Kertas Sains UPRS Bocor, Peperiksaan Ditangguh 30 September

Screenshot_6

 

Kertas peperiksaan Science 018 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada esok  11 September 2014 ditangguhkan kerana didapati bocor. Lembaga Peperiksaan (LP) mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

Tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018 adalah pada 30 September 2014.

Peperiksaan UPSR untuk kertas sains esok ditangguhkan kepada tarikh 30 September 2014.  Anak-anak dan mak-mak yang terlibat, moga dapat bertenang.  Kesian anak-anak yang terpaksa tangguh “Hari Merdeka” mereka kerana ada orang yang tidak amanah pada tanggungjawap.

Kecoh jugalah kat Facebook tadi bila berita ini dikongsi.  Sidang media dah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dan ada cikgu yang tidak tahu kesahihan berita ini.  Ada yang telefon KPM tetapi mendapat jawapan mereka juga tidak tahu.

Sidang media tujuannya untuk hebahan kepada orang ramai, bila dirujuk kepada cikgu, cikgu pun tak dapat maklumat awal.  Kesian cikgu yang menerima sms/panggilan daripada ibubapa untuk bertanya sedangkan mereka juga tidak tahu betul atau tidak.

 

kenyataan akhbar lembaga peperiksaan malaysia sumber : FB

 

Cerita soalan bocor ni setiap tahun kita dengar, dari zaman saya sampailah zaman anak-anak saya.  Kalau dulu cuba dengar-dengar khabar secara tertutup tetapi sekarang ni zaman canggih semua maklumat boleh berkongsi sekelip mata termasuklah soalan peperiksaan.

Biasa kita dengar soalan peperiksaan ada set backup, adakah kesemua set soalan yang disediakan juga bocor?

 

NOTAKAKIKUJIE : Bab peperiksaan paling serabut tahun ni….. PT3 bulan depan.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Kertas Sains UPRS Bocor, Peperiksaan Ditangguh 30 September”

  1. Ini lah yang terjadi bila manusia tidak takut kpd Tuhan. Tiada integriti dan pentingkan diri sendiri walaupun hanya utk kesenangan sementara. Saya agak emosional ttg perkara ini kerana ianya melibatkan anak buat saya 🙂
    Jom terjah post menarik dari Hilmi Hasan ..Anti Aging @ Anti PenuaanMy Profile

Comments are closed.