Kenapa Dia Tak Datang?

Setiap detik-detik ku lalui
Jiwaku gelisah membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana

Selepas dia tanya , banci itu apa mama dan kemudiannya menanti dengan sabar dan penuh keterujaan pembanci  tak juga muncul di depan pintu rumah………..akhirnya!

Penantian ini sia-sia. Kasihan Intan. Dia yang tertunggu² dan ingin tahu banci dan bagaimana dibanci akhirnya kecewa.

Tempoh banci yang bermula dari 6hb Julai telah berakhir pada 22hb Ogos 2010. Tidak seorang pun pembanci datang . Jiran² saya juga mengakui perkara yang sama.

Budak sombong kerek ( klik link untuk baca pengalaman dia ) tu pun dibanci walaupun dia tak isi borang… tiba² je depan pintu rumah dah ada kad tanda sudah dibanci.

Canggih juga ye cara orang banci.  Sebab bulan puasa ke?  Habis tu kenapa rancang buat program banci tak tengok kalendar kuda dulu?

©kujie –  beanci bilang cinta!

45 Replies to “Kenapa Dia Tak Datang?”

  1. kami pulak tunggu2 tak datang, bila ambik keputusan nak balik kg, dan on the way balik, jiran sebelah kata de org banci datang.. adoi.. last2 orng banci tu tanya jiran sebelah je la.. kira banci la jugak kan…
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Lelaki Liat BerpuasakahMy Profile

  2. Salam,
    Dia datang ke rumah saya pada hari minggu, namun diketuknya pintu sampai nak roboh sebab lambat buka. Dah namapun hari minggu, tuan rumah mestilah tengah bermalas-malas dalam rumah dengan pakaian seksi segala. Sangat kurang asam bila mereka memang tak sabar untuk tunggu. Bukankah ambil masa untuk perempuan manis ubah penampilan bila buka pintu kan…bila pembancinya terlalu muda, sangat tak fahamlah pula cara berbudaya bila ke rumah orang ;)—-> kemudiannya dilabelkan kita tak beri kerjasama. Apa yang mereka dapat? Satu syarahan perdana pada hari Ahad nan mulia hu hu hu
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Edisi Siasat Terjah Bangi- Intai Bilik Anak DaraMy Profile

  3. bila kita register gravatar, kila boleh add beberapa email yg kita nak…maksudnya dlm 1 akaun boleh guna beberapa email berbeza.

    cubalah yang mana elok,request new passwordlah 😆

  4. gravatar hanya perlukan email..dia detect gambar avatar kita melalui email yang kita register bukan alamat url blog

    jadi sesiapa pun boleh guna gravatar….tak ada blog pun boleh

  5. kak jie..masih blajar pasal gravetar, banyak kali cuba,takut..sy ingat kalu register guna avatar, kita ounya favicon akan berubah, dh register sbulan, tapi belum guna.
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Nak raya kampung saya ke awakMy Profile

  6. Susah la….kalau nak percaya data yang hasil dari banci ni ya?tak accurate…sangat…kami ni selalu menantikan keputusan banci 2010…dah la..tu nak beli data mahal …This year fikir 2 or 3 kali nak beli le tak result banci ni…..

  7. seronoknya… teringin sangat untuk terlibat sebagai seorang yang dibanci…maksudnya sebagai keluarga sendiri.

    zaman dulu banci dibuat dengan keluarga di kampung.

  8. Kecoh Intan sebab dia faham , banci tu dikira bilangan penduduk macam cikgu ambil kedatangan murid pagi²

    kalau dah tak catit kedatangan, kan dah dikira ponteng..hah..macam mana dia orang tak kira Intan…kecoh betul dia 😆

  9. rumah saya pon tadek orang datang. bazir je cuti. so tak mengapa lah. kalau dia baca pos kak jie ni.. mintak sampai kan kat dia yang rumah saya dah ade 3 orang sekarang ni.. hehehe..

    nak pos malas betoi.
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Selamat bersahur untukkuMy Profile

  10. ehh dilanjutkan tarikh ke ma? patut lah mama takde buat entry pasal bancim rupanya diorang tak datang sana? mcm mana diorg boleh letak kadddd? ewahh melampauuu
    Jom terjah post menarik dari yonna ..FGEMy Profile

  11. Owh, ada juga yang tak berkesempatan untuk dibanci rupanya, saya pun tempoh hari menanti pembanci datang, sebab terasa penting untuk memberikan butiran yang diperlukan, tapi bila ada tempat yang tidak dibanci begini, maksudnya maklumat yang dikumpulkan tidak lengkap seperti yang diharapkan.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Tips kehidupan- lembutkan dagingnyaMy Profile

Comments are closed.