Kencing pun dapat duit…

By Kujie, 07/07/2008 4:06 pm
Setiap kali kencing, anda mendapat upah. Bunyi mengarut? Tapi ini berlaku di Tiruchi di India Selatan…orang ramai diberi upah bagi menggalakkan mereka kencing di bilik air.Setiap kali seseorang masuk ke bilik air untuk kencing, mereka menerima 10 paise (RM0.77).

Akhbar Times of India melaporkan bahawa penduduk di Musiri, sebuah bandar kecil dekat Tiruchi, mendapat manfaat dari idea serampang dua mata — menggalakkan rakyat dari kelas menengah rendah menggunakan bilik air dan air kencing yang terkumpul digunakan untuk penyelidikan bagi menguji sama ada ia menjadi baja yang bagus.

Menurut laporan, sesebuah keluarga di daerah itu menerima kira-kira Rs30 (RM2.30) setiap bulan dari skim tersebut. ( ooppp..sebulan RM 2.30 ?  Nak beli seliter pertol pun tak cukup…)

Berita : Bernama

urine 300x199 Kencing pun dapat duit...

Bilalah nak ada idea macam ini di Malaysia, ye…    Selalu sangat tengok lelaki berhentikan kenderaan dan pancut di tepi lebuhraya.

Anak kucing kejar tikus, lepas kencing sila jirus

- pesanan penaja makcik cleaner!

Post Lain Yang Berkaitan

9 Responses to “Kencing pun dapat duit…”

  1. lina says:

    abang saya tak suka tandas awam sebab die kate kene baya…so die lagi rela kencing kat luar je…memang tak malu lah die….stakat nih saya rasa entah brape org dah tengok die kencing…tapi die slambe je….lelaki mmg lelaki kot…takleh nak wat ape….

  2. intan says:

    Kalau buat kat opis ni pun best gak tu. Mesti semua pakat minum air bergelen2….hehehe :grin:

    Kujie ~ itulah..kaya makcik cleaner.. :lol:

  3. Neeza says:

    best tu kencing dapat duit.. kat mesia, kencing kena bayar.. hehehe..
    Kujie ~kena buat mcm tu kat rumah kita la…neeza…penat oo dok menyental bilik air..yg guna ramai…tukang cuci…org sama je…sapa tatau…hahaha :lol:

  4. suealeen says:

    kak jie… kat sini kencing kena bayor la jawabnya… sekali kencing je dah 30-50 sen…

    Kujie ~ kita pun kena letak tabung mcm gitu gak depan bilik air rumah kita…hehehe

  5. yOnnA says:

    ahaaha.. gila ka hapa?
    :mad:

    grr..
    kat mesia ni mmg patut ade sign cmtuh lah ma :p
    ahahah..

    mmg ramai laki buat cmtuh :D
    err terbukti di jalan raya hohoho

    Kujie ~anak2 mama lain pula..jgn harap dia nk memancut tepi highway..kat stesen minyak pun dia tahan diri tak mau masuk…susah juga kita…

  6. combi says:

    aku dgr kat tv3 pagi tadi jie..

    dorang dtg sini pun meludah merata tmpt..eaaaa :(

    lorr kalo kat mesia buat mcm gini smpi bila2 pun org kita dimanja dgn subsidi..sket2 duit duit duit :p

    cadangan toknabe tu aku suke.. aku pasti koyoo sbb kat umah aku mokcik cleaner gak aka penjaga tandas gituu :(

    kalo hg mai umah aku..tolong sediakan duit kecik utk toilet yaa :D

    Kujie ~ bagus tu idea tu combi, kita letak tin biskut tepi pintu bilik ayar…masuk kan sekupang dua sapa2 nk masuk..eee…kita pun penat gak nk kena sental , kan…

  7. TokNabe says:

    Agak2nya berapa pendapatan kita sehari jika kita amalkan idea ni kat rumah. Kita buang air pah tu kita bayar utk diri sendiri. Huh..pak cik kayoo gitu.

    Kujie ~ ape pula pakcik yg kayooo..makcik lah..dia yg jaga /cuci bilik air tu…hahaha

  8. Reez says:

    Dari manalah mereka dapat idea ni ek Kak Jie… Kreatip betul!… Kalau kat Mesia, kalau kita kat luar rumah, nak kencing kat public toilet pun nak kena bayar… Kat sana, tak payah bayar dapat duit lagik…..

    Interesting!…

    Lagi satu, kalau buat macam ni, dapat mengekalkan kebersihan alam sekitar… Takde la orang kencing merata-rata….

    :lol:

    Kujie ~ tak de la bau yg mcm2 tu…eee… :lol:
    suri rumah patut gunakan idea ini ..letak tin biskut depan pintu bilik air rumah masing… :lol:

  9. Umimia says:

    uhuhu…terasa betul baca komen last kak jie tu…semalam saya mendera hubby ajak shopping kehulu-hilir sampai dia tak sempat ke toilet…so…bila dia betul2 dah limit..terpaksa gak kat tepi longkang (nasib dah malam)…hilang gagah perkasa…….kuikuikui….

    Kujie ~ hahahaha..tak abis2 lagi dengki dia tu…. :lol:
    selalu tgok..
    kalo menyorok sikit kan elok
    kadang2 boleh nmpk air terjun dia…tu..hahahah

Panorama Theme by Themocracy

Malaysia Web Hosting