Coli Intan

Victoria’s Secret keluarkan baju dalam baru yang diberi nama “Bombshell Fantasy Bra” berharga 2 Million USD.

Bajet 2011  kerajaan dah umumkan seluar dalam, coli/baju dalam telah dikecualikan cukai.  Victoria’s Secret pun ikuti perkembangan bajet negara dan pengeluaran coli terbaru ini telah membuktikan rakyat Malaysia adalah pelanggan berharga mereka.  Coli sudah menjadi masalah negara memotong kepentingan beras, gula , susu dan tepung.

curve² dia kena blurlah…jap lagi cik abang visit blog patlima ploh kali sehari

Cik Kiah Cik Kiah oiiiii………….jomlah order.  Kita bukan beli intan permata tu, tapi beli coli!  Tapi tak pasti juga coli ni ada dalam kataglog online Victoria’s Secret.

Coli multi-million dollar ini dihiasi dengan 3000 batu permata dan mengambil masa 1500 jam untuk disiapkan telah digayakan oleh Supermodel Adriana Lima.

Beli coli tanpa cukai, dapat batu permata intan berlian tanpa cukai.:lol:

Tak tau nak pilih saiz?   Kepada suami yang bercadang nak buat kejutan hadiahkan Bombshell Fantasy Bra kepada isteri tercinta , jangan risau… boleh klik link ini untuk buat pengiraan cara nak pilih coli.


Saya belum seksi popular seperti Adriana Lima untuk ada jenama coli sendiri.:lol:

©kujie – intan = permata, kan………..korang jangan marah arr tajuk di atas tu.  Intan yang baca tajuk entri  ni mesti menjerit²

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. bkn 6 juta ker

  2. mrs jamal says:

    terkejut tengok tajuk..ingat intan punya..he..he..

    -mahalnya..kita beli yang RM 100++ pown dah rasa cam mahal ni pulak nk beli yang cenggini punya harga.adess
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..What you love about the Blackberry Torch 9800My Profile