Caruman KWSP Surirumah

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan membenarkan pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikembalikan kepada 11 peratus berkuat kuasa serta-merta.

Encik Hasbullah ada pandangan tersendiri yang mahukan pekerja boleh memilih samada 11% atau 9 %.

Saya adalah surirumah yang mencarum KWSP . Saya mencarum untuk diri sendiri – carumah pekerja dan caruman majikan adalah dari duit sendiri. Secara mudah saya mencarum 21% setiap bulan.

Tapi kiraan gaji ( dalam bayangan , mana ada gaji pun ) bukanlah ribu riban, gaji seorang makcik cleaner saja tetapi sekurang-kurangnya saya mencarum secara teratur. Kalau lewat KWSP  denda tau!


Dengan caruman yang seciput itu, saya pernah keluarkan untuk membeli sebuah rumah kos rendah di Bandar Baru Ampang atas nama sendiri dan bayaran ansuran bulanan saya dapatkan dari penyewa.

Walaupun mungkin pakar ekonomi yang hebat-hebat mempunyai berbagai pendapat tentang kerugian caruman di KWSP tetapi saya masih menaruh kepercayaan bahawa KWSP tetap memberi satu kelebihan di waktu usia pesaraan ( suri rumah boleh bersara ke ?) saya nanti.

Saya bukanlah ahli berdaftar Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) atau pun ahli kehormat Persatuan Surirumahtangga Malaysia ( PSM ) tetapi saya tetap menyokong tuntutan mereka untuk menambah carumah 9% kepada 11%.

*Pengakuan ini tidak perlu bersumpah

*****************************

Cerita raya last call.

Semalam saya pergi open house rumah Jun di Subang Permai.   Pergi rumah tukang masak, menu sedap-sedap sangat.  Makan tak ingat sampai Jun tapau bawa balik Kek Lumut dan  Chocolate Cheese Cake .  Lepas ni kena diet dengan Jus Mate 5 kot :lol: .

Sebenarnya saya ada 2 jemputan semalam tetapi saya punya 1001 alasan untuk tidak turut serta. Mungkin kerana berkonsepkan ‘potluck’… ha ha ha.. Yonna, boleh gunapakai alasan ni tak?

Hari ni 30 Syawal 1430H, ada open house lagi ke?

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. maza kalau boleh nak simpan 11% itew..

    tapi entahlah, kekadang napsu nak duit lebih kat tangan pun kemain hebat melanda gitew..

    wakakakka
    .-= maza´s last blog ..Penulis Haluan Kiri: Diintip! =-.

  2. erk! kes ada isteri tapi tak der suri rumah lak camner tu? huhuhuhu
    .-= maza´s last blog ..Penulis Haluan Kiri: Diintip! =-.

  3. Memang berwawasan suri rumah ni…
    Kak Long yang kerja kerajaan ni pun lum tahu, duit KWSP tu boleh lepas beli apa.
    .-= Kak Long´s last blog ..Kejadian Ngeri Di depan Mata =-.

  4. hahhaha..jusmate jie? rasanyer jun nk ikut ckp jie lah…supaya x d kedut ..x payah susah2 diet…
    .-= jun´s last blog ..Kunjungan kehormat tika syawal..hehe =-.

  5. buat caruman sendiri? boleh tahan ke?
    Kalau saye mmg takleh kakjie,nafsu nak guna duit tu membuak buak 😀
    .-= blowie´s last blog ..Remaja dijatuhi hukuman 150 jam khidmat komuniti =-.

  6. waa..bagus tu
    patut dicontohi..
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul =-.

  7. HAHAHA ayat tajam ah ma :p
    alasan diterima :p 😆
    .-= yonna´s last blog ..Y553 : Makan di William =-.

  8. Boleh juga kan kak? Tetapi saya bukan suri rumah! :p
    .-= tekkaus´s last blog ..Beyonce’s Sweet Dreams =-.

  9. nak mencarum sendiri camni kak g? nak tau jgk ni

    • @wanmus,
      1. u kena daftar sebagai ahli kwsp, no ahli akan diberikan. kalau dah ada no. ahli tak perlu daftar lagi.
      2. minima bayaran caruman rm 50 maksima rm 5000 sebulan. boleh mencarum bila bila masa, tak de due date. bayaran hanya boleh di buat di kwsp shj dgn menyertakan borang bayaran kwsp 6a (1). bayaran melalui bank tak boleh.
      3. selain tu boleh bayar melalui internet banking iaitu mbb dan pbb shj.

      • salam along,
        wah kalau mcm saya dah ade no.ahli-masa keje dulu2(zaman tatkala nabi adam kott)..boleh ke carum balik,atau dah luput?? 🙂 saya skrg pun dh jadi surirumah aje 🙄 suami pun jarang jumpa..jauh mcm akak jugee 😥 😥 cmana akak.tolonn la ❓

        • @missza,
          waalaikumusalam,
          no. ahli kwsp aktif ( tak luput ) hingga umur 75 thn.
          ikut je suami tu, kemana shj, di mana shj …

  10. Saya dah lama takde caruman.. mungkin sebab company sendiri dan sendiri jadi bos + kuli.. Tapi saya terpanggil untuk mencarum lepas betul-betul terurus perjalanan bisnes..

    p/s- surirumah pun ada caruman kan… 😉
    .-= Muhasabah Trading´s last blog ..Update : Tambahan stok koleksi tudung dan jubah =-.

  11. Hari ni last Syawal. Habis betul dah ni raya… :mrgreen:
    .-= kruel74´s last blog ..MACC is not as threatening as I thought =-.

  12. ade lagi jemputan harini! last call! semalam lunyai dah g open house. 🙄
    .-= mrs azmi´s last blog ..jom makan~ =-.

  13. Saya cadangkan kujie menjadi presiden Kumpulan Wang Simpanan Surirumah (KWSS) demi masa depan suri-suri..

    sekian, tq

    🙂
    .-= semutapi´s last blog ..Dua jenis lembu… =-.