Kempen Tak Ikut Hari

” Saya tak nak plastik ”

“Hari n hari Ahad… bukan Sabtu ”

” Saya tau… tapi saya bawa beg sendiri… ‘ beg hijau kaler biru’ sebesar² tu saya angkat dan tunjukkan walaupun semua orang boleh nampak dengan jelas.

Dengan muka kelat, juruwang ambil selotep ‘paid’ lekatkan pada setiap barang yang saya beli.  Kerja dia bertambah, tetapi bukan salah saya.  Itu prosuder menyusahkan  syarikat tempat dia bekerja.  Kat tempat lain, kalau dah bayar tak perlu selotep, terus masukkan dalam beg.

Saya memang cuba meminimumkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan. Kalau hari Sabtu boleh buat, kenapa hari lain tak boleh?

Saya baca banyak juga pendapat yang memperkecilkan dan mencemuh berjayakah kempen hari tanpa beg plastik.  Katanya, hangat² taik ayam itik lembu kerbau semua ada.

Yang nak diumpama benda² tak elok tu buat apa?  Cuba kaitkan dengan benda² yang positif, yang wangi² yang baik²…

Prinsip saya mudah – benda baik kenapa tak nak ikut. Biarlah orang nak mengata, bukan kita buat benda² tak baik.  Ramai orang malu nak buat sesuatu yang betul kerana ‘orang lain tak buat’.

* Kemerdekaan Tanpa Beg Plastik

dah pasang pagar jaring, Nemo tak boleh menyusup lari lagi….

Kata orang, kesannya bukan boleh kita rasa esok lusa, ‘makan tahun‘. Mungkin saya dah tak ada masa tu, tetapi kenalah fikirkan masa depan Nemo dan Dori juga…. ikut fakta, kura² boleh hidup sampai 100 tahun. Kesian dia orang tau….. kalau nanti kena hidup dalam bumi yang ‘sakit’.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. kekadang nak gak plastik sebab nak buat plastik sampah. tapi saya sokong go green dengan pakaikan anak cloth diapers. heheh…..kalau beli barang sikit2 memang taknak plastik. budak 7E dekat ofis ni mmg dah faham sangat dah
    Jom terjah post menarik dari nisa ..Doa Solat Sunat DhuhaMy Profile

  2. Kalau kat Penang, hari2 takde plastik… Tak kira la nak shopping hari apa pun, bag mesra alam wajib ada dalam kereta.. kalau tidak,angkut la pakai tangan…
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..RAKET KE PEDANG TU..My Profile

  3. jarang shopping hari sabtu sebab nak elak ramai org. beg plastik guna utk buang sampah. tapi tidaklah membangkang pun kempen yang baik ni. biasa ye kak jie.. bila nak buat baik ni ada aje yang nak memperlekehkan.
    Jom terjah post menarik dari Liza @ Adzriel AB ..Kurangkan perut buncit, berkesan ke?My Profile

  4. saya shopping hr biasa bwk beg hari sabtu selalu lupa .. ntah apa2 je saya ni 😳
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Lagu ” Antara Kita ” Dalam Versi TagalogMy Profile

  5. jom ramai2 kurangkan penggunaan beg plasti…. 😆 😆
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..100% Authentic Coach PoppyMy Profile

  6. Tapi saya terfikir-fikir apakah alternatif yang ada tang lebih baik untuk menggantikan penggunaan beg plastik.

  7. sayangnya kat Raub ni masih xde amalan ‘no plastic day’.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Jangan Sokong Kalau Bawa RebahMy Profile

  8. patutnya kita kena mula dah buat macam nih. tak perlu nak tunggu-tunggu..
    Jom terjah post menarik dari abrablog ..3rd Payment from BidtrafficMy Profile

  9. kita sokong sgt kempen ni! kalau terlupa bwk beg shopping, sanggup tu kendong segala barang smpai penuh tgn. taknak beg plastik. hihi.
    Jom terjah post menarik dari azi ..kau #mampoo ?My Profile

  10. kerajaan buat la beg kertas banyak2 🙂
    Jom terjah post menarik dari kyrul ..[Gambar]Seni Lukisan Kreatif Di JariMy Profile

  11. masa tu beli barang banyak-banyak dekat tesco, tengok tak leyh bg plastik, arghh, bwk lariy trolly troz bwk rumh 🙂
    Jom terjah post menarik dari kyrul ..[Gambar]Seni Lukisan Kreatif Di JariMy Profile

  12. susah nak ubah mantaliti rakyat ni yang dah biasa dengan beg plastik.
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Hari pertama sudah buat mamat hampir gilaMy Profile

  13. Benda baik elok diteruskan…kalaupun kempen tamat nanti. Tujuan kerajaan nak mendidik. Semoga semua cepat pandai 🙂
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..5 Tricks Master Bloggers Use to Make Every Post PopularMy Profile

  14. ye, sy sokong kakjie… kalau beli benda yg sikit2 je tak payah la minta plastik, bubuh je dlm beg
    Jom terjah post menarik dari izz zara ..hargailah…My Profile

  15. bagus buat macam nih, time blaja dulu je selalu amalkan macam kakjie nih tapi sekarang dah kurang. kena hidupkan balik nih.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Berjaya Menahan Nafsu & Selamat Hari BapaMy Profile

  16. bila dah tetua ni kujie, lebih ada prinsip diri, tak peduli dah orang kata apa kalau benda yang baik.
    masa budak2 dulu, selalu takut kena gelak dengan orang….
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Hidung bengkok dan rambut menguraiMy Profile

  17. setakat ni, kempen tu nampaknya masih lagi jalan setiap hari sabtu…

    tp kalau tak silap, kt penang, mmg dah tiap2 hari takde plastik tuh…mmg kenelah bawak beg sendiri..

    psssst..mmg pelik org kita ni, buat jahat, tak malu…buat baik…malu siap nak sorok2 lagi…tak faham 😯
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Harga minyak turun vs Godam-menggodam…My Profile

  18. saya sokong kurangkan penggunaan plastik. benda tak biasa kalau dibuat selalu, lama-lama jadi biasa la kan. 🙂
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Teknik Jualan BerpengaruhMy Profile

  19. Assalam…
    Selalu terlupa bawa beg mesra alam kalau shopping hari sabtu sbb jarang shopping hari sabtu…
    Jom terjah post menarik dari iza ..Sama Tapi Tak Serupa.My Profile

  20. alahai, selalu time Sabtu pun. si cashier sibuk nak berniaga cakap camnih kat customer. “beg plastik 20sen.. beg plastik 20sen”. padahal kita tanak plastik pun. Lol
    Jom terjah post menarik dari alex adriana ..kalau baik mudah di buli..?My Profile

  21. Sabahan Bloggers Club says:

    Tapi kenapa kita tak start amalkan beg kertas? Kat McD dengan Burger King saya tengok ada. Yang itu biasanya saya simpan dan recycle balik.

  22. err.. baru kejap tadi maza beli aiskrim calong.. dan maza tolak plastik utk membungkusnya.. heheheh

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..GKKJ kena sepak dengan MALWAREMy Profile

  23. kat carefour siap sediakan kotak free kalau taknak beg plastik
    Jom terjah post menarik dari azura ..Filem Aksi KL GangsterMy Profile

  24. Saya pernah dimalukan ketika membeli barang runcit di Australia beberapa tahun lalu apabila peruncit tidak dibekalkan plastik seperti di Malaysia. Rupanya penduduk sana bawa beg plastik sendiri ketika membeli barang. Malu sungguh orang Asia
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Soto Ayam sempena Hari BapaMy Profile

  25. boleh jer kalau nak disiplin x pakai beg plastik, tapi kalau ikan yg darah2 tu, wajib gak guna beg plastik
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Nak Iklankan Produk dalam Blog Matjoe? Kini Boleh!!My Profile

  26. ERM KADANG2 SUSAH GAK KALO G SHOPING TAK ADA BEG PLASTIK
    Jom terjah post menarik dari hafizal ..Isu Harga Minyak l Berita Baik Sangat..Minyak TurunMy Profile

  27. Salam,

    kita hari sabtu je amalkan, sbb beli brg selalu hari sabtu…hahaha

    plastik guna juga untuk brg2 basah dan kecil2, selebihnya letak dlm troli, klu kt econsave pandamaran diorang ada sediakan kotak free :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Hi-Tea Bersama Rakan Niaga eQurban dan Berjumpa BloggerMy Profile

  28. tak suke.. tak suke… saya nak gak beg plastik. sebab kalau tak diberi beg plastik.. nanti saya kene beli plastik sampah. lol…
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Serangan Penggodam terhadap PORTAL KERAJAAN bukti rakyat masih mampu bersuara cara tersendiriMy Profile

  29. memang betul hangat2 taik ayam je kempen tu..skang ni pun dah banyak pasaraya lupa pasal kempen hari tanpa beg plastik ni…

    p/s : “Beg Hijau Kaler Biru”….agak pelik ayat tu..haha
    Jom terjah post menarik dari sollehahn ..Nintendo Wii U : Konsol permainan masa hadapanMy Profile

  30. kempen masih berjalan lagi ek.. hari tu g beli barang kat pasaraya masa hari sabtu takde lak kena caj.. mungkin pekerja dia terlupa kot.. 😯

  31. tah faham langsung apa yang nak disampaikan 😡

  32. bagus2..dok mencemarkan dunia dengan paper lagi teruk pada plastik ni
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Muaturun Firefox 5 Final (Versi Stabil)My Profile

  33. elok jugak kalo tiap kali shopping bawak beg sendiri.. takde la bersepah kat umah penuh dengan beg plastik..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Selamat Hari Bapa, Happy Father’s Day 2011My Profile

  34. Denaihati says:

    Orang kita gitulah suka tengok kegagalan dari kejayaan dan kalu boleh semua nak dipolitikan walaupun benda yg baik yg tak baik apatah lagi.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Perodua Myvi Baru D54T Mystical Purple pasti jadi rebutanMy Profile

  35. yeah…saya sokong k.jie…
    sy pun klu bli brg skit2, xmntk beg plastik..
    slalu kt 7e klu diorg nk bg beg plastik pun sy xnk..
    Jom terjah post menarik dari sha-hir@meng ..Panduan Melampir Sijil Dalam Pemohon JawatanMy Profile