Gambar Empangan Sungai Selangor ( Empangan Kuala Kubu Bharu ) Yang Kering

empangan kuala kubu bharu yang kering

Edit :  Gambar Empangan Sungai Selangor Terkini 5hb Januari 2013 – klik > Gambar Empangan Sungai Selangor Terkini – Beza Bulan Oktober 2012 dan Januari 2013

 

Ini cerita lain , tetapi masih pada hari yang sama ketika saya pergi ke Santuari Ikan Sungai Chiling

empangan kuala kubu bharu 2010
Gambar ini diambil pada bulan Disember 2010

Saya tinggal di Hulu Selangor dan berpuluh-puluh kali melihat Empangan Sungai Selangor atau lebih dikenalai dengan nama Empangan Kuala Kubu Bharu. Saya melihat dan mengetahu mengenai empangan ini sejak dari mula pembinaan dari tahun ke tahun sehingga air memenuhi takungan empangan dan melimpah.

Saya ke Bukit Fraser melalui jalan di empangan ini, pergi Sungai Chiling , pergi Raub juga pernah melalui jalan ini. Kadang-kadang hanya memandu menikmati persekitaran hijau yang mendamaikan. Empangan Sungai Selangor telah beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2003 dan terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kuala Kubu Bharu ( KKB)

Tetapi kunjungan saya hari Ahad lepas sungguh berbeza. Empangan ini nampak sangat menyedihkan. Awal bulan lepas saya juga melalui Tasik Kenyir.  Saya melihat tanda  air Tasik Kenyir yang sedang menyusut tetapi perubahan Empangan Kuala Kubu Bharu ini sangat ketara sekali.

empangan kuala kubu bharu
Gambar pada 6hb Oktober 2012

Pada pandangan mata kasar, penurunan paras air melebihi 10 meter.

empangan sungai selangor yang menyusut
Keadaan Empangan Sungai Selangor sekarang

Tergaru-garu kepala memikirkan kenapa terjadi keadaan ini? Saya pergi ke Santuari Ikan Sungai Chiling tiada tanda perubahan yang terlalu ketara di sana.

empangan kuala kubu bharu yang kering

Saya tinggal di Hulu Selangor yang paling kerap hujan, tiap minggu hujan lebat. Apa masalah yang sebenarnya ye?  Bertahun-tahun diperlukan untuk memenuhi paras air pada aras yang  sedia ada.

*sambung garu kepala…*

Ini gambar entri saya pada September 2010. Entri Santuari Ikan Sungai Chiling

empangan kuala kubu bharu kering
Pemandangan dari atas jambatan

Keadaan di bawah jambatan yang telah kering berbanding gambar pada tahun 2010

 

Kita selalu melihat amaran bahaya dari pihak luar, dari sumber yang entah disebalik benua atau tujuh lautan  tetapi kita sering lupa untuk melihat tanda amaran dari alam persekitaran yang paling dekat.

46 Replies to “Gambar Empangan Sungai Selangor ( Empangan Kuala Kubu Bharu ) Yang Kering”

  1. Air empangan akan dilepaskan untuk mempastikan cukup air mentah untuk disedut di hiliran contohnya di Rasa dan Batang Berjuntai. Dari Batang Berjuntai air akan di salirkan ke loji rawatan air untuk penduduk lembangan sg klang. Jadi lagi banyak air penduduk lembah klang guna, lagi banyak air disedut dari sg selangor, lagi banyak air empangan sg selangor di lepaskan. lagi susut paras air.
    Jom terjah post menarik dari zzlaloq ..Si Penghulu dan GembalaMy Profile

  2. assalamualaikum,saya orang hulu selangor dan rumah lebih 7 km dari empangan sungai selangor ape yang berlaku memang tak masuk akal dan sebotaj mustahil hari hari hujan lebat air tak ade… kalau tuan -tuan tak caye duduk lah seminggu kat kkb ni tengok macam mana…jangan tengok berita yang sedia ade je banyak tipu dari benarnye…

  3. pelawat yang budiman…sebenarnya air di empangan tersebut tidak kekeringan…cuma pihak pengurusan sedang MENYENGGELARA EMPANGAN…masa ini di pilih kerana musim tengkujuh akan menjelma tidak lama lagi.so…warga hulu selangor tidak perlu bimbang akan kekurangan air
    Jom terjah post menarik dari ann ..Lebih 2000 tahunMy Profile

  4. Kadangkala menjadi resam manusia, bila diberi kemudahan dan kesenangan, lantas take for granted. Mungkin sebab dah tak payah bayar bil air semahal sebelumnya, menyumbang pada pembaziran. Masalah sikap rasanya ni. Selain la ni, masalah air juga boleh jadi masalah politik. Logiknya kalau dah dapat air dengan kadar murah. Syukurlah pada Allah dan terimakasih pada yang mengusahakannya. Payah sekarang ni semua perkara boleh terkait dan tersangkut. Wallahua’lam.
    Jom terjah post menarik dari adillaharun ..PENANGAN USTAZ AZHAR IDRUSMy Profile

  5. ieda pun garu kepala membaca entri ini…pelik bin ajaib…betullah kakjee, dekat bkt.beruntung pun selalu hujan..tapi apasal air kat empangan tu menyusut ye?!…. tak dapt dibayangkan jika terputus bekalan air…

  6. saya suka part yang akak garu kepala tu..hehehe…

    erm..mungkin hampir samai zaman penghujung….tanda-tanda kecil sudahpun kelihatan….berbicara soal alam…jika kita tidak berbakti pada alam, adakah alam akan berbakti kepada kita….renung-renungkan…
    Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..MB Sertai Giveaway Yang Gempak?My Profile

  7. pernah duduk di KKB tapi tak sempat tengok empangan tu siap. tapi sempatlah pergi sekali tahun 2009. memang seronok lepak2 kat situ waktu tu. tapi bila tengok keadaan jadi macam ni rasa sayu sangat2

    1. 🙁 bila manusia terlampau “mendera” alam sekitar tanpa batas, akibatnya jadi macam ni lah

Comments are closed.