Kemalangan Misteri di Bukit Tagar

Awal malam tadi saya baca berita online mengenai penemuan 2 mayat reput di Lebuhraya Plus susur keluar Bukit Tagar.

suami saya juga pernah alami kemalangan misteri hingga hilang ingatan  – link

Saya berkongsi berita kemalangan misteri ini di twitter dan seperti biasa ada ‘hantu’ yang akan menyakat…

Saya selalu balik kampung mertua di Sabak Bernam melalui Bukit Tagar pada musim perayaan untuk  mengelak kesesakan di Rawang. ( tak raya pun sesak juga)

Berita dari Bernama Online melapurkan wanita tersebut dikenali sebagai Margaret a/p Manian@Jacob, 34, dan bayinya berusia setahun Ezekiel Shammah a/l John Robert . Lelaki yang memandu kereta tersebut , T. Silvakumar,  dipercayai teman lelaki Margaret di rawat di Hospital Ipoh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan

©telefon mak kat kampung….

Kemalangan terbaru di Bukit Tagar 17/11/2011 – 1 Maut 5 Parah Membabitkan 12 Kenderaan di Laluan Bayangan Maut Bukit Tagar

    • Kalau takut atau rasa seram pun, takkanlah komennya serupa ini. Bunyinya betul-betul cetek dan keanak-anakan. Sungguh tidak kreatiflah anda ni. Mungkin anda tidak ada bakat menulis.

  1. Dulu sebelum Karak Highway siap pun heboh pasal banyak hantu kat kawasan Bentong..ada yang kata sampai sekarang pun certain tempat “keras”..

    P/S Pilatus terhempas ni pun menyedihkan jugak…

    • kadang memandu malam2 lebih takut ‘hantu real’ kepala hitam berkaki dua tu lagi..
      tengah2 malam tahan kereta…eeee….

  2. Kalau di Johor antara pagoh dan kluang ada oarng jumpa kereta NIssan yang jalan melawan arah. Memang banyak lagi kisah ganjil di Highway ni.
    .-= denaihati´s last blog ..Peluang membantu Umat Islam Cambodia =-.

        • volkswagon kuning tuh cam merepek ja..saya penah banyak kali balik sorang2 naik moto dari bangi-kulim pagi2 buta..lalu terowong tuh pukul 4,5,6 pagi..xda pown (x penah nampak lagi la)..tapi penah laa rasa seram lam tuh..tengok depan xda orang belakang pown sama..tapi ada bunyi kereta padahal sorang2 ja dalam terowong tuh..terus full thorotle..turun bukit tuh corner tajam tuh selamber ja lipat full thototle..hahahaha
          .-= Azizuan´s last blog ..Firefox Tips : Full Page Screenshot Dengan Screengrab =-.

          • Kak Jie pernah tertido anak beranak dalam kereta di tengah2 lebuhraya sebelum pintu masuk ke terowong menora siang2 hari buta……

            ha ha ha

            jem giler masa balik raya..polis buat sekatan, lepaskan kereta sikit2 dalam terowong tu..agaknya penat memandu satu family tertido kat lane tengah highway tu … jaga je tgok kereta depan dah gerak jauh…kami je sekeluarga dlm kereta nyenyak. .. ha ha ha

            agaknya penat dah kereta belakang tu dok hon je

  3. Alamak tajuk berita pun misteri, macam twilight zone ja.

    Hati2 yer Kak Jie bila drive area sana. Minta dijauhkan dari perkara-perkara camni, aish dah la Iza pon selalu drive sengsorang…syeramm jah :roll: .
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Intai Sang Kerengga… =-.

  4. bukit tagar tuh highwar nak menghala ke unisel kan?
    erm.. patut la macam pernah dengar jer. kalau nak kate
    keras.. memang la.. sebab situ semua jalan tar..
    hehehe.. tapi mesti berhati hati. saya pon kerap guna
    jalan tuh jugak. semoga perjalanan kita masing-masing
    dalam peliharaan Allah… amin~

    P/S: tetibe terkejut ade muke aku dalam poster iklan.
    wooowwww… *teruja – thanks kak jie
    .-= Kreuger´s last blog ..TIPS CSS: Menetapkan skala imej bersesuaian dengan template. (WordPress) =-.

  5. ‘hantu’ tu mmg ske mengacau..ehehe.. :mrgreen: :mrgreen:
    terkejut gak tgk berita semlam..huhu..da 6 hr ek br jumpe..huuhu

  6. mungkin juga berpunca drp faktor kecuian pemandu @ faktor geografi..sya tak pernah lalu kawasan tuu..pun tak mustahil juga kalau ada hantu pasal berdekatan dgn kawasan hutan..
    .-= Nadri´s last blog ..Cium Anak Pun Boleh Dapat Pahala =-.

    • kemalangan memang berpunca dari macam2 penyebabnya….tapi kes ini dalam misteri sebab berlaku 6 hari sudah… yang selamat pula hilang ingatan…

      tinggalkan kita dalam kemisterian..hehehe

  7. SALAM

    boleh emailkan email add demo ke email pB

    buat masa ni kawe privatekan blog kawe …
    tu hok nok invite tu

  8. kesian gile, dah seminggu eksiden tapi takde sorang pun perasan.

    macam mana agaknye laki tu bertahan 2 hari kat situ, dah la cedera plak tu. huu.
    .-= blowie´s last blog ..TM Melancarkan UniFi – High Speed Broadband (HSBB) =-.

  9. seram pulak macam ni. ish.
    agknya dah berapa lama la kemalangan tu berlaku
    .-= ariff´s last blog ..Unifi High Speed Broadband Price Compared to the Russian’s HSBB =-.

  10. kesiannya dorang… sampai orang lain tak tau mereka ni eksiden.
    .-= Amir´s last blog ..Jom Sertai Program Earth Hour 2010 =-.

  11. Ya Allah..macam2..mungkin tempat tu keras sebab tak dibersihkan betul2 kot masa nak wat lebuh raya tu..yerlah kat hutan ni faham2lah..makhluk lain tu ramai
    .-= wanmus´s last blog ..Bajet Sempurna Sangat Ke Dia Ni? =-.

    • tahu tak… Kak Jie selalu terfikir macam ni
      sebab selalu memandu seorang diri – katankan apa2 terjadi pada Kak Jie
      tak ada orang tahu…. mcm mana anak-anak kat rumah
      aishhhh…….. tak dapat nak bayang

    • kawasan Hulu Selangor memang kerap hujan…air yang bersih dan membekalkan oksigen yang sihat ..sebab Kak Jie cergas..he he he

      kadang2 je Kak Jie lalu ikut Tol Bukit Tagar tu, agak2 kat bandar Rawang sesak…. Kak Jie keluar ikut Bkt Beruntung… sampai Bukit Tagar – sana pun jalan elok..lepas Unisel je jalan berombak sampai Tanjung Karang.

  12. berhantu? tak dengar cerita pulak.. sebab kalau balik kg tak suka ikut bukit tagar.. nnti kena pusing jauh masuk sg tengi dulu..

    tapi cerita nie macam menarik la pulak,.. ada perkembangan terbaru?
    .-= menteil´s last blog ..Tanah Kubur Itu Masih Merah Lagi =-.

    • eee..mana ade hantu…budak2 hantu tu saje je usik Kak Jie… tapi kes ni memang misteri dan jarang berlaku… Kalau nak update terkini kena rajin2 pergi blog ondscene , sentiasa ada berita terkini lebih awal

  13. Jika tak silap dengar semalam, ibu dan anak itu berada di kerusi hadapan sebelah pemandu. Mungkin mereka tercampak keluar…

    • Betul..dengar macam tu tu, kalau baca 10 akhbar akan ada 10 cerita yang berbeza…kita setakat baca dan tahu, cukuplah , kan… lainlah Pegawai Penyiasat

    • Kak Jie selalu lalu situ tapi tak pula fikir yang bukan…hahaha..kena control minda sendiri jangan terpengaruh. Susahlah kalau takut2…abang udah le jauh 🙁

      Dari berita katanya lelaki tersebut berada di arah ke Ipoh..maksudnya dia telah melintasi lebuhraya…

  14. Ya, saya pun tengok kat Buletin tv3 malam tadi. Dok musykil gak kejadian itu. Tapi semuanya boleh berlaku tanpa kita duga. Dikhabarkan, suami (rupanya teman lelaki) berjalan naik dari gaung sedalam 30 meter itu mencari pertolongan..

    kesian, kan?

    • Selalu ada kemalangan misteri yang tak terduga oleh kita..contoh masa suami kak jie kemalangan …dia tak ingat kat mana, kemalangan dengan apa…sedar2 sampai rumah

  15. tapi, waktu jumpa lelaki yg kebingungan tu, diorg takkan tak cari kat mana kenderaan dia kat kawasan sekitar..takkan jumpa je terus angkat dia g hospital? takkan diorang tak pelik kot jumpa lelaki kat highway? sori banyak tanya..kesian mangsa2 tu..kalau lah diorg dijumpai awal, mana tahu dapat diselamatkan..ibu dengan anak pulak mati berjauhan..agak2 sapa yg mati dulu kan..kalau ibu mati kemudian, mesti dia dekat dengan mayat anaknya sebab ibu takkan tinggalkan anaknya walaupun anaknya dh tiada kn..kesiannya..

    ** minta maaf siap2 kalau komen ni buat pihak tertentu marah 😐
    .-= fina fento´s last blog ..Jatuh sayang =-.

    • Mungkin tempat jumpa lelaki tu bukan tempat kemalagan yg sebenar..dia bergerak sebab dia org keluar dari Utara arah ke Selatan dan lelaki tu dijumpai sebelah Selatan arah ke Utara.

      Kalaulah kemalangan, macam2 perkara yang kita tak terduga…dan misteri. Harap2 lelaki tu dapat ingat semula dan boleh beritahu kita apa yang berlaku….

      tapi suami kak jie kemalangan dan hilang ingatan..ambil masa sebulan lebih juga untuk baik semula…itu kemalangan kecil tanpa luka2 teruk