Isu Semasa

Jujurkah…??

Sejauh manakah kejujuran kita?

Pagi tadi sewaktu menyelak akhbar, terbaca tentang satu tinjauan antarabangsa mengenai kejujuran warga dunia.

Wartawan majalah Reader’s Digest sengaja meninggalkan 690 telefon bimbit di 30 tempat awam di 32 bandar raya di seluruh dunia untuk menguji orang ramai.

Mereka menghubungi nombor telefon berkenaan dan melihat jika ada orang menjawabnya, mengambil telefon bimbit itu dan cuba menghubungi nombor yang sudah diprogramkan atau sekadar memasukkannya ke dalam poket.

“What phone? I didn’t see any phone. If you’ve mislaid something, report it to Lost and Found”.

Walaupun ini bukanlah satu kajian yang bersifat saintifik, tetapi hasil menarik yang ingin saya kongsi bersama adalah…Kuala Lumput berada di tangga tercorot. Daripada 30 telefon , hanya 13 yang dipulangkan berbanding bandaraya yang lain seperti Ljubljana, Slovenia iaitu 29 yang dipulangkan atau Toronto 28 yang dipulangkan.

Klik untuk lihat carta kedudukan bandaraya

On the low end of the spectrum, Malaysia’s capital, Kuala Lumpur, and Hong Kong tied for the worst performance.

In each city, just 13 of the 30 phones were returned.

Jujurkah kita? Kalau kita tak jujur, kenapa kita sering mempertikaikan kejujuran orang lain… mengharapkan orang lain berlaku jujur pada diri kita….Jujur adalah salah satu nilai moral dalam Islam. Fikirkanlah…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Jujurkah…??

  1. Kak Jie,

    Last year,

    Reader’s Digest magazine sent reporters into the principal city of each of the 35 countries in which it publishes to conduct a survey of local politeness and courtesy…and guess what?

    KL was at number 33 out of 35!!!

    P/S Perhaps this is another wake up calls!!!

  2. Kak Jie…merak ni kira jujur gak ehhhhh…sbb awal bulan lalu jumpa dompet pompuan penuh segala macam kad penting-penting….terus tepon die (no. tepon tempat keja jer….)….Malam tu jugak die ambik…..sebelum tu, tanya, soal siasat gak lah…..untuk buat pengesahan…..ala-ala NYPD gitu….heheheheh

  3. ooooo… Linda dah buat test nih kat Pizza Hut hari tuh, memang ada orang kat dalam outlet tu tak jujur hari tuh, burn satu HP…

    pastu ada pulak yang sengaja menunjukkan ketidak-jujuran mereka dengan memecah masuk dan mengambil HP di atas meja… burn lagi satu lagi HP…

    uwaaaaa!!!

  4. hehe tu ah pasal kak jie ingatkan letak tajuk kejujuran pastu blank jer nampak unik nya *blush*

  5. malu gak.. tapi mungkin org yg mengambil tu antara yg tidak jujur pada diri sendiri dan lebih lagi kepada PenciptaNya.

    Penah duduk kat bangku kl sentral. masa tu pasan ada budak lelaki baru blah dr bangku tuh.. sekali pasan ada wallet terselit kat tepi tuh. tgk dlm ada lesen P ngan ic. duit… hehehe.. standard bebudak … kurang 10 hengget.
    Main point is.. budak tu dtg balik. zana suh dia describe wallet tu kale pe n apa isi dlm. dia jawab betul belaka cuma gambar ngan muka dia lain ckit. hehe.. bagi la ke dia.. jujur la tu kan.. teheheh..(walaupun soklan cam polis pencen :D)

    Yg best tu wallet dia kaler PINK!.gf bagi kot. tehehehe..

  6. 13may eeemm…fikir jgn tak fikir…fikir pelita hati…:)

    fozalin it’s ok..kakjie pn dah linkan blog elin

    faisal mungkin la tu kot..so isu baru..betaapa ramainya org asing kt KL ni..he he he….

    mz jujurkah pengakuan tu pakcik ooooo…he he he

  7. betui tu … ramai org skrg tak jujur. ramai yg suka tipu ‘sunat’. tipu ‘wajib’ pun ramai gak. mcm minum air sejuk je org menipu skrg. ntah2 pak cik pun termasuk skali kut …

  8. kak jie, yg amik kalau ditinggalkan kat kl biasanye org2 pendatang asing kot,hehehee….:)

    tak bleh salahkan sepenuhnya kat kita walaupun mentaliti kit ammg mcm tu sbnarnya..

  9. salam kak jie. saya dh add url akak dlm bloh leh kan? hehehhe dh letak br tye… so nih mcm x jujur ke? adeh…..

  10. perindu he he..awak komen, kakjie lum letak entry..baru letak tajuk….silap klik save dgn publish..hihihi

    syu tag tu sok lusa ye…penat la nk men tag² lagi…

    malukan…iisss…..

Comments are closed.