Bukan pertama kali

Kereta dipandu laju rempuh enam motosikal berteduh hujan
kemalangan bawah jejantas kredit – utusan online

Seorang wanita sarat mengandung dan anak perempuannya berusia lima tahun maut, manakala lapan yang lain cedera, termasuk dua parah selepas sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju, merempuh enam motosikal yang berteduh daripada hujan lebat di Pesiaran Utara berhampiran Seri Perdana, di sini, semalam.

Pemandunya seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 18 tahun.

Kereta itu terlanggar pembahagi jalan di laluan paling laju dan tiba-tiba bertukar arah dan terus menuju ke arah pemandu dan pembonceng yang sedang berteduh.

Tips memandu ketika hujan dari gadis makcik litar yang ada 24 rekod saman :lol: jangan tekan brek tetapi angkat pedal minyak sewaktu corner untuk mengurangkan kelajuan. Kurangkan kelajuan 20% daripada kebiasaan ketika hujan.

Adalah SALAH membuka hazard light ketika memandu sewaktu hujan lebat. Ia mengelirukan pemandu lain. Hazard light hanya boleh digunakan jika berhenti di bahu jalan bila berlaku kecemasan.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Al-fatihah buat yang terkorban. takziah buat keluarga yang menghadapi kematian..

    p/s- orang kita, perlu ubah sikap. Pemanduan berhemah, bukannya bersepah.
    .-= samdaddycool´s last blog ..Klik jer.. duit masuk mencurah-curah. =-.

  2. Memang tak patut! Kadang kala saya rasa tak harus bagi lesen memandu kepada mereka yang tak layak! 🙁
    .-= tekkaus´s last blog ..14 Simple Tips To Be Frugalicious =-.

  3. kakjie,saya baru je balik ke kl.
    hari jumaat haritu masa on the way to penang,
    ade accident dekat lebuhraya utara selatan area slim river.
    usus bersepai atas jalan,fresh. huhuhu
    .-= blowie´s last blog ..Live – Penang Dealers Association =-.

  4. sedih betul berita-berita macam ni. takziah kpd keluarga mereka yang terlibat.

    mungkin tak ramai terfikir, kejadian seumpama ini blh berlaku dimana-mana sahaja. sesetengah orang terlalu berhati-hati dan sesetengah yg lain pula terlalu cuai.
    .-= megat´s last blog ..Penantian Suatu Penyeksaan, Di Wad Dan Perlu Pembedahan =-.

  5. kesian kanzz…

    aduhaiii…

  6. Pagi tadi bila baca surat khabar, sedihnya…
    Memang dah banyak kali dengar peristiwa seumpamanya.
    Sedih sebab melibatkan mereka yang tak bersalah..
    .-= Kak Long´s last blog ..Di tepi pantai Selat Melaka:Mbaca =-.

  7. kurangkan brek mengejut + kurangkan kelajuan waktu hujan.. jalankan licin. tapi sape2 nak rase buat drift tapi tamo rosakkan tayar, tula masa paling seswai! wakaka! 😆
    .-= mrs azmi´s last blog ..saya budak baru belajar~ =-.

  8. samanosuke_04 says:

    ish3, innalillah… kesiannye.. hoho, kalo brek masa hujan jadik rr drift.. sama cam dalam game :mrgreen:

  9. betul tu, tak perlu nyalakan lampu hazard ketika hujan..
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul =-.

  10. innalillah..
    Kalau hujan tu,please la bagi org yg lebih pengalaman..sedih tgk berita camni 😥

  11. innalillah…
    psl risau la parents sy jarang kasi sy bawak sorg2 haha
    pemandu baru bknnya terer mengagak sgt~
    bahaya wooo~
    .-= Adila´s last blog ..Snap snap awaaaaay~ =-.

  12. bahaya btlla bdak² zaman sekarang ni..nak di marah dah besar..nak dirotan mengongkong katenye..
    ssh la bdk² zaman skang ni (poyo jer)hehe
    boleh ikut ke tips makcik ni?? nnt difikirkan semula..hehe
    .-= Mr. Cuz´s last blog ..New Advertiser =-.

  13. dalam keadaan cuaca tak baik…abgdin sering berhati-hati bawa lori… tak berani nak bawa laju-laju…

    hati-hati di jalan raya
    .-= Abg Din´s last blog ..Malam Pertama…. =-.

  14. aduuuhh…tak boleh bayangkan perasaan keluarga. mesti dia baru dapat lesen tu…
    .-= cheryna´s last blog ..sha: padayappa, my hero =-.

  15. da hujan,slow down je laa…
    kan segalanya terbatas mase tu, brek,penglihatan, kan tak sebagus cuaca terik…

    harap jd pengajaran..
    .-= ChekguBH´s last blog ..Open Haus lagiii….?? =-.

  16. Baru dapat setreng…
    .-= kruel74´s last blog ..What Whiteout? =-.

  17. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
    Pagi-pagi lagi dah sedih dan mual tengok berita di muka depan akhbar.
    Sedih – dengan berita kemalangan ini.
    Mual – dengan berita ‘anak haram bertambah’ di metro.
    Macam dah tak selamat dah negara kita ni. Tak selamat sosialnya.
    .-= KakChik´s last blog ..Cerita Semalam =-.

  18. masuk masuk blog kak jie.. sekali ade berite
    sadis plak, perghhh 18tahun? pregnant? + anak 5tahun?
    ngerinye… kesian…

  19. Innalillah….

    Ya, ini bukan pertama kali…
    .-= mudin001´s last blog ..Perhimpunan =-.

  20. Muda lagi pemandunya. Laju pulak dibawanya. Pasti, dia kurang berpengalaman lagi..

    Tip2 yang diberi tu sangat bermanfaat. 🙂
    .-= beliamuda´s last blog ..Jom tukar pautan dengan beliamuda.com =-.