Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS

EDIT : 02/03/2011
Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai Selasa hingga 10 Mac 2011 - sumber : Bernama Online

=================================================

28 FEB 2011

PDRM memberi kemudahan pembayaran saman di semua kaunter Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara sehingga jam 12 tengah malam ini

Makluman dari ASP Zaiham, Pusat Media PDRM, Bukit Aman.

sumber : ondscene.my

====================================================

NOTA : Ini cara yang saya guna pada tahun 2009,   sila hubungan pihak  http://www.dapat.com jika berlaku sebarang perubahan.

 

Jom Belajar Memandu
EDIT : 01/12/2010 – sumber dari myeg.com.my

Berkuatkuasa 1 Disember 2010 PDRM menawarkan insentif bayaran kadar kompaun untuk semua saman trafik –

Semua saman yang di keluarkan pada atau sebelum 30hb November 2010 :

  • Akan diberikan insentif pengurangan dari kadar kompuan sebenar

Semua saman yang di keluarkan selepas 30hb November 2010 :

  • Saman di selesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50% dari kadar kompaun sebenar
  • Saman di selesaikan dalam tempoh 16 – 30 hari akan diberikan insentif 30% dari kadar kompaun sebenar
  • Saman yang TIDAK di selesaikan dalam tempoh 30 hari tidak akan diberikan sebarang insentif dan seterusnya akan di senarai hitamkan

===================================================

Merujuk kepada entri saya DAPAT 24 saman dengan jumlah rm 4700.00 ( < klik ) , ramai yang menghubungi saya bertanya beberapa soalan lanjut yang saya sendiri tidak pasti jawapannya.

Saya bukan polis trafik yang dapat menyelesaikan masalah tuan puan, saya bukan juga pegawai JPJ yang dapat melupuskan saman tuan puan. Saya sendiri terpaksa masuk balai bahagian trafik untuk membuat bayaran saman tersebut. 

Apa yang saya boleh kongsi adalah cara untuk semak saman trafik melalui sms.  Ada dua cara untuk kita semak saman trafik melalui sms iaitu dengan menggunakan no kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan.

Tuan/ puan boleh check saman polis trafik melalui sms dengan cara :

Taip SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

contoh :   SAMAN 911809105110 hantar kepada 32728

atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :

SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip

SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728

Contoh :  SAMAN ABC123 akurempit@yahoo.com dan hantar ke 32728

Cara nak buat bayaran : pergi ke bahagian trafik di balai polis berdekatan.. Bawa duit dua tiga guni…he he he

Ini bukti yang di terima melalui email

Entri Lain Tentang Saman Trafik – Makcik Rempit Ada 18 Saman

Cara Lain Semak Saman Trafik

  1. Myeg.com.my – boleh juga buat bayaran saman online tetapi perlu berdaftar
  2. Melalui SMS 15888 - taip POLIS SAMAN <NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke  15888 – Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke 15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
  3. Semak Saman JPJ di Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan -Semak Saman JPJ(klik)
About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. joker........... says:

    boleh caye ke kak gune emel ni????
    :razz: :smile: ;-) :cool: :cool:

  2. Anonymous says:

    cmna ya nk smak saman?msuk mna ya?.hehe

  3. suhaimi zainol says:

    TQ 4 d info….nak kena semak ni,kak jie smt raya ;-)

  4. nak buat sejarah dalam hidup…hidup 33 tahun..baru kena saman sekali..KEPADA PEGAWAI TRAFIK YANG BERTUGAS..SELAMAT MENJALANKAN TUGAS ANDA..SELAMAT HARIRAYA :razz: :

  5. :smile: alhamdulilah dah xde saman lagi….

  6. kenapa ye klu ada saman salah satu kereta dibawah satu nama,kereta yg lain tak bleh ambik rodtex?pada hal,kereta lain yang kena saman.klu bertujuan untuk menjejaki tuan kereta yang tak bayar saman,block kan lesen apabila dia menperbaharuinya jangan salah kan kereta. :roll: :roll: sebab kereta yang tak kena saman org lain guna dan bayar tiap-tiap bulan.memang la beli atas nama dia.tp tempias nya pd kereta bukan pada ora yg melakukan kesalahan :cool: :cool:

  7. najihah says:

    saya kena saman sakali,tapi syukur byr sikit je hehehe

  8. .. weyh axu nux byaR saman niee .. tlowng bayaR kan laa .. :sad:

  9. hanaffi says:

    guane nok semak saman online haaa

  10. :twisted: xchek saman guna sms pun sebulan ader 3 saman..kalau chek…aduuhhhh rugi jer bayar saman..

  11. janggut semanggol says:

    Kisah saman ekor belum berbayar, harga minyak & gula pulak dinaikkan harga. Teman berulang kerje. Lebih kurang 90km sehala. Aduh sedih dan kecewanya hati ini. Apalah nasib badan berkerajaan yg menyusahkan rakyat.
    Semoga cepat-cepat le PRU13.

  12. :shock: aku ader 7 saman…jumlah semua rm1800.00 bila masa lak dia org ni tembak..tembak dalam belukar ke? :cry: BRO POLIS…tak der diskaun ke?

  13. kasihanilah orang kampung cari bagai gile..tpi akhirnye kene byr saman…arh!!!!!!!!!!!pening2…. :cry:

    • janggut semanggol says:

      Orang kampung susah tak ape Yob, jangan Pak Menteri susah.hujung tahun nanti akan diumumkanlah bonus untuk penjawat awam. Org kampung happy sbb anaknya dpt bonus.Tapi dia serupe dulu jugak, tak mahu berubah.Itule bangsa ku MELAYU.

      Bapak polis kalau nak banyak bonus, kerja le kuat sikit, banyakkan keluar saman ekor, saman kepala & ape2 jenis saman.

    • Anonymous says:

      :cry: raya nie tuk suka……. bkn tuk berduka… huhuhuhu……. sabar jew la,,,,,

  14. adia jempol says:

    :roll: aku ni ada saman tapi xlepas-lepas g nak bayar saman nak mengadap polis trafik tu xada masa..entahlah bila aggaknya nak bayar akku pun xtahu…s2 aku nak komen tapi cikit jo kalau nak saman ekor tu ati-ati lah ye sbb kdg2 keta yg yg lalu laju dpn kita tapi keta kta yg kena saman…pesanan rengkas

    • adia jempol says:

      aku ni byk saman dah ada yg dah berbayar ada yg belum al maklum lah air pun ada pasang surut nya…saman aku byk bukan apa pun nak cepat g mesy..yg selalunya nak cpt..perempuan cam tu lah byk keja waktu rehat balik nak msk..lps itu sisp2 nak keluar kawasan lak..bila dah tgk jam kat tgn 2.45 itu yg bawa terlebih nombor 90km jadi 100km..abg2 trafik tolong lah ye…

    • Anonymous says:

      aku ade gak saman, tp nak check mcm ne dollllllllllllll

      • Anonymous says:

        kome semak guna sms jew la………
        taip POLIS SAMAN {NO.I/C} hntr ke 32728

  15. janggut semanggol says:

    Ptg tadi nak renew road tax, staf jpj kata x boleh sbb ada black list. Kena pergi balai polis trafik dulu settle saman baru boleh renew.
    Teman ni tak biasa pun kena saman, bila kena sekali, tak tahu procedure / nak lawan balik. Orang baik katakan.
    Soalanya. Saman, saya tak sign & tak tahu kena pun, tapi saman kena juga. Betul ke tu Yob?

  16. aku kena saman xpakai helmet..
    br nk kuar umah dh kena saman..
    bodo btol :x
    xpasal2 kena rm200..

  17. MELAYANG DUIT AKU DUA RATUS….SHOPPING DPT 2 3 LAI BJU….CEDIH BNGT!!! CHEETAH TNGH OFER TU………..

  18. aku kena saman nk wt roadtax pn xblh…PADAN MUKA AKU!!

  19. aku sms letak alamat email x de respon pun

  20. kitzan says:

    hemmmmm
    bila kawan guna kereta surat saman tak lunaskan hingga kini ku baru tahu ada saman kereta ku

  21. cop_86 says:

    to all…lau xnk kna saman,patuhi undg2 tau….. :razz: :lol:

  22. adik bawa kete saya..letak merata-rata…setiap kali pinjam kene saman.setiap mlm bawa kereta kakak danya abang yang lain2…aduh,,,budak2 skrg ingat mudahnya hidup…

  23. Anonymous says:

    sape plak yg kene saman

  24. aunty jam says:

    harap lpas depa dapat gaji baru ni kurang lah sman yg bukan bukan tu….

  25. Anonymous says:

    kena saman hadlaju plak….aduh…3rtus gak la kna byr

  26. nak tanya kalau nak cek saman jpj camne….n saman dbkl…camne ek…

  27. Tunggu saje surat kak. :)
    .-= tekkaus´s last blog ..Fook-ing Around In Facebook =-.

  28. cek pakai MYEG aje. tiap2 bulan dia bagitau kita dapat saman atau tak. nasib baik bulan lepas takde. hehe..
    .-= titan´s last blog ..Komisen ke 44 dari TNX =-.

  29. kalau hadlaju 110 tp kene saman bwk 120, tak berbaloi….alang2 nak laju biar smpai 140 sy rasa ok….huhuhu. sekadar pendapat, tp tengok jenis dan kondisi kereta juga lerrr..

  30. tak pernah try guna SMS.. slalu check guna MYEG aje.. alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi kena saman..
    .-= sayahappyslalu´s last blog ..Every Single Day Will Make A Different.. =-.

  31. byk nye saman kak jie.. hehe.. saya pun dah lame x check nih.. leh la try..

  32. banyaknya saman
    thks 4 the info. nak cuber gak lah. nak check bpre kene
    .-= CikLilyPutih´s last blog ..Hantu facebook betul lah kan? =-.

  33. kalaulah tak kena saman…klu duit 2-3 guni tu buat kenduri pun bagus kan? :lol: :lol: :lol:
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..redup~ =-.

  34. Saya check saman bila ada bulan pengampunan je…….. :grin:
    .-= Papa-Roq´s last blog ..Old Town White Coffee | Halal Atau Tidak? =-.

  35. oh.. gitu. en suami saya selalunya check di website je.. :)
    .-= zuhaini´s last blog ..To all who joins My-Alia.com Monthly Giveaway… =-.

  36. joegrimjow says:

    banyak lagi ilmo google yg xdimanfaatkan
    huhu

    kak kujie
    join contest jom
    nak dengar gak cite era 90an ni
    ke 80an? heee

    jom join contest weekend@sheffield
    ada 2 hari lagi sebelum ditutup
    true meaning of love atau unity through sportmanship
    anda pilih!
    klik klik

  37. wah setakat yang SMS dapat tau saman tu biasalah buat, in kali pertama tau pasal boleh pulak hantar ke emel. Terima kasih berkongsi :)
    .-= zuls´s last blog ..Login Facebook Dapat Duit =-.

  38. hehehe…

    yuhooooo

    maza tak der saman…
    apa tak nya, lepak aje kat rumah..
    keta pun dah lama tak panaskan..
    mujur juga ada aktiviti di Teluk Kemang!
    hehehehe
    .-= maza´s last blog ..Harimau Kecil Mengaum dan Meronta-ronta Di Teluk Kemang! =-.

  39. gerun juga kalau nak cek saman ikut sms nih…heheh berdebar-debar beb tunggu reply dr 32728 tu. :mrgreen:

  40. Terima kasih kongsi TIPS. nak cuba juga ni kot2 ada saman. bulan 3 ni nak kena bayar roadtax.
    .-= denaihati´s last blog ..KEPUTUSAN Ranking HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    • @denaihati, check saman trafik dulu tu sebab tak dapat bayar roadtax lah…lepas tu…. buat entri dri pengalaman sendiri…lepas tu dapat email menderu2 orang dok tanya lagi pasal ni

  41. wow… tak pernah plak cuba… hehe
    .-= Adry´s last blog ..Tawau.. Tawau Bloggers… Tawau Photographers Club… =-.

  42. Saya selalu lepas balik perayaan check saman melalui sms gak..nak ingat no tu dulu..hantar ke DAPAT(32728).. kali ni nak try melalui email plak as suggested by kak jie.. ;-)
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Asam Pedas Melaka =-.

    • @Bb Hussain, kalau saman banyak macam kak jie, elok hantar kat email..senang nak print , check satu2…. kalau korang jenis sopan santun kat jalanraya tu…tak de la kot :oops:

  43. Kat Melaka tgh rancang nak buat semakan pinjaman pelajaran dari Kerajaan Negeri..

    Tapi yg telah dilaksanakan.. Buat aduan mengenai melaka melalui sms….
    .-= zool´s last blog ..Cuaca panas hingga Mac =-.

  44. Sekarang banyak polis traffik kat tepi jalan.
    Bayar saman online dah ada ke?
    .-= Kak Long´s last blog ..Kutemui James Bond =-.

  45. Oho Kak Jie, mekasih berkongsi.. Orait2 ni nak semak ada saman atau tak dak. :mrgreen:
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Doodle in FaceBook? Whoaho!! =-.

  46. salam,
    pernah guna cara ni.. tapi dapat 2 jawapan yang berbeza. Satu sms dr tel ayah tetapi no kenderaan sayalah.. jawapan… ade satu saman. Bila saya semak guna tel sendiri pula.. jawapannya.. tiada saman dikeluarkan.. camne tu???
    .-= cikgu isza´s last blog ..AKU YANG GATAL =-.

    • @cikgu isza, cuba cara hantar detail melalui email, sebab dari pengalaman peribadi apa yang di hantar sama dengan apa yang ada pada rekod polis sewaktu saya ke balai polis untuk membayar saman tersebut

    • cop_86 says:

      iyeke..hp u xde kdt kot.kredit balance dah check x????

  47. ada saman waktu xcident kat sepang dulu.. tapi tak byar2 lagi pun.. bila check semua ok..
    .-= Kasawari´s last blog ..Senandung Malam… =-.

  48. ni saman polis.. kalau saman JPJ camne lak kak jie? :???:
    .-= Anarm´s last blog ..Comodo Dragon – Internet Browser Terbaru =-.

    • @Anarm, kak jie tak pernah kena saman dgn JPJ, tak pandai nak ceritalah

      apa yg kak jie tulis berdasarkan pengalaman peribadi

      p/s – soalan ni paling banyak masuk dalam email :lol:

  49. akurempit@yahoo.com
    wakakaka~
    .-= ariff´s last blog ..Hari Ini =-.

  50. betul ker nieh kak kujie?
    Jup yerk… Nak try…. hehehe!
    .-= Zul´s last blog ..Laptop Asus K40IN Series Review =-.

Trackbacks

  1. Semak Saman Trafik Online dan SmsDenaihati says:

    [...] baik boleh semak saman trafik melalui SMS itu pun setelah terjumpa penerangan panjang lebar di Kujie2.com (mesti melimpah-limpah trafik masuk ni) :Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada [...]