Harga rokok naik, gula pun naik

By Kujie, 01/01/2010 10:00 am
Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, pengumuman oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

 

Harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang atau RM0.32 sen bagi setiap batang rokok.

bahaya merokok 315x250 Harga rokok naik, gula pun naik

Roti putih juga telah ditarik keluar dari skim kawalan harga – faham maksud di sini?

Rokok dan gula memang diakui kesannya pada kesihatan jika diambil secara berlebihan tetapi kesan kenaikan harga gula dan rokok boleh menjangkau lebih dari kesannya pada golongan pengguna tersebut. Saya tiada masalah dengan kenaikan harga kedua-dua barang tersebut. Keperluan gula di rumah saya hanya 1-2 kilo saja sebulan. Tetapi rangkaian kenaikan harga bukan saja melibatkan kedua barang tersebut sahaja – sudah pasti harga kuih dan roti akan naik.

Sikit atau banyak kos untuk perbelanjaan bertambah.

Saya yakin, berita ini bukanlah yang diharapkan oleh rakyat untuk menyambut ketibaan tahun baru yang dikatakan meriah itu.

Post Lain Yang Berkaitan

63 Responses to “Harga rokok naik, gula pun naik”

  1. Dak Wan says:

    Global warming(banjir di Brazil dan kemarau di India) dan demand yang tinggi telah menyebabkan harga gula meningkat, dijangka sehingga RM 2.40 sekilo dan di Arab Saudi telah mencecah RM 5 sekilo.

    Rokok mahal? Gulung tembakau murah je.

    Selepas nie barangan komputer akan meningkat kerana harga emas dan copper yang meningkat 100% di pasaran dunia, dimana 2 bahan nie ialah bahan asas pembuatan komponen tersebut.

    Tengah tahun dijangka harga minyak akan naik semula.
    Dak Wan´s last blog ..BANTAH jika tak setuju! My ComLuv Profile

    • Lily Melaka says:

      @Dak Wan,
      hmm..payah gak sumer naik..sumer benda naik since gov staff naik gaji :oops: …yg swasta tak naik2 gaji pun..huhuhu.. :sad:

  2. sayang2kita says:

    ye la, patut la tetiba tgok roti gardenia dah 3.20…almak, sblum ni saya makan roti sbb nak jimat…tapi skang dah brubah…lepas ni nak wat cane ye?
    sayang2kita´s last blog ..demam exam datang lagi~ My ComLuv Profile

  3. Shaffik says:

    Biasalah semua barang naik…tapi masih di tahap yang OK lagi kak Jie…
    Shaffik´s last blog ..Betapa Besarnya Kuasa Blog. My ComLuv Profile

  4. AkuEmat says:

    e’eleh…
    polis pon ramai yg hisap rokok..!!

  5. mohdisa says:

    harga minimum rokok rm6.40? maknanya penjual boleh letak sesuka hati la yerk. nasib baik ada rokok murah, bab gula mmg kesan tinggilah. kurang gula pun boleh menjejaskan kesihatan. energi tu.
    mohdisa´s last blog ..Bermulalah Misi Mencapai Impian My ComLuv Profile

  6. syin says:

    ” Keperluan gula di rumah saya hanya 1-2 kilo saja sebulan. ” – ni dalam kategori penggunaan bnyk ke sedikit ni…? hehe… kalau kat rumah, xtahu la plak berapa bnyk gula diguna dlm masa sebulan….haha..biasa kalau anak2 dia balik je baru guna gula kot..haha..
    syin´s last blog ..2009 kian berlabuh My ComLuv Profile

  7. maza says:

    hmm

    awal2 tahun sudah kena penangan lagi!

    aduhaiiii ….

    Menteri KDNKHEP tak berani buat pengumuman sendiri.. huhuhu..
    disuruhnya Ketua Setiausaha Kementerian yea! huhuhu

  8. kruel74 says:

    Saya suka je. Tak hisap rokok dan tak letak gula dalam apa2 air pun walaupun kekadang terminum air Coke etc
    kruel74´s last blog ..Personal and business achievements in 2009 My ComLuv Profile

  9. Dan dan tahun baru sume nak naik. Hujan je yg tetap turun~~

    Mak saya la org yg akan terasa dgn kenaikan harga gula tu. Sbb mak saya berniaga kuih-muih kecil-kecilan. Huhu..
    Fathiha Zainal´s last blog ..TWENTY-TEN My ComLuv Profile

  10. Awal tahun baru, apa yang bisa naik, semua dinaikkan :sad:
    jawatan kosong´s last blog ..Project Secretary Vacancy 2010 My ComLuv Profile

  11. Aykay says:

    rokok naiklah berapa pun tetap ada org yg akan beli tambah now ada herge minima kilang rokok lagi untung. gula … herge negara jiran lagi tinggi (alasan org politik)
    Aykay´s last blog ..Sambutlah 1 Muharram 1431h dengan pengharapan My ComLuv Profile

  12. mrkay says:

    harga gula naik, lepas ni peniaga makanan guna alasan ni untuk naikkan harga makanan padahal kalau ikutkan takde la efek sangat kat dia orang. tapi gaji rasa nya ramai tak naik taun ni.
    mrkay´s last blog ..Sepanjang Jalan Kenangan 2009 My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @cikepal, he he he…. tapi bahaya rokok bukan pada perokok saja tau….
      kalau seorang suami, kos beli rokok dah tambah, rasa-rasanya bajet utk family pun jadi terkurang :mrgreen:

  13. Hafizd says:

    gula tu ibu kepada bnyk mende…so anak2 die pon akan ikot serta la…haih2…

  14. Uuuhhh sakitnya saya mengetahui tentang kenaikan harga rokok. Aduhhhh…Mudah2an tahun baru ni dapatlah kurangkan rokok :) . Happy nu year kak Jie :)

  15. Bb Hussain says:

    berita yang tak seronok di dengar di tahun baru ini.. :sad:
    Bb Hussain´s last blog ..JJCM at Chamek Kopitiam My ComLuv Profile

  16. baldi says:

    Kurang gula dalam makanan
    Lebihkan gula dalam senyuman
    baldi´s last blog ..Azam 2010 My ComLuv Profile

  17. srikandi says:

    kita tunggu lepas ni apa yang naik lagi… :sad:
    srikandi´s last blog ..Hancur Hancur….. My ComLuv Profile

  18. ebor says:

    Masalahnya semua barangan lain akan naik spt kueh, kek, roti, minuman botol.Kadangkala yg tak bersangkut paut dengan gula pun naik. Ingat pihak TNB juga telah meminta kebenaran kerajaan untuk naikkan harga elektrik.
    ebor´s last blog ..SELAMAT BERTUGAS My ComLuv Profile

  19. mesticun says:

    Kerajaan tak perlu bagi subsidi gula.nanti kena buka lebih Hospital
    dan pusat kesihatan.
    mesticun´s last blog ..Hos bomba main pesta air My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @mesticun, subsidi bunga api best kot…. :lol:

    • roslih7 says:

      @mesticun,

      Inilah dikorang di Malaysia balik-balik subsidi
      Minyak dan segala minyak subsidi
      makanan segala makanan subsidi e.g. gula, beras DSB
      Hidup malaysia dalam subsidi, semuanya subsidi

      Asal naik harga barang mesti alasan subsidi

      Turunkan harga barang tidak pernah sekali

      Kita sebagai warganegara buang masa saja berforum yang penting kita mesti kerja untuk menyara hidup sendiri sekali dalam kesempitan ekonomi ini.
      Ingat putaran roda, mereka yang beria-ia menaikkan harga juga pengguna barangan lain. Kita sama-sama naikkan harga produk kita. Ucap Assallamuaikum mahupun selamat pagi kita kira harga. Baru benggang !`*%#

  20. ~mrs azmi~ says:

    walaupun gula tu naik doploh sen nanti kuih pon naik harga seploh doploh sen… alahai… :roll:
    ~mrs azmi~´s last blog ..begitulah… akhirnya 2009 My ComLuv Profile

  21. tekkaus says:

    Yeah! Harga rokok naik. Tapi kan lebih baik kalau mereka haramkan rokok sahaja? :p
    tekkaus´s last blog ..Let’s Pluck Nephelium lappaceum AKA Rambutan My ComLuv Profile

    • denaihati says:

      @tekkaus, kalau HARAM maka ada pulak rokok seludup. Perokok tetap merokok. Kalau seludup kerajaan dapat zero dan nak kena tambah penguatkuasa pulak.
      denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL blogku sayang My ComLuv Profile

      • Kujie says:

        @denaihati, macam mana dengan info ini : carian di internet

        1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

        2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

        3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

        4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

        5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

        6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

        7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

        8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

        9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

        10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

        • roslih7 says:

          @Kujie,
          Soal halal haram ini perkara bukan main-main lah ooooiii!!!!
          mEROKOK PUN HARAM, TAPI ISAP DADAH BOLEH BAH, MALAH KERAJAAN SEDIAkan lagi rumah santai.
          Percayalah pada pendapat saya suatu hari nanti HARGA SYILING ROKOK lebih mahal dari emas dan syabu. Masa itulah penanam tembakauat durian runtuh dan penghuni pusat pemulihan dadah menjadi bandaraya.
          Harga rokok naik tidak apa, itu hak pemerintah untuk naikkan. Sampai 100 ringgit sekotak (20 Batang pun) tidak apa. Siapa mau rokok beli, Siapa tidak merokok janganlah pula beli. Banyak benda lain yang lebih memerbahaya dari rokok yang perlu kita fikirkan mengancam manusia. OK cukup setakat ini.

          • Kujie says:

            @roslih7, adakah saya tulis itu secara MAIN-MAIN?

          • Kujie says:

            @roslih7, Adakah fakta ini juga MAIN-MAIN?

            Kajian terbaru mendapati, walaupun merokok di luar rumah atau di dalam bilik khas, partikel dan gas dari asap rokok berupaya melekat di rambut dan pakaian perokok.

            Kemudian, apabila perokok pulang ke rumah menyentuh anak-anak dan isteri, mereka juga berisiko berdepan dengan pelbagai komplikasi kesihatan akibat merokok.

            Pada 1998, enam juta dokumen ‘rahsia’ setebal 35 juta halaman daripada tujuh pengeluar rokok terkemuka di Amerika Syarikat mendedahkan pelbagai taktik kotor pengeluar tembakau untuk terus menyebabkan ketagihan. Misalnya, memorandum jualan daripada pengeluar rokok, Lorillard Tobacco Company menyebut: “Asas perniagaan kita adalah pelajar sekolah menengah atas.”

    • Kujie says:

      @tekkaus, saya suka komen awak – pandangan dari orang bukan Islam

      Haram itu dari segi apa ? agama atau undang-undang negara?

    • ariff says:

      @tekkaus, kalau haram rugi la gomen.
      ariff´s last blog ..Pesta Kambus Orang Dalam Salji – Sambutan New Year 2010 My ComLuv Profile

    • roslih7 says:

      @tekkaus,

      HARAM TIDAK CUKUP KAWAN
      CUBA KITA KENAKAN SEKATAN IMPORT DAN JUALAN
      SIAPA TANAM TEMBAKAU DAN MENGILANG ROKOK
      KITA SITA DAN DAKWA DIBAWAH AKTA MERBAHAYA ROKOK
      MINIMUN DENDA RM64K DAN 64 TAHUN PENJARA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI
      PASTI BERKESAN

      BARU ADA UMMMPH !
      TEMBAKAU TIADA PEROKOK PUN TIADA
      MACAM KEMPEN DENGGI
      TIADA AEDES TIADA DENGGI
      KITA TANAM BATU KAH ? MUNGKIN BOLEH JUAL DI HARD ROCK

      • Kujie says:

        @roslih7, itu adalah fakta yang dikeluarkan mufti – itu bidang tanggungjawap mereka. Kemudian – pihak yang mempunyai kuasa di bindang lain juga memainkan peranan mereka….semua ini tidak boleh berlaku dgn sebelah pihak

        maksudnya di sini – tanggungjawap pihak mufti keluarkan fatrwa – tanggungjawpa kita ( kalau kita nak ikut ) mengikur apa ygn difikirkan baik

        dalam masalah ini – diri kita sendiri – bukan mufti, bukan kerajaan yang akan membuat pilihan .

        Undang-undang adalah garis panduan untuk kita menjalani hidup dengan sejahtera, tetapi yang nak memilih adalah diri masing-masing.

  22. denaihati says:

    1. Saya TAK MEROKOK sejak dilahirkan
    2. Saya minum teh, kopi, jus tak tambah GULA.

    so mungkin kurang kesannya.
    denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL blogku sayang My ComLuv Profile

Panorama Theme by Themocracy