Keputusan Mendebarkan Malaysia Lawan Singapura

Perlawanan pusingan kedua kelayakan Zon Asia Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura malam inii memang mendebarkan.

Dengan ketinggalan 3-5 di perlawanan pusingan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura minggu lepas, kedudukan Malaysia walaupun dibanjiri dengan sorakan padu penyokong yang memenuhi Stadium Bukit Jalil malam ini agak sukar .

Tanpa ketua pasukan negara Mohd Safiq Rahim yang dikenakan kad merah di Singapura, ternyata bukan tugas mudah bagi anak buah K.Rajagopal untuk mendapatkan sekurang² 2 gol.

Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0 dengan 45 minit yang penuh dengan drama Jatuh Di Padang. Pemain² Singapura mungkin sedang beraksi mempamerkan lakonan terhebat untuk memikat penerbit filem Malaysia untuk mengikut jejak langkah Aaron Aziz yang berjaya di bidang lakonan di Malaysia.

Akhirnya Malaysia berjaya juga memecah kebuntuan dan resah ribuan penyokong di stadium maupun di timeline Twitter dengan gol oleh Safee Sali di minit ke 57. Dapat bayangkan bagaimana bergemanya stadium degnan sorakan penyokong.

Sedang bersiap2 untuk keluar menjemput Angah, gawang gol Malaysia bolos lagi.

Dalam perjalanan, suasana seperti jam 2 pagi. Sunyi sepi dan kami tidak berselisih dengan sebuah kereta pun. Baki 20 minit terakhir saya mengikuti ulasan siaran langsung melalui radio Sinar FM.

Melepasi Bukit Beruntung, wisel penamat ditiupkan yang pastinya telah meemukkan hati berjuta rakyat Malaysia malam ini. Keputusannya Malaysia seri 1-1 dan tewas dengan aggregate 6-4.

Walaupun tewas, pujian harus diberikan kepada penjaga gawang negara Khairul Fahmi Che mat yang bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan demi perubaan dari pasukan Singapura.

Rekod 37 tahun layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia gagal dipecahkan walaupun inilah detik yang tepat disaat seluruh negara diselubungi gelombang Harimau Malaya.

Angah dah pun turun dari bas…saya di R&R Rawang sekarang. MRSM cuti sempena awal Ramadan sehingga hari Selasa. Yang lepas jangan dikenang… buah hati ada depan mata, bolehlah peluk.

P/s – dalam kereta pun sempat update

Posted with WordPress for BlackBerry.

23 Replies to “Keputusan Mendebarkan Malaysia Lawan Singapura”

  1. Assalamualaikum,
    Panas! panas! walaupun subuh-subuh tadi hujan turun, tapi hari ni tetap panas dengan macam-macam status pasal bola semalam.

    Tahniah kepada Harimau Malaya yang dah cuba sedaya upaya, tahniah lagi banyak untuk penyokong tegar Harimau Malaya.

  2. pertama kali saya tengok bola perlawanan malaysia dengan penuh debar, jantung berdegup kencang….sampai ke wisel penamat dan nak tidur pun gemuruh belum hilang…

    apa2 pun tahniah buat pasukan malaysia kerana telah membangkitkan semangat rakyat malaysia terhadap bola sepak tanah air, harapnya gelombang kebangkitan ini akan berterusan…
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Wordless Wednesday #4 – Kondo yang paling menghargaiMy Profile

  3. Kalah tetap kalah..tetapi semangat sekarang jangan teus padam untuk tahun mendatang. Malaysia Boleh..

    Eh Angah MRSM mana? wife saya ngajar di MRSM..

Comments are closed.