Karnival Pendidikan MARA 2012 Di PWTC

MARA Education Fair
Kepada ibubapa dan anak-anak yang sedang berdebar dup dap dup dap menunggu keputusan SPM yang akan dikeluarkan pada 21hb Mac 2012 , rebut peluang ini dengan mengunjungi Karnival Pendidikan MARA di PWTC pada 17 & 18hb Mac 2012.

Karnival Pendidikan MARA 2012 dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) diadakan setiap tahun pada bulan Mac dan April bertujuan memberi maklumat peluang pendidikan dan perancangan kerjaya.

Anak-anak boleh mendapatkan pendedahan dan maklumat mengenai kursus dan program pengajian yang ditawarkan  atau  latihan kemahiran.

Kepada anak-anak yang masih berdolak dalih, keliru untuk memilih bidang yang sesuai, karnival ini juga menawarkan  khidmat nasihat kaunselor terlatih untuk membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.

Karnival ini juga disertai oleh pihak yang menawarkan peluang pembiayaan pelajaran dan maklmuat  pembiayaan pelajaran dari pihak MARA sendiri untuk calon yang layak.

Insyaallah saya akan berada di sana untuk menemankan Angah.

Bagi anak-anak yang berminat di bidang Licensed Aircraft Maintenance Engineer atau Technician, Malaysia Aviation Training Academy ( MATA ) akan berada di Booth NO 28.

MATA adalah salah satu daripada 5 buah DCA Approve Training Organization (ATO) di Malaysia

Karnival Pendidikan MARA 2012 akan berlangsung di Dewan Tun Razam PWTC dari jam 10 pagi hingga 6 petang dari 17 & 18hb Mac 2012.

Lokasi lain Karnival Pendidikan MARA

  • Kedah – Stadium Sultan Abdul Halim , Alor Setar ( 20 – 21 Mac )
  • Pahang – Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah,Kuantan (24 – 25 Mac)
  • Kelantan – Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu (28 – 29 Mac)
  • Terengganu – Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu (4 – 5 April )
  • Perak – Stadium Indera Mulia, Ipoh (7 – 8 April)
  • Sarawak – Dewan Pameran Permata, Kuching (11 – 12 April)
  • Sabah – Suria Sabah, Kota Kinabalu (14 – 15 April)

Baca juga – Persediaan Selepas Keputusan SPM Keluar

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Pasti seru nie Kak Jie
    Nice share..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Beberapa Situs Penyedia layanan Statistik dan Analisa Trafik BlogMy Profile

  2. syatoza says:

    terima kasih ! =)

  3. Salam , nak cakap saya amik ayat anda tentang apa yang ada dekat pendidikan mara tuh. penerangan anda sangat best. Teeheee. Sorry 😀
    Jom terjah post menarik dari Bella ..Karnival Pendidikan MARA 2012 at PWTCMy Profile

  4. along pun perlu pergi tu…..cari idea .

  5. ayuh…lawati kami…!!
    Jom terjah post menarik dari ..Perdagangan China-Malaysia RM305 bilionMy Profile

  6. kena kumpul maklumat banyak2 dulu, pastu buat keputusan yang tepat..
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Nasi Limau oh Nasi Limau!My Profile

  7. bagus benda nie… dapat menanam minat budak2 sekolah mengenai kos mana yg mereka berminat
    Jom terjah post menarik dari TopiJerami90 ..Irma Hasmie Bertunang 27 Mac 2012My Profile

  8. Saya ini anak didikan MARA. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Video promo Proton P3-21AMy Profile