Kanak-Kanak 11 Tahun Cedera Parah Akibat Terkena Letupan

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah di tangan dan muka dalam satu kejadian letupan di Hentian Pudu Raya di sini Jumaat malam.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur SAC I Zulhasnan Najib Baharuddin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu,
Atykah Nadiah Zamzar, 11, dipercayai cuba mengangkat satu beg plastik yang terletak di atas bangku bersebelahan apabila ia tiba-tiba meletup.

“Letupan itu menyebabkan kedua-dua belah tangan dan muka mangsa melecur teruk dengan sebahagian besar rambutnya terbakar,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Atykah Nadiah kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian mangsa dan ibu saudaranya sedang menunggu bas di Platform 7 untuk ke selatan Semenanjung.

Mengulas mengenai kandungan beg plastik itu, Zulhasnan Najib berkata siasatan awal mendapati ia mengandungi satu tin gam dan sebuah bateri motosikal.

“Kedua-duanya diletak di dalam beg plastik berwarna merah yang diikat dengan sebiji botol air mineral yang kosong,” katanya sambil menambah, polis masih menyiasat punca kejadian.

Letupan itu bagaimanapun tidak merencatkan perjalanan bas-bas ekspres yang telah dijadualkan Jumaat malam.

Sumber :Bernama Online

Jie ~ Pada yang akan bercuti hujung minggu, yang nak balik kampung dengan bas, keretapi, teksi atau memandu sendiri, berhati-hati dan semoga selamat dalam perjalanan.
Selamat menyambut Hari Bapa 17/06/2007 kepada semua bapa² walau di mana anda berada. Semoga anda akan menjadi seorang bapa contoh dan menjadi pelindung kepada anak² anda yang di amanahkan oleh Allah.
Kepada bapa mertua , Haji Daud yang sekarang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang… semoga cepat sembuh.
About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. huh! bom???

    bahaya bahaya…

  2. isk… negara lain letop2.. negara kite pun nak tiru kan.. isk..

  3. Dulu dah ada kes macam ni , kan.
    Rasanya kat Pudu jugak tu ….

    Cam ner FIL sekarang…??

  4. aria ayumi says:

    ya Allah… kesiannya budak tu… xpepasal jadik mangsa…

    selamat hari bapa utk sume bapa2… God bless… 🙂

  5. Kak Jie,
    salam kak.. maaf le saya lama tak online.. busy la kak .. hmm takpe laaa kalau ade masa saya jenjalan lagi yer 🙂

  6. *ambo jie* says:

    apa dah jadi nieh..bulan nie saja banyak kes berlaku,pelbagai kes berlaku bulan nieh…moga kita semua selamat..kecian betul kat budak tu.mungkin mangsa percubaan bom.jngn jadi cam altantuya dah ler…keje sape laa agaknya..moga allah membalas kepada pembuatnya..

  7. zura lias says:

    ohh, saya ade kat pudu kul 8.25 malam..terus lari2 ke platform 3 sebab bas pukul 8.30..(almost late)..hikss..kalo bas pukul 9 malam..mesti saya antara salah seorg yg jd saksi bom meletup sbb suke beli donut dulu sebelum naik bas dekat2 platform 10..cume semlm je x sempat nk beli..sian dak kecik tu..ermm…

  8. kesiannye..mmm..

    happy weekend for u too. and the family. njoy!!

  9. zaman anak dara kiut miut dok ulang alik blk kg mmg tujunya puduraya la….. time tu kalo lalu ade gak org nk pheewiiiittt…. :p

    puduraya tu tempat sentimental tul.. ada pertemuan ada perpisahan di situ.

    Memang kesian budak tu… dalam perang pun kanak²lah yang paling teruk menjadi mangsa samaada fizikal atau emosi.

    Syukurlah kawan truanta tu selamat.

  10. truanta says:

    kak jie tau x..
    masa bom tu meletop..
    kawan saya 2 org tgh lalu kat kawasan tu..
    dorang br trun bus dr penang.masa tu polis baru nak pasang caution tape kata dorang.ish..slamat la x der paper..kan.kan…sian dak tu..ksian dia..

  11. jaman sekulah ngan muda2 dulu kat puduraya salah satu tempat melepak ;)) huhuhu
    terkezut gak tgk news ader letupan bom buatan sendrik 😮
    sabau je lah …
    kesian dak tu. saper letak bom tu … kijam sungguh!