Di Hari Pernikahanmu

Raja Shahirah Aishah dan Syarul Reza Abdul Aziz - Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan

Raja Shahirah Aishah dan Syarul Reza Abdul Aziz - Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan

Kredit : BH Online

Anak Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mencetuskan kontroversi antara dua negara pada 1992, Raja Shahirah Aishah, 23, selamat diijabkabulkan dengan vokalis kumpulan Love Me Butch, Syarul Reza Abdul Aziz, 29.

Saya masih teringat kisah bagaimana Raja Bahrin membuat perancangan untuk menyelamatkan akidah anak2nya dan meredah laut menaiki bot dari Australia untuk melarikan dua anaknya daripada bekas isterinya Jacqueline Pascarl-Gillespie

Anak² Raja Bahrin, Raja Mohamad Baharuddin dan Raja Shahirah Aishah mempunyai keyakinan yang sangat tinggi untuk mengikuti ayahanda mereka pulang .

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah Raja Bahrin seperti pertolongan Allah akan datang kalau kita betul-betul mengharap dan meletakkan tawakkal padaNya. Dalam kesukaran dan kerumitan yang dialami, Allah datangkan pertolongan²Nya.

Apa pun perancangan yang dibuat oleh Raja Bahrin dalam menyelamatkan akidah anak-anak beliau, doa adalah modal yang paling banyak beliau himpunkan sebelum terbang ke Australia untuk ‘menjemput’ semula anak-anak yang masih kecil pulang semula ke suasana yang diredai Allah SWT.

The Raja Bahrin story: A father's dramatic rescue mission

The Raja Bahrin story: A father's dramatic rescue mission

Di hari pernikahanmu Shahirah…. Makcik Jie hanya mampu titipkan sebaris pesanan yang pernah diriwayatkan bahawa Asma’ binti Khorijah berkata kepada anak perempuannya tatkala malam pernikahannya:

( Juga untuk Reen di Johor Bharu dan Lily di Ampang juga semua pengantin yang baru melangsungkan perkahwinannya )

“Sesungguhnya engkau akan keluar dari sarang yang membesarkanmu lalu engkau beralih ke tempat tidur yang tidak kamu ketahui dan pendamping yang kamu tidak pernah bergaul denganya. Maka jadilah engaku sebagai bumi baginya agar ia menjadi langit bagimu.  Jadilah kamu hamparan baginya agar ia menjadi sendi bagimu.  Jadilah hamba baginya agar dia menjadi hamba bagimu. Janganlah engkau memaksa tuntutanmu sehingga dia membencimu. Janganlah engkau menjauhinya sehingga dia melupakanmu. Jika dia mendekatimu, maka dekatilah dia dan jika dia menjauhimu maka hindarilah dia. Jagalah hidung, pendengaran dan matanya. Janganlah sekali-kali ia mencium dari dirimu kecuali bau yang harum, janganlah ia mendengar darimu kecuali ucapan yanag baik dan janganlah ia memandang darimu kecuali yang indah-indah”.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. salams tn rumah…

    lor.. kawan haku dapat kawan ngan anak raja rupanye… 😆 😆

    ingat dulu masa kat koleh kat N9… selekeh jer dah syahrul nie… dia mmg gila2 sket.. tp best tul bila denga dier nyanyi tuk farewall kitaorang…

    lagipon dia nie penghulu tuk student kolej Karisma first batch… hmmm… dah tutup pon kolej tu..

    nway… all the best for the couple…

  2. sangat lame sudah kisah iddin dgn syahirah ni.. tapi still bole igt sampai sekarang.. mase tu saye masih budak2 hingusan lagik! :mrgreen:

    tahniah buat syahirah moga berbahagia hingga ke akhir hayat! 🙂

    ~mrs azmi~s last blog post..org yang kita cinta vs. org yang kita suka

  3. err nnt g kat counter ckp nk bank in dalam acc kite eh?
    cmtu?

    yonnas last blog post..Akif Mohd Wafi

    • ye la…kat cek tu kan tulis nama kita kan
      boleh bank in kat akaun yg ditulis kat cek tu saja

      wahhhhhhhhhhhhh..dh dpat cek pertama nuffnang..gud…gud :mrgreen:

  4. 😛 ..1st time tgok live shahirah ni..mmg cun anak raja bahrin ni..shahirah dok block ab3 kolej anggerik kan…tahniah la dh btemu teman sejati..moga kekal ke akhir hayat..

  5. ish mama.
    err serius yonna tak pernah tau kisah raja bahrin ni.
    err apatah lagi buku dia kan 🙂
    lawa anak pompuan diaaaa.

    thnx for sharing mama ! 😉

    yonnas last blog post..Akif Mohd Wafi

  6. saling tak tumpah cam muka mak dia kan kakjie! 😛

    cakap kosongs last blog post..Cinta Gila!!!!!

  7. mama,
    err sorry nk tny ni.
    *out of topic*

    yonna dpt cek nuffnang.
    err nak buat cmne eh?
    diorg akan bank in dlm acc kite ek?

    ajar mamaaaaa

    • cek tu bank in dalam akaun kita le…huhuhu

      kalau tak tau..bank in dalam akaun mama le..

      wahhhhhhhhhhhh…dah dpt 1st cek
      pasembor satu! :mrgreen:

  8. Anonymous says:

    aku betul2 respect kat raja bahrin….dia menjadi pembakar semangat aku untuk terus maju…

  9. Memang dulu cerita ni menjadi kontroversi suatu ketika dulu.. Apahal pun selamat bernikah..

    Saya ni ntah bile ntah..

    zools last blog post..Maulidur Rasul 1430 H

  10. Tie masih ingat lagi budak tu masa kecil. Rasa macam baru je kisah mereka lari naik boat tu…. Memang respect kat bapanya yang betul2 bertanggungjawab terhadap anak2nya… :mrgreen:

    Ties last blog post..Abang sayang

  11. kisah die ni saya xtau sangat la. mm. kene google ni

  12. salam, saya pun memiliki buku itu..satu pengalaman yg cukup menarik

    arsailis last blog post..

  13. owh,baru tahu pasal kisah ni.thanks kujie!(ye la dulu masa kecik tahu main je.hehe)

    TipsGodas last blog post..50 Cute,Romantic and Fun Dating Ideas.Dont Know What To Do For The Date?

  14. Kalau boleh kahwin tu biarlah hanya sekali, yang sekali tu moga2 biarlah sampai ke akhir nyawa.

    TokNabes last blog post..Pejuang Bahasa

    • isnyaallah..saya rasa semua org yg berumahtangga mmg itu yg diharapkan
      kita tak tahu apa yang akan kita tempuh esok hari

  15. Hi Kujie, good looking couple. Look very regal.
    You keep well and have a nice day, Lee.

    Uncle Lees last blog post..From The Sea They Came With Hope.

  16. Jie…
    Tahun lepas atau sebelumnya, Tg Shahirah ni cari emak dia semula, kan? Dia terbang ke sini dan berjumpa dengan emaknya. Memang heboh berita tu kat sini. Masa tu, opah dah geleng kepala dah terutamanya bila tengok dia bukak tudung dan tinggal dengan emaknya yang sudah murtad.
    Tapi tadi, opah sembang dengan anney yang kau minati, Jie… ha ha ha… tentang perkara ini (bagailah perkara ni ada kaitan dengan kami), opah rasa dia cari emak dia dulu sebab dia nak beritahu emaknya yang dia nak berkahwin. Dia nak dapat restu daripada emaknya. Suka atau tidak, Islam atau tidak, perempuan Oz tu tetap emak dia. Darah daging dia.
    Moga Tg Shahirah bertemu dengan kebahagiaan yang dicari-carinya. Syukur, dia berkahwin dengan orang Islam. Kalau tidak… payah. Opah tahulah… opah dah rasa.

    ODs last blog post..Aku Hangat Hati Dengan Jie…

    • eeeeeeeeeee…..hahahahaha….tau atok anney tu opah de dok ngata dia, tataulah. Hubungan anak beranak tak akan putus biar pun berlainan bangsa…lagi pun masing2 dah dewasa, harap2 dpt terima semuanya dgn terbuka.

  17. kejap je mase berlalu…
    shirah ni pun dah sesuai jadi mak budak dah…
    saye jugak yg blom jadik bapak budak nih.. 😆

    dlm berite td pon ade tyg gak pasal nih, dorg kawen kat aryani resort, besut…

  18. tau sket2 je kesah nih…saye kecik sgt time tuh…hehehehe~alhamdullilah raja bahrin berjayer selamatkan akidah anak2nye…

    kuros last blog post..im back~

    • thn 2006 kalau tak salah, Shahirah tu pergi Australia jumpa mak dia..kecoh juga org suratkhabar…jumpa mak pun dia org berkhemah depan rumah…nak cari bahan… 😆

  19. ingat2 lupa dh cerita raja bahrin ni..time tuh budak lagi pon…tp still first time dengar..memang rasa familiar…hehe

    |1f34|-|1r3s last blog post..Further applications of GPS for tracking people

  20. Lawa anak dia. Semoga akhlaknya selawa wajahnya.

    Memang bangga bila baca kisah Raja Bahrin berkorban untuk selamatkan akidah anak-anak dia. Memang ayah yang sangat kool!

    Tapi banyak pula anak-anak muda di negara kita merelakan akidah mereka dirosakkan bahkan lebih teruk, caci agama yang dianuti sendiri. haish…

    • Kak Jie ikuti kisah mereka…tahun 1992 tu kak jie sendiri baru kahwin….tengah mengandungkan anak sulung….jadi kisah tu rasa dekat di hati…tup2….dah nak kahwin budaknya….cepat benar masa berlalu.

      Respect betul dengan Raja Bahrin….hantaran untuk Shahirah 7785 ( kalau tak silap )…bukan berpuluh2 ribu spt orang lain…

      Tanggungjawap seorg bapa, kahwinkan anak gadisnya ketika waktu yang sesuai dan permudahkan urusan mereka…

  21. ingat dulu diorang kecik2 comel comel lagi..
    nampak sangat neeza pun sebenarnya dah tua :mrgreen:

    Neezas last blog post..Cerita lama..

  22. besar dah rupernyer budak tu.
    masa kes ni berlaku bai masuih budak sekolah.
    anak lelaki dia mana eh. musti hencem bila dah besau.hehe 😆

    • Dulu 9 & 5 tahun..masih boleh dibayangkan wajah comel mereka di akhbar tahun 1992 sehingga menimbulkan ketegangan diplomatik antara Malaysia dgn Australia .

  23. Yang saya kurang suka adalah buku yang ditulis oleh bekas isteri Raja Bahrin yang menjadikan Raja Bahrin sebagai the villain. Tetapi setiap orang ada perspektif sendiri. He’s the better man jemput bekas isteri dia datang majlis kahwin anak dia

    kruel74s last blog post..Government now is the shareholders

    • Masing2 menulis dari panangan dan pengalaman masing dan punya tujuan masing2…tetapi saya yakin cara dan tindakan Raja Bahrin bertepatan dan saya tidak pasti masih ada lagikah bapa yang sanggu memperjuangkan masa depan anak2 mereka seperti itu.

      Menjaga amanah Allah sebaik tanggungjawap seorang bapa, kagum saya!

      dan saya percaya dari zaman anak2 …mereka ini dilimpahi doa dari seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti kisah mereka.

      • Masa saya penah jadi lawyer syarie dulu macam2 kisah saya kena dengar dari pelbagai pihak. Ada juga Malaysian kawin dgn org luar tapi yg org luar tu naya. Macam2 ada. tu sebab sekarang dah tak buat dah

        kruel74s last blog post..The novelty has worn off