JAIS tahan Dr Mohd Asri

By Kujie, 02/11/2009 7:28 am

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila  35 anggota JAIS  diiringi lebih 25 orang polis beruniform memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 ( 100 ? ) pengikut. - [link]

Dr Asri diiringi oleh polis ketika dibawa ke balai polis Hulu Kelang - gambar Mstar

Dr Asri diiringi oleh polis ketika dibawa ke balai polis Hulu Kelang - gambar Mstar

Pada akhir zaman orang hina di-muliakan dan orang mulia dihina jangan terkejut kata ustazah.

Kita hidup dalam zaman fitnah di mana harta dipuja agama dihina, dunia dikejar akhirat ditinggal. Manusia lebih hormat kepada sesiapa yang mampu memberikannya kesenangan dunia daripada sayang kepada ulama’ yang menunjukkan jalan yang betul dalam mengurus dunia berasaskan agama serta bagaimana cara untuk meraih kebahagiaan yang kekal di akhirat nanti.

Post Lain Yang Berkaitan

26 Responses to “JAIS tahan Dr Mohd Asri”

  1. AyKay says:

    kak jie,

    sempat saya semalam bertemu muka dgn salah seorg pegawai pentauliah JAIS,,,dan dengar fakta versi JAIS.. memang sah, kita kena kawal emosi dan biarlah ilmu yg mendahului peribadi..

    psst; kak jie dah derma ke kat sejid baru tempat saya? :-)
    AyKay´s last blog ..Peluang Pelaburan meningkatkan bekalan berlipat ganda My ComLuv Profile

  2. Kak Long says:

    Terkejut juga masa dengar berita pagi tadi.
    Dan tengok senyuman manis dia dalam berita perdana malam tadi, nak ikut senyum juga…
    Semoga kekeliruan dapat dijernihkan…
    Kak Long´s last blog ..Pesanan tentang ketabahan My ComLuv Profile

  3. jam says:

    yang baik nampak jahat dan yang jahat nampak baik- dunia akhir zaman

  4. megat says:

    itulah hakikat yang berlaku. sesuatu yang berlaku sudah pastinya bersebab. cuma cara bertindak itu yang perlu dilihat.

    persoalannya siapa mangsa dan siapa pemangsa!?

    bermula dengan sikap manusia yang tamak dan busuk hati juga.
    megat´s last blog ..Selamat Hari Ulang Tahun Sayang, Perjuangan Semakin Membara! My ComLuv Profile

  5. Zil-el-Saif says:

    Apa pun kena selidik berita ni dengan teliti

    actually aku peminat Dr. Asri walaupun ada gak statement dia yang aku tak suka
    Zil-el-Saif´s last blog ..Survivor Series 2009 : Triple Threat Match!.. Prologue My ComLuv Profile

  6. izzah says:

    urmmm…taktau nak ckp ape..just look n see…
    izzah´s last blog ..Cermin Diri My ComLuv Profile

  7. luthtextile says:

    erm, dr maza tu orang belah kanan, kalau orang nak buat kat dia tu mestilah orang yang belah “kiri” sabotaj dia tu. ala. negeri selangor akak oi..
    luthtextile´s last blog ..4 perkara penting untuk berblogging My ComLuv Profile

  8. maza says:

    alahai.. tak sangka Dr. MAZA itu dilayan sebegitu rupa… aduhaii kanzz..

    :cry: :cry: :cry:
    maza´s last blog ..TTS Genting Sempah My ComLuv Profile

  9. nuaeman says:

    Seeloknya diselesaikan dengan baik.. dan beberapa dakwaan yang dikenakan keatas Dr Asri sebelum ini dapat dijelaskan..

    P/s: dulu ingatkan MAZA yang banyak komen kat sini tu adalah singkatan pd Mohd Asri Zainul Abidin.. manalah tau ex-mufti ni suka baca blog kak jie.. rupanya orang lain.. heheh..

    • maza says:

      @nuaeman,
      uiks.. uhuk! uhuk! uhukkkk..

      patut ler dua tiga hari ini tekak rasa lain macam jerk.. rupanya ada org rindu kat den rupo eh..

      wakakakkaka
      maza´s last blog ..TTS Genting Sempah My ComLuv Profile

  10. Dr House says:

    Ada yang tak senang hati dengan Dr Asri le tu. Walaupun beliau atas pagar tapi dilihat macam cenderung ke SANA.
    Dr House´s last blog ..Jais dibidas, tiada pertuduhan! My ComLuv Profile

  11. arin says:

    layout cantek..mlm smlm dah tau Dr Asri kene tahan melalui tweeter, start le kami masuk sana sini kat dlm net nak tau apa citer nya..
    arin´s last blog ..Pagi Yang Agak Mendung My ComLuv Profile

  12. mrs azmi says:

    macam2 berita bole jadi isu skang ni… hmmm
    mrs azmi´s last blog ..sad mode~ My ComLuv Profile

  13. Abang Long says:

    Salam hormat wahai kujie.

    Yang pasti. Umat Islam semakin hari semakin keliru dengan agama.

  14. Bersetuju dengan AyKay. Pada hari ini, APA SAHAJA BERITA yang tiba, kita kena siasat dan perhalusi.

  15. AyKay says:

    di harap tiada emosi dalam memberi ulasan dan komentar anda. jika disemak, adake JAIS akan tangkap penceramah HANYA kerana mereka tiada tauliah, yang saya PASTI, ada sebab2 lain yang menyebabkan jais menangkap sesetengah penceramah yang sudah lama dalam pemerhatian dan intipan.

    jadi, saya memohon (tumpang blog Kak Jie), biarlah ILMU (fakta) yang mendahului EMOSI (ikut suka hati je) memandu kita dalam memberi ulasan atau komentar.

    TQ jie guna ur blog
    AyKay´s last blog ..Peluang Pelaburan meningkatkan bekalan berlipat ganda My ComLuv Profile

  16. cheryna says:

    apa pulak ni. dah selidik betul2 ke sebelum tangkap?
    mesti dia bagus, itu yang dpt dilantik jadi mufti kan?
    tiba2 bila dah jadi “bekas” baru nak buat macam ni?
    dia sokong parti lain ke?

    aduuuhh…macam2….
    cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: the yolk on roti jantan My ComLuv Profile

  17. denaihati says:

    PenDAKWAH yang sebenarnya pasti akan melalui berbagai UJIAN untuk menyampaikan ILMU sebagaimana jemaah Tabligh yg sering dikeji walaupun ramai yg tak faham ..
    denaihati´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia suatu KeJayaan atau KeGagalan My ComLuv Profile

    • denaihati says:

      @denaihati, kita doakan semuga semua akan selesai dengan bak tanpa pengaruh POLITIK insyallah
      denaihati´s last blog ..Dapat Wang Segera My ComLuv Profile

    • Emmm ? says:

      @denaihati, Biasalah kes kena tangkap, kena halau, kena ban dan sebagainya.Ulama-ulama besar dulu pun kena sama macam ini juga dan akan terus berulang.Tapi mereka ini semua sabar.Sebab mereka ni semua tahu tanggungjawab mereka khalifah dibumi yang sementara ini dan inilah ujian namanya.

  18. kenari says:

    nak terus membaca…
    kenari´s last blog ..38.5 — 150 — 120 My ComLuv Profile

  19. joe pg says:

    Sultan telah melarang exco agama mengeluarkan kenyataan agama di Selangor. Patutnya dia dah letak jawatan. Xde guna harimau dicabut gigi..
    Kita tunggu apa kenyataan Pengarah JAIS.

Panorama Theme by Themocracy