ipad 2 Malaysia – April Fool 18 April

Sejak semalam, sesekali intai di Twitter, ramai yang tweet tentang iPad2 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 April 2011 .

Tetapi kebanyakkan info tidak disertakan bukti maklumat sumber . Saya buat carian rujuk silang (cross-reference) tak jumpa  juga.

Berita terkini yang saya baca di apple.com bertarikh 03/22/2011  – Available in Hong Kong, Korea & Singapore in April tak disertakan Malaysia.

Walaupun saya agak gembira dengan tarikh tersebut …ehem…ehem…ada apa dengannya…. tetapi saya suka mencari sumber yang boleh dipercayai sebelum saya tekan button publish entri di blog ini.

Jangan jadi seperti kes ini – Kemalangan ‘Cable Car’ Palsu Dan Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Korang jangan main April Fool dengan Makcik Jie, dia penjejak maya, bukan main serap je apa info yang dibisik.  Lagi-lagi bila ada tarikh pasal 18 April.  hiks!

satu yang menghayati lebih baik dari seribu yang tak mengerti

21 Replies to “ipad 2 Malaysia – April Fool 18 April”

  1. Biarlah iPad2 lambat masuk pasaran Malaysia ada kebaikan juga kerana kalau ada patch dan masalah tidak menyusahkan pengguna pula.

  2. kat lowyat mahal menatang nih..kalau nk beli pun kena tunggu betul bila apple malaysia nak bawak masuk.tp, nak beli pun kn tngk keperluan dulu.kalau xperlu, better tak payah terikut2.

  3. Apa jer ada dengan tarikh 18 april tuh… hehehe… kalau 30 April saya tahu gak aa, ada hari penting.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Hai!My Profile

Comments are closed.