak sampai around 1-2 hours dah 166 comments..ohh..saya rasa comment2 tuh sure tak termasuk yang kene reject..tapi apa guna nak buat blog, tapi comment yang pedas tidak dapat diberi laluan..tol tak?
sebol – erk..kempen Kavita Kaur ke?
hiks!!!
ms Chrome – silap saya kerana tak print screen pada hari sabtu sebelum perkataan ‘beliau’ di edit…cess…masuk mahkamah sy dah tak de bukti…hahahahaha
abanglong - bukan semua orang boleh menulis…seperti saya.. he he he
azis – awat tak hebatnya…baru lancarkan blog yg ada satu entri seciput tanpa accessories ringkas sebagai sebuah blog, tanpa site meter, boleh di war war dalam suratkhabar…beruntunglah Ketua Pembangkang Selangor kerana mendapat liputan yang gah lebih dari MB skrg.
idham - saya tak sabar menanti isi kandungan blog tersebut sebab saya adalah pembaca blog sosial politik yang tegar walaupun blog saya bukanlah blog politik kerana saya tahu kepakaran saya bukanlah menulis blog politik.
ks - ye..sy tgok itu memang orang lain…
hidup akan sedap kalau kita memilih jalan yang benarrrr….
i think blog itu di tulis oleh owang lain
ye ke die bubuh ‘beliau’??? br jumpa blog die ari nie..
mungkin dia copy paste “profil calon” dia masa pilihanraya dulu.
Bari bersangka baik dan menyokong penuh kempen Kaviti Sifar
jie…sy jumpa 2 komen dari jie tp spt jie katakan…tu org lain.
komen spt di sini tak jumpa pun.
sy turut jugak tinggalkan komen yg pedas2 tp sedap…nak tgk dia approve kan tak….hehehe
‘hidup biar sedap’
saya pun dh komen…sy dh tahu benda camnih memang kena tapis. kena puji baru boleh kuar..alang2 tak masuk saya sembur dia cukup2. walaupun tak kuar tapi dia dah baca ayat power saya…hehe
pe yg kak jie komen tu…kot2 terlepas pandang ke…td gi jenguk ada lebih kurang 253 komen…hehehe tu baru satu entry tu…
sebol – dia membaca
tak takut dgn bini pula kali ni…:p
My heart – mgkn komen sy tu tiada nilai intelektual langsung…:p
Bintang -anak guru silat mmg fire mcm gini..hahahaha…
tersedak ayah kat kampung :p
ezza – muahahahaha…kecelaruan bahasa tu..kalau beliau adalah gantinama diri pertama.
uncle j – ehhh..tu bukan saya….mmg guna nick yang sama..sy ingat nak tukar nick lama balik la…hahahahaha
nk tgok berapa lama bersawangnya…
saya tengok utk entry pertama dia memang ada komen Jie keluar…utk entry kedua tak nampak pulak Jie komen kat situ..dah kena delete dek moderator dia kot…
saya rasa ada org lain yg buatkan blog tu utk dia….takkan bekas MB sanggup digelar “beruk” kot…hehehe
dia takut terkantoi..atau mungkin DS menggunakan beliau sebagai ganti nama.
contoh ayat ‘
beliau sudah makan tempe sebentar tadi, beliau masih kenyang dan tidak mahu makan malam.
gantinama beliau bagi beliau adalah ganti nama pertama…
hehe…duh..sendiri tulis sendiri pening
Hallamak Kak Jie..dush dush. Macam jurus silatlah entry ni. Hehehe.
salam kak jie…..saye dah jenguk blog Dato’ KT tu….sedey plak baca N3 akak ni….adekah Dato’ KT pilih bulu utk dipaparkan komen² yang dihantar….adat la tu kan….
tak kisahlah ia tak disiarkan pun, tapi dia mendengar….