Gambar Pesta Flora Putrajaya 2012

pesta flora putrajaya 2012

Hari Ahad minggu lepas, Intan ikut pakcik dan makcik dia ke Pesta Flora Putrajaya 2012 (FLORIA 2012). Saya tak ikut pun, tak larat nak hadapi keadaan tapak pesta yang dipenuhi pelawat.

Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya 2012) edisi ke 5 ini telah dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dengan tema Bunga Kertas – Tetap Menawan . Bunga Kertas atau Bougainvillea adalah sejenis tumbuhan yang biasa ditemui di dalam kehidupan landskap kita.

Lokasi Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012 terletak di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya . Ianya bermula dari 30 Jun 2012 hingga 8 Julai 2012  dan dibuka setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 9 pagi hingga 10 malam manakala Jumaat hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Bayaran Masuk : PERCUMA

Untuk ke lokasi ini, kordinat GPS FLORIA 2012: 2.924820, 101.685365

Jom layan gambar koleksi kenang kenangan Intan.

jenis bunga di pesta flora putrajaya

Terdapat 61 lot taman dari agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, korporat, swasta, peladang tempatan dan pereka taman antarabangsa.

gambar pesta bunga putrajaya2012

Sebanyak 15 negara yang menyertai Pesta Flora kali ini: United Kingdom, Kanada, USA, New Zealand, Hong Kong, Japan, Korea, Taiwan, Thailand, Macao, Kenya, Pakistan, Indonesia, China and Singapura.

acara di pesta flora putrajaya

Persekitaran tapak pesta dihiasai dengan lot taman yang memaparkan keunikan yang indah, menarik, reka bentuk yang kreatif dan berwarna-warni.

gambar menarik pesta flora putrajaya

Peserta Pesta Flora 2012 kali ini dihadiri oleh pakar-pakar mengenai tanaman bunga ros, bonsai, bunga raya, tumbuhan tanah tinggi, tumbuh-tumbuhan herba serta penyertaan dari Persatuan Orkid, Persatuan Heliconia dan Arca Artis dari Balai Seni Lukis Negara.

 

gambar pesta flora putrajaya

Pelawat boleh juga membeli peralatan taman, perabot taman dan pokok-pokok landskap di zon Bazar Taman.

gambar bunga pesta flora putrajaya 2012

 

bunga di pesta floria putrajaya

 

gambar bunga pesta flora 2012

 

pokok bonsai pesta flora

pesta flora putrajaya 2012

 

Selain pertunjukkan bunga api, Acara Tourism Floral Parade 2012 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dengan bot berhias di Tasik Putrajaya pada waktu malam dipersembahkan oleh negara/negeri yang mengambil bahagian.

Pertunjukkan bunga api akan diadakan setiap hari diakhir waktu pameran

pameran bot di waktu malam di pesta flora putrajaya

 

Bukan saja bunga dan pokok……….. itik pun ada!

bela itik

Cik Intan payung payung…

pesta  floria putrajaya

Kalau dah lenguh lutut melawat ruang pameran , singgah di Taman Terapi untuk mendapatkan perkhidmatan urutan kaki, tangan, bahu dan refleksologi pada harga yang berpatutan.

Sumber rujukan – Portal Rasmi Perbadanan Putrajaya

52 Replies to “Gambar Pesta Flora Putrajaya 2012”

  1. wah nak g ar lagi pun saya memang minat bunga2 ni kat umah pun saya suka tanam2 bunga sampai orang datang umah saya tengok cakap cantik siap minta sikit lagi untuk dia orang tanam………agak2 berapa ek harga2 bunga tu kalau taukan senang leh ar stanby duit untuk beli…

  2. Best pi Pesta Floria Putrajaya…byk tul bunga hehe… siap ada pertunjukan bunga api lg

  3. woww… what an impressive angle. Kire boleh tahan jugak la teknik Intan walaupon dia baru memetik. dah pandai angle semua bagai. kalau prektis selalu, mesti lagi best. Teruskan usaha memetik. lepas ni bunga banyak kat rumah… layan main macro plak! Prektis make perfect. Tahniah Intan.

    cuma sedikit hairan.. EXIF pada gambar tu mengatakan yang kebanyakkan gambar tersebut menggunakan PASM mode. maknanya… WOW INTANG PAKAI MANUAL MODE??? FFFffuuuuu…. RESPEK! hehehehehe…

    p/s: EOS350D kawalan noise dia memang baik!
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Bidikan f1.4 pada kelajuan serapan cahaya 100, dan di bawah kondisi kekurangan cahayaMy Profile

Comments are closed.