Ikan Patin Mahal, Telur Tiruan Dan Soya Air Liur

  • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia mengesahkan sampel telur yang didakwa telur tiruan  adalah telur ayam tulen.
  • Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tidak ada telur ayam tiruan dijual di pasaran negara ini. Telur tiruan yang didakwa itu sebenarnya adalah ‘telur ayam cacat’ yang berkualiti rendah.

Sumber : Berita Harian Online 12/04/2011

Ini bukan ikan patin, ini si Bulan, ikan kaloi kesayangan saya. Gambar setahun dulu. Sekarang Bulan  makin besar, dah ada kolam baru yang lebih besar, susah nak snap gambar dia. Main intai² je bawah pokok kiambang.

Semalam pula kecoh ikan patin RM 13 Ribu Ringgit untuk jamuan 50 orang .  Saya baca awal di Malaysiakini ( sebelum Malaysiakini menghadapi masalah kesukaran untuk diakses, akibat daripada serangan DDOS – denial-of-service attack )   dan esok paginya mendengar celoteh Farah Fauzana dan Faizal Ismail di radio hangat dalam perjalanan ke sekolah.

” mahalnya  … , Intan…..” itu saja komen kami dua beranak.

Hari ini berita dari bernama online memetik seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari hidangan ikan patin tersebut mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

13 000 / 50 = 260
13 000 / 350 = 37.1428571

RM 37.14 seorang agak logik kerana mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Apa pengajaran yang kita dapat dari dua kes hangat ini?

Kalau saya baca berita kes anak tinggalkan bapa, kes cikgu rotan murid, kes murid tendang cikgu – saya sekadar membaca kerana itu belum cukup untuk saya faham situasi sebenar dan memberikan ulasan.

Ramai yang maki² peniaga tersebut.  Kesian dia….

Kalau dah bertahun² berlegar² dalam dunia internet, kita perlu ada deria ke enam yang lebih peka bagi menapis, mentafsir setiap apa yang kita baca. Jangan sedut tanpa ditapis.

Buat carian rujuk silang (cross-reference) , jangan mudah melatah tak tentu hala. Kena berhati² dan kalau tidak berlakulah seperti kes RM 5000 lesap akibat terpengaruh dengan e-mel phishing.

Saya juga tengok video yang dimuat turun di youtube mengenai ‘soya ludah’ – ramai betul yang komen.

Saya tengok tapi tak jelas ( mungkin mata dah kelabu, deria dah kurang) jadi saya tak ada komen untuk mengesahkan perlakuan itu meludah atau meniup.

Apa pengajaran untuk kita?

Berhati-hati. Kalau yakin, kita minum. Insyaallah , itu memang rezeki yang telah ditentukan dari Allah untuk kita. Kalau was-was, jangan beli dan jangan minum. Itu adalah asas yang kita pelajari dari dulu. Kalau was-was , baik tinggalkan.

kelas Rabu & Khamis dibatalkan,
nak  melawat cucu  pertama Kak Rohaya
baby…baby…baby…uuuhhh…

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Ikan Patin Mahal, Telur Tiruan Dan Soya Air Liur”

  1. Bagi saya satu kepala hanyalah RM37 boleh dikatakan berpatutan tapi itulah bila tidak tahu hal sebenar ramai yang melatah.

    Harap telur palsu itu mendapat pengesahan dengan cepat lebih berbahaya dari makan ikan Patin dengan harga mahal

  2. Tak sampai melatah. Biasalah untuk test skil SEO blog masing-masing. 😎

    Cuma sebagai orang yang matang, kena ada daya analisis dan tapisan. Jangan terikut-ikut budaya surat dan emel berantai.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Melawat Daerah-Daerah IslamMy Profile

  3. kesian jugak kt peniaga tu, patutlah die beria-ia pertahankan tindakan die.. dh makan sampai 350 orang, de logiknya.. ikan patin lak bukannya murah..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Jom Kita MakanMy Profile

  4. Saya setuju tuh Kak Jie..
    Kita sebagai blogger juga perlu ada deria ke enam tuh
    KIta jangan menyebarkan perkara yang tidak elok..
    Cukuplah mata kita dikaburi dengan berita2 palsu di media massa untuk melakukan produk mereka tanpa mengambil kira kesahihan cerita…

    Jom terjah post menarik dari Pojiepooh Abdullah ..Minggu Orientasi UBM Mari BerkenalanMy Profile

  5. nak tanya aje…

    350 orang makan kat gerai tepi jalan?
    berapa bus?
    berapa kereta?
    Termeloh ada keretapi ker?
    ada lapangan kapal terbang ker?
    sampai leh makan 350 orang dalam satu masa…..
    hahah

  6. ikan tuh ikan ker emas kak ? tapi bila lihat ikan tu memang sedapa kalau makan sorang herm nyum nyum nyum…kak jie kalau masak asam pedas sedap kan ikan nie ? atau masak tempoyak…fuhh kecor air liur
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Epilog penderitaan akuMy Profile

  7. erk…tu maksudnya….tak baca entri ke?

    sebab kt entri di atas tu ada tulis

    ” Apa pengajaran yang kita dapat dari dua kes hangat ini?

    Kalau saya baca berita kes anak tinggalkan bapa, kes cikgu rotan murid, kes murid tendang cikgu – saya sekadar membaca kerana itu belum cukup untuk saya faham situasi sebenar dan memberikan ulasan.

    Ramai yang maki² peniaga tersebut. Kesian dia….

    Kalau dah bertahun² berlegar² dalam dunia internet, kita perlu ada deria ke enam yang lebih peka bagi menapis, mentafsir setiap apa yang kita baca. Jangan sedut tanpa ditapis.

    Buat carian rujuk silang (cross-reference) , jangan mudah melatah tak tentu hala. Kena berhati² dan kalau tidak berlakulah seperti kes RM 5000 lesap akibat terpengaruh dengan e-mel phishing.”

    Ini point penting entri ini, cerita ikan, telur tu hanya contoh – kalau orang yang nampak maksud sebenar apa yang hendak saya sampaikan.

  8. erk? kurang faham ye? bukan la menuduh Puan Kujie ni, maksudnya saya ni kalau tak terkena pd btg hidung sendiri, susah skit nak komen jadi melambangkan saya ni orgnya….taknak ambil tau ke, taknak campur ke (dan seumpamanya la, contohnya)
    Jom terjah post menarik dari pondokburuk ..Bukan Shima je TeringinMy Profile

  9. penah tengok gak kat forwaded emel yang masuk dalam inbox mengenai telur tiruan dari china sana.. pakar meniru sungguh diorang sampai telur pun nak tiru

  10. Kesian kat peniaga tu, tak pasal-pasal dapat cerca merba free. padahal dia tak bersalah. Apa yang kita boleh buat sebagai blogger dalam hal ni?
    Jom terjah post menarik dari sabahbloggers ..SBC May 2011 GiveawayMy Profile

  11. Assalamualaikum,
    Cerita ceriti sekitar diri sendiri agak selamat walaupun adakalanya …ada jugak yang salah faham 😉

    Opppssss! cucu pertama Kak Rohaya rupanya…tersilap pandang tadi 😀
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Aku Capek Diligan AmirMy Profile

  12. Ikan patin…err seingat Iza belum pernah makan hehe
    Telur tiruan…tak pernah jumpa
    Air soya..tak berapa gemar, last sekali munum tatau bila, tapi clip video tu berjaya buat orang ramai rasa jijik…eewwwww

    Tinggal Bulan jer, Bintang dah meninggal, kalau tak sama besar camtuh kan Kak Jie.
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Sessi Kerastangan Dan Kudup Sekuntum MawarMy Profile

  13. alamak.. terpanjang lagi.. huhuhu

    sejak akhir2 ini komennya asyik terpanjang aje kat blog ini…

    tumpang lalu tuan tanah..
    takut gak maza tetiba maza lak kena 300 kali lempang penampar jawa.. hehehhehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Garden of EdenMy Profile

  14. kalau perkara itu benar2 berlaku, amat lah malang sekai (kes ludah2) dan jika ia dilakukan oleh warga asing lagi ler malang.. huhuhu

    apa2 hal jika ini sudah confirm dilakukannya, maka beberapa kesalahan telah dilakukan, bukan setakat perbuatan jijik itu antaranya ialah:-

    pertama kesalahan ialah meludah merata2 terutama dlm minuman itu..

    kesalahan kedua ialah warga asing tak boleh berniaga di tepi jalan seperti itu dan sememangnya lesen tidak akan diberikan kpd mereka… *kecuali kes2 tertentu..

    ketiga ialah harus warga tersebut dilempang berpuluh kali dengan capal buatan hindustan.. huhuhu

    hamnpeh dan jijik sekali!

    ***dan jika laporan yg dibuat itu tidak benar, mahu memburukkan atau menabur pasir ke periuk nasi orang, pembawa fitnah itu harus ditampar dengan capal jepun pula.. dan kali ini 200 kali..

    apa mcm? hehehehe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Garden of EdenMy Profile

  15. untuk pengetahun saudara yang budiman… harga-harga untuk ikan sungai seperti ikan patin tu mmg MAHAL!!!boleh jadi beratus ringgit sekilo..oo i am talking about genuine ikan sungai yang di tangkap di sungai .. bukan ikan sangkar yea!! so tak de apa yang hairan kalau harga makan mencecah puluhan ribu ringgit..

    pernah g kedai Liayana Jasmay??
    Jom terjah post menarik dari pereman ..Tips Selepas Kemalangan JalanrayaMy Profile

  16. betul ke harga ikan tu? kontroversi je kot? ntah la, kalau saya tak nmpk dan sahih benda tu betul atau salah, saya tak berani nak komen….kekadang apa yg kita komen melambangkan diri kita sebenarnya.
    Jom terjah post menarik dari pondokburuk ..Bukan Shima je TeringinMy Profile

  17. Terkejut jugak bila mendengar berita dan harga ikan tu. Malas nak buat cross cek, terus je ckp kat diri sendiri..hindarkan diri drp tempat ni… 😛
    Jom terjah post menarik dari azie ..Kentang PutarMy Profile

  18. dunia serba canggih sekarang takleh telan bulat2 semua berita.. semua kena tapis dan analisis sebelum buat apa2.. sedangkan reporter yang melaporkan berita tempat kejadian pun ada yang tersilap tafsir fakta inikan pula sumber2 yang kita sendiri tak pasti
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..milik siapakah perut iniMy Profile

Comments are closed.