
TERJUNAM… Keadaan tren penumpang Ekspres Rakyat dari Butterworth ke Singapura yang tergelincir dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Baru Rahang, Seremban, semalam. – Gambar MD. SHAHJEHAN MAAMIN
Seorang pemandu lokomotif maut manakala lima lagi cedera ringan apabila tren penumpang, Ekspres Rakyat dari Butterworth ke Singapura, tergelincir sebelum terjunam ke gaung sedalam dua meter di Kampung Baru Rahang, Seremban.
Berita penuh : Seorang maut, lima cedera kereta api masuk gaung
Cuti sekolah tak lama lagi. Saya bercadang ingin pulang bercuti bersama anak² ke Baling. Kali terakhir saya balik, saya memandu sejauh 1161KM sehingga ke Kangar, Perlis dan mengail puyu di Kampung Pasir, Sungai Petani.
Perancangn kali ini, saya akan menaiki bas ekpress untuk balik ke Baling dan menggunakan perkhidmatana keretapi dari Butterworth ke Rawang untuk balik semula ke Serendah.
Tetapi berita yang menghiasi dan gambar yang sering mewarnai muka akhbar kita setiap hari dengan kes kemalangan agak mengerikan juga.
Selamatkah perkhidmatan awam kita sekarang? Memanglah ajal maut di tangan Tuhan, tetapi setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Kujie
No related posts.
mz – selamattt…hehehe
kemungkinan eksiden keteapi adalah masih tersangat kecil …
sue – wahhh..nostalgia tul lalu kat tasik merah tu…sgt2 menarik. Dulu masa sy bujang berulang alik balik kg, time situlah yg ditunggu..kalau naik tren malam dr KL..bile sampai kt area tasik merah tu dah subuh2….pagi2..nengok pemandangan yang syahdu sgt..kita tak jumpa tempat lain tren lalu merentasi tengah2 tasik…
sue tak ingat kejadian bulan lepas kat Sabah ke? atau minggu lepas kat Johor…kerap tau terjadi skrg ni..
Pernah naik dar Arau ke Rawang gak..hehehehe..best dpt tido…:p
kak jie,
last time saya naik tren dari arau-kl. naik berasap bontot ni. 7-7.
tren ni kira selamatlah juga. kes yang terbaru ni setelah bertahun-tahun tak pernah jadi. saya pernah naik tren yang tergelincir dari landasan disebabkan oleh rel tu licin. kejadian berlaku di tengah-tengah tasik bukit merah. masa tu ada tren waktu siang.
air tasik tu naik sampai ke rel besi tu. bila driver dia perasan dia yang memang dari awal lagi slowkan tren undur balik tren ke belakang. bila dah naik balik ke rel baru la dia pandu ke depan semula. yang seram tu sebab dia benti sat kat tengah-tengah tasik tu.. uwaaa.. rasa cam nak kena terkam dek buaya..
usah la risau kak jie.. insyaAllah selamat.
muadz – berdoa je la , kan..moga perjalanan kita selamat
sipunat – dok dlm rumah itu tanggungjawap dan kelalaian kita sendiri..yg ni kita kelalaian org lain..akibat dari perkara² yang sepatutnya boleh dielakkan..mcm pemandu mabuk..saman berpuluh², bawa laju… mcm² lagi sikap tak baik.
pemandu pengangkutan awam dan pemandu individu brbeza kerana pemandu pengangkutan awam bertanggungjawap dgn penumpang dia …bukan diri dia sendiri je..
arsaili – penguatkuasaan yang lemah salah satu punca, kan?
combi – aku blk nek bas Transnasional..rasanya rekod bas ni ok lagi..tawakal je la
Salam Kak Jie..
Malang tu kan tak barbau..tak kiralah naik kenderaan apapun kalau dah nak berlaku pasti tak dapat dielak lagi..duk kat dalam rumah pun kadang kadang boleh accident jugak…
kakjie: tu lah kakjie..sama la ngan sy..dulu rasanya agak selamat…
la ni kene pk lar jugak…
tapi inilah fitrah dunia…nisbah kelahiran dan kematian x dpt disangkal maka byklah semakin byk penyebab dan puncanya…
aku prefer ketapi dari bas sbb kemalangan gini jarang2 compare ngn bas xpress..
drebar bas byk yg mabuk dadah weii..
salam..banyak punca penyebab mungkin