Kemalangan Bas Genting

TUNGGU BANTUAN: Penumpang yang cedera menunggu ketibaan ambulans.- Gambar Berita Harian

Dua penumpang terbunuh manakala 17 lagi cedera parah apabila bas Ekspres Genting yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung sedalam 20 meter di Kilometer 25.5 di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak .

Kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang sewaktu bas yang membawa 40 orang penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.

Saya agak kerap melalui jalan ini sewaktu kami masih tinggal di Bentong. Berulang alik hujung minggu kerana rumah kami masih di Kuala Lumpur. Saya juga kerapa melalui jalan Batang Kali- Awana sekiranya dari Bentong untuk balik ke kampung.

Saya sering bertembung dengan kereta yang terlibat dengan kemalangan jika melalui laluan ini tetapi amat jarang yang membabitkan teksi dari Genting.

Sesiapa yang melalui jalan ini pasti tahu bagaimana gelagat pemandu teksi yang memandu laju. Cekap betul mereka memandu.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. beruang madu – keras ke tidak tu..ramai org bercerita lah..tapi panda pandangan mata pun laluan tu ngeri… kakjie respect org yg membina laluan tu…kita tgok berbelit2….bayangkan org yg membina jalan tu…

    neezayup…. ada satu selekoh laluan Btg Kali- Awana tu…dia org siap nunggu..siap ada pondok..mmg dah tahu situ selalu ada accident.

    ummi kak ummi nk berholiday ke KL ni…hati2 ikut laluan tu..

  2. mz – alhamdulillah pakcik… itu personal..kalau pemandu pengangkutan awam kena double triple alert…sbb dia membawa nyawa org lain

    13may – ngeri ngape..nampak antu..hehehe

    mak su – laluan Genting Sempah ke KL mmg gerun..tgok laluan bukit bukau pun dah ngeri..

  3. mama ranggie – penyebab dari kelalaian..

    intan& eddie – transnational rasanya lebih berhemah. saya rasa lebih kompiden dgn syarikat ini.

    ezza erisa – kita yg sering melalui jalan tu…mmg kerap tersempat dgn pemandu drif mcm tu..

  4. Jie, akak pun seram gak nak kasi anak2 naik bas bila tgk kemalangan camni, tp yalah terpaksa lah, xkan selalu2 nak hantar/ambik kalu jauh2 ni kan..Driver ni bawak laju sgt nk kejor apa ke bendanyaaaa..Lagi satu, mentang2 dia tu dah terer giler dgn jalan tu..hah! ada masa, terpukang gak! Yang naya, penumpang le..ya lah,apapun tu sume sebab musabab je kan, semuanya ketentuan Illahi..Nauzubillah..

    *Ada gak dengar pasal org sengaja tuang minyak atas jalan tu..betuii la kot…ish kalu dpt manusia tu..ku kerat2 jadikan sup tau!! ggrrrr…!!!

  5. Neeza Shahril says:

    selalu neeza lalu jalan tu sebab adik neeza duduk di Kuala Kubu Baru. Katanya, ada kaki yang suka mendajal orang… letak minyak kat jalan. kalau accident, boleh repair kat workshop diorang..
    tapi, bayangkan, kalau dah ada yang sampai maut… takde rasa bersalah ke orang yang buat tu..
    apa2 pun.. memanglah ajal dah ditentukan.. cuma cara manusia tu tak berapa betul kan…

  6. Beruang Madu aka Honey Bear says:

    Kak Jie – jalan tu keras ker?? bukan maksud bahan dia keras tapi berhantu ker sebab selalu kemalangan dia berlaku waktu malam jer… siang pun ada tapi kuranglah… serammm… jangan jalan memalam yer

  7. Mak Su says:

    Innalillah. kita tak tahu bila ajal kita, tapi kita hendaklah berhati2 senantiasa dlm suka dan duka. kan kak jie

  8. hmmm….ngeri plak baca

  9. pak cik pun bawak agak laju skit kat situ malam ari tu. sib baik tak jadi apa2 😀
    alhamdulillah …

  10. ezza erisa says:

    mama ranggie,
    memangla penyebab tapi kalau driver bawak mcm dia champion lumba bas sedunia…dan terbabas..memang rasa nak marah 5kilometer..huhuhuh

  11. Intan & Eddie(Shahrul Fitri) says:

    kadang2 tu rasa takut nak naik bas..

  12. mama ranggie says:

    kekadang memang dah ketentuan kan kak jie..

    ajal maut ditgn tuhan!

    tu semua penyebab aje!