Boikot

By Kujie, 24/09/2007 2:43 pm

mh 01 big Boikot

AHLI CUEPACS dan MTUC bergabung mengedarkan risalah sempena kempen ‘Boikot Kenaikan Harga Barang Keperluan’ di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.
——————————————————————————–

Risalah itu berbunyi:

“Harga barang-barang keperluan seperti beras, susu, garam, tepung, minyak masak, roti dan ayam semakin naik setiap hari.

“Sebelum meningkat ke tahap kritikal, kita harus memainkan peranan kita selaku pengguna.

“Marilah kita sama-sama memboikot barang keperluan dan mencari sumber alternatif.

“Sebagai pengguna dan warga pekerja, kita mempunyai hak untuk memainkan peranan kita demi membanteras kenaikan harga barangan dengan sewenang-wenangnya. Boikot!”

Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dah mulakan kempen boikot jangan ke pasar selama 2 hari seminggu.

Walaupun pengguna mempunyai kuasa sebagai pembeli, tetapi saya tak pasti bagaimanakah kempen ini akan berjaya menekan peniaga kerana semua barang yang dinaikkan harga adalah barang keperluan harian seperti tepung, susu, minyak , ayam , sayur dan ikan.

Kita nak makan apa?

Harga ayam mahal, kita nak makan apa? Ikan kembung pun sekilo RM 8. Kita kena buat kempen makan nasi dengan kicap lepas ini. Bagi saya sebagai pengguna kita kena berjimat, berbelanja secara bijak . Beli secukup keperluan saja dan jangan membazir sewaktu berbelanja di pasar ramadan.

Cuba periksa sampah di dapur kita, adakah sisa makanan yang kita buang kerana tidak habis di makan? Jika ada, itulah antara tanda kita telah berbelanja melebihi keperluan .

Sumber alternatif seperti yang disarankan itu kenalah sama-sama kita fikirkan. Makan ubi kayu seperti zaman jepun dulu ke?

Saya tak pernah ke pasar , sebab jauh dari rumah. Kedai yang saya dapatkan keperluan basah seperti ikan, ayam dan sayur cuma kedai kecil di taman ini. Saya beli bila saya nak masak sahaja, kalau hari ini nak masak ayam, baru saya beli ayam. Esok lusa kalau teringin nak masak ikan, baru saya beli ikan. Itu pun 2-3 ekor saja. Saya nak boikot macam mana ye?

Random Posts

14 Responses to “Boikot”

  1. Jie says:

    ooooo…bernas sgt2 la idea uncle tu…mcm beras bernas.

    sama2 la kita mencontrol nafsu membeli belah kita

    zana>> entahlah..itu utk org yg rajin berbelanja la kot..sy ni kurang…tadi masak ikan kukus dgn sup fish ball je..tak de nk bermewah2 time memasak…

  2. Zana Sadri says:

    Tak tau nak boikot tang mana… masak sehari sotong 4 ketul buat sambal pun leh tahan 3-4 hari duk dlm fridge. apetah lagi ayam. huhuhu…
    bulan posa adalah bulan kurang mkn nasik dan lauk la kak jie… haru2..

  3. Fozalin says:

    kak jie boikot tak?

  4. U.N.C.L.E says:

    ehem ehemmm tumpang semangkuk boleh hehehe… haaa teman ni di kalangan org keje gomen… gaji org gomen ni, berapa la sangat, tapi insyaAllah mencukupi… bila cakap pasal boikot ni, memang apa kata omputih, easy said than done..

    Pandangan teman kan, kita kena bijak berbelanja dan always alert dengan perubahan harga… untuk beli barang keperluan, jangan bergantung pada sesuatu kedai atau outlet… mana kedai yg offer harga murah sesuatu barang, beli kat sini…cuma yg lecehnya kena shop hopping ler…kita kalau boleh, kat satu kedai tu, semua urusan beres kan kan… paling baik, kalu suri2 rumah dapat kongsi info…sapa2 yg pandai, buka buletin board…zaman IT kan…suri2 rumah boleh hantar maklumat harga dan kedai di mana jenis2 barangan tu dibeli…haaa kat situ barulah everybody dapat lihat…perbandingan harga barang kat kedai A, B, C dan selanjutnya… Bila kita dah tahu harga barang apa murah di mana, siap buat senarai barangan, baru mula shopping…

    Itu satu… satu lagi kalau nak harga barangan basah yg murah, rajin2 la berkunjung ke pasar borong… weiii memang jauh harganya… kalu bab2 ikan dan sayur ni, apa yang kita beli sekilo kat pasar borong, dijual dengan harga sekati kat luar…maknanya, 400gram kita kena songlap… tapi maybe kat situlah peniaga2 luar nak buat untung… tapi kalu kita rajin, haaa berapa banyak penjimatan boleh buat…

    so, bagi teman bukan istilah boikot, tapi sepatutnya choosy bargaining… yang patut di boikot, org2 tengah yang ambil profit gila2 tu…so, yang tu, sapa yg patut boikot…haaa peniagalah…bila ini berlaku, bila para pengguna becomes choosy like me hehehe ….

  5. Jie says:

    13may
    idea yg bagus ..bernas spt beras! :P

    bp
    ye lah, nk sgt tgok dia usung sepanduk tepi highway..:)

    sayda
    makan hati! :P

    echah_syed
    mcm le depa leh kawal tiap pasar kg M’sia ni..entah-entah turun pasar pun tak pernah…busuk!

    lily
    tak faham nk boikot apa..sbb kalau kita tak beli barang keperluan tu, kita mcm mana? boleh makan batu? pasir?

    pasir pun ada harga tau..selori dlm RM 80-100, itu pun ikut grade!

    pB
    Bercakap senangkan… kita yg hadapi realiti… kita yg tempuh setiap hari…mcm ayam, kalau tak beli anak-anak nak makan apa?

    Ikan paling murah cencaru sekilo RM 7-8.

    Hari-hari telan cencaru lama-lama makin berkecelaru…:P

    Sebelum ajak kita boikot..fikir dulu jalan alternatif untuk kita orang ni…yang tak punya pilihan.

  6. pB says:

    Che aBear selalu pesan kalau boleh jangan ler beli ayam …
    Tapi kalau tak beli ayam , nak beli apa…
    Daging lembu lagi ler mahal.
    Udang pun kengkadang tu rm17 sekilo.
    Lala pun sekilo rm7.70

    Ikan kering pun mahal.
    Telur masin pun mahal.

    Abih tu …???

  7. Lily.Lulu. says:

    errr .. kat umah saya x de boikot pun, sebab kat umah jarang nak masak melainkan akak ngan abang balik.

    selalu bulan puasa kan kak jie, kita, ibu ngan ayah gi berbuka kat masjid. lazat dan jimat.

    no boikot2 :D

  8. echah_syed says:

    jie..x phm laaa.dorang cmne ekk.kt sabah nie ayam sekilo rm9.baru2 ni smpi rm9.90.kunun srh repot..tp bila repot no action pun..buang karen jer!!

  9. Arin says:

    apa yg leh kita buat, kene be smart sket..kalau selalu beli ayam seekor untuk masak, apa kata kali nih kita beli parts je..murah sedikit.tapi saya rasa kalau untk keluarga besar tak applicable cara gini..so?solution?pihak berwajib yg perlu pantau harga jgn dok suh rakyat nih boikot. dah tuh raykat nak makan cemana?

  10. sayda says:

    pastu nk mkn pe?
    adieh!

  11. blackpurple @ jowopinter says:

    Kena tunggu Shafie Apdal ikut boikot baru afdal… :)

  12. 13may says:

    saya asyik makan kat kedai ajer…
    kalau kedai tu boikot..saya carik kedai lain…:D

  13. Jie says:

    huhu…alasan yg kukuh dan ketat tak jarang langsung..:P

  14. nUr@dDeEn says:

    Boikot mungkin salah satu jalan penyelesaiannya. Tapi saya nak boikot camner? jarang-jarang pergi pasar sebab jarang-jarang masak sebab jarang-jarang ada sehari suntuk kat rumah sebab jarang-jarang dapat balik awal time keje sebab jarang-jarang ada kat rumah time hujung minggu!

    Huh!! Brapa banyak jaranggg daaa!!

Panorama Theme by Themocracy