Jabatan Meteorologi : Gempa Bumi Dan Amaran Peringkat Jingga

ramalan cuaca di malaysia

AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Dikemaskini pada : 09:22am pada 30 Mac 2012

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah), Negeri Sembilan (Daerah Port Dickson), Selangor (Daerah Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Perak (Daerah Manjung, Perak Tengah, Kerian dan Hilir Perak), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Rompin, Kuantan dan Pekan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 30 Mac 2012.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Selangor (Daerah Hulu Selangor) dan Melaka (Daerah Jasin).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

Hari Jumaat biasanya lalu lintas lebih sesak dari hari biasa, jadi bersedialah bukan saja membawa payung tetapi kalau ada sampan, bot untuk balik kerja hari ini.

Ibubapa pun kena berpesan-pesan dengan anak-anak.  Rasa sedih setiap kali membaca berita mengenai anak tergelincir / lemas di dalam longkang di bawa arus deras. Budak-budak, naluri ingin tahunya tengah memuncak – nampak macam teh tarik bergelombang dalam longkang yang biasanya kering sudah cukup menimbulkan rasa ingin mengetahui.

  • Peringkat Kuning  bermaksud bukan peringkat kritikal. Hujan yang kadang-kadang sederhana dan kadang-kadang lebat yang sekejap-sekejap.
  • Peringkat Jingga  bermaksud juga bukan peringkat kritikal tetapi lebih kritikal dari peringkat kuning. Hujan sederhana dan lebat yang turun berterusan
  • Peringkat Merah bermaksud amaran peringkat tertinggi , Hujan lebat yang membawa banjir yang teruk.

 

Satu lagi amaran Gempa Bumi 29 Mac 2012 juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi malam tadi.

Satu gempa bumi Lemah bermagnitud 3.2 skala Richter telah berlaku di Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam, 29 Mac 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 2.5 Utara longitud 103.9 Timur. 16km Timur laut Mersing, Johor. Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar Mersing.

Jadi janganlah berbangga riak tak sedar diri bila nak bergaduh dengan forumer dari negara seberang dan mendabik dada kerana negara kita tidak pernah di timpa bencana gempa bumi.

Masa nak menulis komen seperti itu, cuba faham sikit maksud ayat Kun Fayakun.

Gempa bumi berukuran kecil ini adalah satu peringatan tanda Allah SWT sayangkan kita, DIA mencubit sedikit tanda amaran untuk hambaNya supaya kembali sedar.  Allah jadikan sesuatu peristiwa itu sudah tentu ada hikmah dan maksud disebaliknya. Yang tersirat dan juga tersurat.

Ambillah ikhtibar ini untuk bermuhasabah dan berusaha untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untuk kami
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuran kami
Kerana kami insan lemah yang kerap keliru
Kerana kami leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran kami menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal kami mengharungi ujianMu
Amin…amin..ya rabillalamin…

©kujie – bermula dari diri sendiri ….

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Mmm…membaca entri ni…lantas membawa saya pada rancangan Tanyalah Ustaz pagi Jumaat tadi bertajuk ‘Alam Bertasbih’. Saya suka sangat nonton. Macam terapi. Insyaallah ada dua hari lagi isu sama. Esok dan lusa. Antara isinya….pada guruh itu ada rahmat dan amaran(akibat kesilapan dan kealpaan penduduk bumi). Ia menjadi rahmat bila hujan telah turun. Namun bila hujan turun pada bukan musim pula ada tanda-tanda murka Pemilik Alam. Kesan bila hujan turun bukan pada musim adalah hasil laut dan bumi terjejas dan ini menjejaskan kualiti hidup manusia sendiri. Jadi saya tersedar benarlah bahawa “Segala kebaikan dari Allah dan keburukan adalah akibat tangan-tangan manusia sendiri”…..Esok lusa sambung tengok…InsyaAllah…
    Jom terjah post menarik dari Adilla ..MENZIARAHI MAKAM RASULULLAH DI RAUDHAHMy Profile

  2. Sentiasa melafazkan dua kalimah syahadah sebab kita tidak tahu bila ajal kita.. mala petaka ada di mana-mana sahaja… Subhannallah.
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Cara Pengiraan Gaji Baru SSM 2012My Profile

  3. izwanyusof says:

    29 mac.. hujan dan ribut melanda kawasan perumahan saya. lain macam hujan tu,waktu tu otw ke KL dah. just call family je tanya.. then dengar ada gempa kat mersing. sangat pelik bila johor ditimpa gempa..
    Jom terjah post menarik dari izwanyusof ..Kronologi Blog Sebulan Dijangkiti Virus Dan AkibatnyaMy Profile

  4. jadi, kena selalu hati-hati ye. malang memang tak berbau.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Digi Awards vs Cabaran SEO Lelaki KacakMy Profile

  5. gempa bumi dan hujan lebat…
    kena berhati hati 2…
    musim bencana Alam…
    Ujian Allah
    Jom terjah post menarik dari TopiJerami90 ..Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012My Profile

  6. memang sekarang hujan je,, guruh agak kuat
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Gulai Sardin Simple Tapi SedapMy Profile

  7. sabah di kira masih selamat lagi. tapi hal ni kena beri amaran juga kat keluarga saya di semenanjung.
    Jom terjah post menarik dari Naziman ..Lelaki kacak mudah dan cepat blogwalkingMy Profile

  8. ada website khas yg disediakan untuk semak status banjir dan bencana alam Malaysia boleh lah google.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Jalan-jalan ke Tempat Menarik di Cameron HighlandsMy Profile

  9. disini kita boleh tau yang Allah itu maha Kuasa
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Download The Hunger Games DVDrip 2012 MKV MediafireMy Profile

  10. Ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka didalam keadaan selamat dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Blog AkuBiomed mencalon diri DiGi WWWOW Awards 2012My Profile

  11. malam tadi terbaca di mstar gempa kat Mersing…tercengang jugalah
    Jom terjah post menarik dari azura ..5 entri terbaik DenaihatiMy Profile

  12. Pagi tadi sini hujan lebat..sekarang dh mendung.. nampak gaya macam nak hujan balik petang nanti… 2 3 lepas panas terik sangat…
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..5 Keyword Hangat di Carian Google Untuk Denaihati.comMy Profile

  13. Sama-sama lah kita bermuhabasah.
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Fatwa-fatwa ke atas April FoolMy Profile