Kenangan jambatan gantung dan rakit buluh

Selepas bumbung stadium, pasaraya dan rumah kedai, kali ini berlaku lagi kes runtuh. Kali ini melibatkan kehilangan nyawa seorang kanak-kanak dan 2 lagi yang masih hilang.

Mayat mangsa yang lemas adalah Dina Deve a/p Nathan, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan dan yang masih belum ditemui adalah M Darapharshini, 11, dari sekolah yang sama dan N Divyahshree, 12, dari SJKT Gopeng.

Mangsa adalah antara 298 murid Tahun Empat, Lima dan Enam dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.- sumber Bernama

Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh guru dan pengawal sekolah berkenaan.

gambar kredit : Berita Online

gambar kredit : Berita Online

Kasihan anak-anak ini. Saya pernah tinggal sekejap di Kampar dan tahu lokasi, suasana dan keadaan di sini.

Kampung saya di Baling dan untuk sampai ke rumah perlu menyeberang sungai. Kalau nak ikut jalanraya kena berpusing 5-6 kilometer. Saya berpengalaman menyeberang jambatan gantung sejak lahir hingga berumur 25 tahun. Selepas tu keluarga berpindah ke seberang . Jambantan gantung di kampung saya dulu tinggi sekali ganda dari yang ada digambar tersebut dan tentunya lebih kuat bergoyang.

Menjadi satu pencapaian peribadi apabila dapat mengayuh gerek ( basikal) menyeberang jambatan yang terbuai-buai itu dari menyorong berjalan kaki. Bukan BMX yang comel, tetapi basikal ayah yang besar dan berpalang tinggi ada pelantar besar dibelakang ( boleh angkut anak-anak yang ramai ) .

Cuti sekolah Jumaat dan Sabtu jambatan itulah tempat menunjukkan bakat terjun tiruk. Main baling batu. Cari batu yang putih, di baling ke dasar sungai dan berebut-rebut menyelam untuk menjadi orang pertama yang menjumpai.

Mandi sampai mata merah dan mak menjerit-jerit suruh pulang dengan ranting getah ditangan.

Saya biasa menempuh pengalaman jambatan runtuh dan dibuatkan ganti dengan rakit ( feri) buluh. Rakit buluh yang ada ada kabel di seberang sungai kiri dan kanan dan takal. Apabila ditarik, berbunyi keriuk…keriuk….. Kalau hujan lebat, rasa nak terputus urat perut mengumpul tenaga menarik tali takal melawan arus deras.

Tetapi saya juga pernah mengalami zaman anak-anak seperti itu. Ganasnya deru air yang sesekali mengombak galak ke kiri dan kanan bukanlah pembunuh rasa keseronokkan apalagi bagi anak-anak ini yang mungkin pertama kali menyertai perkhemahan.

Melihat gambar ini saya dapat bayangkan air sungai yang keruh likat membuak-buak.  Kenapalah dalam musim hujan ribut petir seperti ini mahu dianjurkan perkhemahan di kawasan sungai.  Kami yang hidup dengan sungai pun masih gerun dan takut setiap kali selepas hujan lebat.   Kenal isyarat alam dan belajar hidup dengannya .   Dalam keadaan musim hujan yang belum berakhir, arus deras sungai menjadikan kedudukan tebing mudah terhakis dan mengikut cerita jambatan ini juga baru sebulan disiapkan untuk projek perkhemahan 1Malaysia.

Perkara dah berlaku , yang mendapat ‘total damage’ adalah keluarga mangsa. Takziah kepada keluarga mangsa.

Dan seperti biasa, jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan.

©Kujie – Hanya manusia yang diberikan akal oleh Allah supaya kita boleh berfikir bagi mencapai kebijakan pada tahap tertentu.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sedih dengan kejadian ni.. baru ni ada kawan ajak gi rumah dia.. katanya nak sampai ke rumah dia kena lalu jambatan gantung dulu.. sayang tak dapat pergi.. kalau tak dah merasa cmne lalu jambatan gantung..
    .-= beliamuda´s last blog ..Imbas kembali Oktober 2009 =-.

  2. sye pon sorang dri mangse tu….mse tu sye pergi kem 1 malaysia….

  3. takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul =-.

  4. Dan seperti biasa, jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan…
    Dan seperti biasa, apabila masa berlalu, kejadian itu akan dilupakan…
    .-= Kak Long´s last blog ..Nak naik bot takut karam : Minta tolong popeye the sailor man =-.

  5. sedih dgr kejadian meragut nyawa mcm ni… 🙁

    btw, nape la ssh sgt saya nk msk blog ni kalo guna celcom berokband kat umah. guna line opis leh plak. err… 😛
    .-= Ryehanna´s last blog ..I was sexually harassed. =-.

  6. Kenapa laa nak buat jambatan gantung gak kalau dh tau sungai tu arus deras..buat je la jambatan konkrit atau kayu.budak yang nek jambatan tu pon kena berbaris.nampak sgt jambatan kecik.

  7. dah banyak dah runtuh namun kita x belajar.. Heboh la sebulan dua. Pas tu senyap. runtuh lagi baru bising. Apa tindakan pihak berkuasa bagi elak ianya berulang? tarak!

  8. salam kakjie…nak kupas gak isu nie…salah pihak urusetia sebab cuai dlm kawalan… binaan jmbtn tak kukuh pun satu hal gak tuhh…mungkin Allah nak tunjuk sesuatu kat situ…hmm…
    .-= ila´s last blog ..~Gigi Ku sakit huhukk..~ =-.

  9. kalau dah ikut spec time bina tapi bila time guna terlebih had muatan pun tak leh tahan titian tu… kan semua ni buatan manusia. mana lah cikgu depa, dah la nak kena saman lak ni.. kesian.
    .-= AyKay´s last blog ..Taubat Cabai… =-.

  10. Kuala Dipang tu dulu pernah ada banjir lumpur kan..ramai org kampung mati hanyut dibawa lumpur. Saya baru je nak kaji cerita kuala Dipang tu..alih2 ada kejadian baru pulak.
    .-= fazemy´s last blog ..Saya Perlukan Nasihat Terbaik Di Sini… =-.

  11. Buat saya tertanya-tanya juga kak! Macam mana jambatan tu boleh runtuh? 🙁

    Nak ada nyawa melayang baru nak kaji? Inilah yang dimaksudkan dan terhantuk baru nak mengadah! 🙁
    .-= tekkaus´s last blog ..Now Baby AirAsia Can Fly Too! =-.

  12. biasela.. bile dah jadi, baru urusetia @ penganjur akan tersedar banyak aspek tak diambilkira masa nak anjurkan perkhemahan.

    dulu mase aktif pengakap walaupn kem mmg dok sebelah sungai perak urusetia mmg haramkan kitorang mendekati sungai tu.. sape degil diorg anto balik.. tu yang dah tua (skola menengah) nikan plak budak2 yang tengah seronok main… isk
    .-= mrs azmi´s last blog ..road tax oh road tax =-.

  13. silap sekolah sebab tak kawal budak2 tu..yerlah budak2 tu ada yang bukan datang dari situ, so bila kali pertama jumpa jambatan camtu memanglah nak goyang2. bukan budak je, orang tua pun kekadang ada jugak camtu tu. satu lagi kalau nk tengok binaan, tiang jambatan tu macam tak dalam je ditanam..hmmm..tggu lah result dari badan penyiasat.. takziah untuk family budak2 yang tak terselamat
    .-= wanmus´s last blog ..CABARAN PPL 101 Tabiat Punca Kehilangan Pelanggan =-.

  14. dikatakan budak2 main di atas jambatan?
    budaya atau kawalan?

    budaya = ibu bapa perlu sedar perangai anak. mungkin anak2 kita yang main dan menyebabkan runtuh. jangan pakai tuduh saja (respond pada parents yang lepas tangan habis dalam kes ini dengan mengatakan, “saya tak tahu!”)

    kawalan: budak 11 tahun dibenarkan minum malam tanpa siapa2 mengawal perjalanan di atas jambatan? wooww…kagumnya. memanglah zaman IT, budak pandai. Tapi mana urusetia?

    dah banyak betul dugaan dalam “1Malaysia” ini.
    Mungkin semua orang, satu negara patut muhasabah diri.
    Kenapa program2 1Malaysia ditimpa musibah.
    .-= cheryna´s last blog ..gossip girl: malam pesta muda mudi =-.