Ikut Plus Di Twitter?

Selalu nampak message begini?

Pertama kali saya nampak waktu bercuti baru² ni…rasanya di kawasan utara. Penang ke Perak dah tak ingat.   Sebagai seorang yang sudah 4 tahun mempunyai akaun twitter, nampak je terus alert ada sesuatu yang tak kena dengan ayat tersebut.

Layari twitter.com?

Cuba korang bukan twitter.com, ada apa?

Kalau kita tak follow ID / username PLUS, kita tak dapat apa² info pun.  Twitter.com bukan laman web kepunyaan Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) yang mempunyai maklumat mengenai  PLUS.

Kalau kita tak tahu ID,  macam mana nak follow.  Kalau tak follow, macam mana boleh baca apa yang ditweetkan.

Untuk mengikuti perkembangan atau mendapatkan maklumat mengenai PLUS, kita perlu tahu ID Plus ( contoh : @kujie, @tv3malaysia ). Bila tahu ID PLUS, kita follow barulah kita boleh dapat capaian mengenai apa saja yang ditweet oleh PLUS.

PLUS perlu menukar ayat pada papan iklan mereka , bukan layari twitter.com tetapi ikuti @idplus di twitter.com ( saya tak tahu ID plus) .  edit : dah tau dah id plus – @plustrafik

 

Buka  laman web www.plus.com.my pun tak jumpa ID twitter mereka.

Don’t Drive And Tweet!

sumber: penn-olson.com

saya bukan pakar bahasa, saya bukan makcik geek!

 

EDIT :

Pereman Submitted on 2011/06/10 at 1:26 pm

Maaf mencelah…saya bukan kakitangan plus tp selama mana saya gune nkve n elite..boleh dikatakan setiap hari..mmg ade dorng tayang id twitter dorng…x pernah pulak nampak dorng x letak id…

Papan tanda eletronik kan mmg mcm tu..slow nak ke satu slide yang lain…

Maknanya saya lalu pada waktu yang salah, mungkin lain kali perlu tunggu untuk mengikuti slide papan elektronik selengkapnya. 3-4 kali nampak, sekali pun tak dapat slide id twitter, cuma nampak layari twitter.com saja.

Atau mungkin hanya saya seorang saja yang tak pernah nampak id twitter di papan tanda? Orang lain semua nampak…jeng…jeng..suspennya!

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Ikut Plus Di Twitter?”

  1. Betul kak jie.Saya pun nampak di papan tanda ketika nak menaiki jambatan pulau pinang dan juga ketika saya turun ke kl.

    Apa yang saya nampak sama macam kak jie iaitu hanya tulis twitter.com.Saya pun pelik juga,tapi saya dapat agak yang ada berlakunya kesilapan di situ.
    Jom terjah post menarik dari PakarBuahPinggang ..Kenali Diabetis InsipidusBah 3My Profile

  2. ada yang komen, mmg ada iklan tu letak ID
    mungkin betul, tapi dah 3-4 kali lalu, hanya nampak perkataan LAYARI TWITTER.COM je….

  3. kak jie nampak 2-3 kali dia keluar ayat – layari twitter.com

    dan ini adalah pandangan yang nampak….dia tulis layari twitter.com

  4. terimakasih berkongsi

    ini adalah pengalaman yg ditempuh…. setiap kali nampak ( beberapa kali ) tak pernah nampak id

    mungkin perlu berhenti, tunggu papan elektronik tu display semua iklan… 😉

    tapi yang dibaca – layari twitter.com

  5. Maaf mencelah…saya bukan kakitangan plus tp selama mana saya gune nkve n elite..boleh dikatakan setiap hari..mmg ade dorng tayang id twitter dorng…x pernah pulak nampak dorng x letak id…

    Papan tanda eletronik kan mmg mcm tu..slow nak ke satu slide yang lain…

  6. Oh bab twitter ini memang maza fail.. hehehe

    dan tak pernah nak amek tahu sangat pun. ahaks..
    cuma selalu nampak kak jie pun twitter diruang ikutan maza selalu mengerlip-ngerlip.. ahaks..

    sbbnya kakjie dan dua tiga worg aje yg maza memfollow.. ehehehhe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Hanya Kau Yang TahuMy Profile

  7. Rasanya plus nak suruh kita cari sendiri kot..alah macam main teka-teki…:) 😀
    p/s: cakap biar terang baru maksud sampai

  8. Kak Jie pun dapat id plus – isu yang nak dihighlighkan adalah – maklumat yang plus cuba sampaikan melalui papan iklan mereka tidak betul. kalau tak bagi ID, buat saja iklan seperti ini ” maklumat – sila google ” sebab kena google dulu cari id. 😆

    ayat yang betul – maklumat, ikut @plustrafik di twitter.com

    tapi mungkin betul juga kata Ezany – twitter.com yang beriklan di papantanda plus.com.my

  9. lagi satu od twitter yang patut orang duk sekitar KL / Selangor ikut i adalah @kltrafficupdate #kltu . mmg amat berguna esp waktu2 nk blk keje, nk gi keje laluan mana yang super jem.
    Jom terjah post menarik dari arin ..Minta PenumbukMy Profile

  10. Baca tweet plus tadi ” Galakkan rakan anda mengikuti @plustrafik untuk maklumat terkini trafik sepanjang PLUS, ELITE, LINKEDUA, BKE & SPDH. Terima kasih ”

    sepatutnya papan iklan mereka sudah boleh menjadi promosi yang tepat kalau letak id @plustrafik di situ.

    p/s – rindu dgn Kak Long 😀

  11. kita hari2 kat talian, hidup dalam talian
    walau tanpa pelajaran formal, masih faham fungsi twitter dan cara2 untuk bertweet 😆

  12. maksud di sini, iklan yang dipasang plus di highway gagal untuk beri maklumat tepat. kalau dia tulis layari http://www.plus.com.my, itu logik tapi kalau layari twitter.com… itu dah salah. sebab laman web twitter tak mempunyai apa2 info pun… kita kena follow seseorang baru kita boleh tahu tweet dia..untuk follow kita kena ada id

  13. so..kena buat iklan kat highway ” perlukan maklmuat – sila google” 😆

    p/s – saje tak cari sebab nak nampakkan promosi yang gagal menepati sasaran..hehehe 😆

Comments are closed.