Khabar Angin Kematian Dr Lo’ Lo’ Ghazali

Sepanjang hujung hari minggu – waktu bersantai bersama keluarga. Mak mertua saya datang, adik datang, adik ipar datang, kakak ipar datang, anak saudara sebelah saya sebelah suami – datang bertamu.

Minggu lepas  aktiviti kejubus, rewang dan tetamu blogger, minggu ini adik beradik saudara mara pula.

Walau tidak aktif beronline, saya sesekali masih menjenguk dan membalas beberapa mention dari kawan² di Twitter.

Entah bila, saya terpandang tweet yang di RT – Al-Fatihah, Dr Lolo Ahli Parlimen PAS Titiwangsa menghembuskan nafasnya baru sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kebetulan mak mertua saya  mengenali Dr Lo’ Lo’ Ghazali.  Saya sampaikan khabar ini kepada mak.

Lima minit kemudian saya baca tweet lagi berita yang mengatakan bahawa Dr Lo’Lo’ telah meninggal dunia adalah tidak benar.

Syukurlah saya sempat membaca tweet kedua. Kalau tidak…………..?

Twitter memang pantas menyebarkan berita tetapi bila menyentuh bab kematian, perlu berhati² untuk menyebarkannya.

Saya pun bersalah juga kerana membacakan tweet tersebut kepada emak.  Nasib baik juga mak di depan mata, boleh betulkan fakta.

Dr Lo’ Lo’ Ghazali adalah Ahli Parlimen Titiwangs sebenarnya sedang dirawat di Hospital Selayang kerana menghidap barah paru-paru.

Semoga Allah menyembuhkan beliau jika itu yang terbaik baginya.

===================================================

EDIT : 10:45 malam 17hb Julai 2011 – Innalillahi wainna ilaihiroji’uun… Dr. Lo’lo’ Bt Mohd Ghazali baru sahaja meninggal dunia… Al-Fatihah

Twitter dari Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Solat jenazah dijangka akan diadakan di di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 8 pagi 18hb Julai dan dikebumikan jam 10 pagi.

BIODATA YB. DR. LO’ LO’ DATO HJ. MOHD GHAZALI

  • Tarikh Lahir: 2 Ogos 1957
  • Tempat Lahir/ Asal: Kuala Kangsar, Perak
  • Pekerjaan: Ahli Parlimen Malaysia (P119: TITIWANGSA)

LATAR BELAKANG AKADEMIK:

  • Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly, Ipoh
  • Sekolah Raja Perempuan Taayah , Ipoh
  • Kolej Islam Klang
  • Universiti Kebangsaan Malaysia – Ijazah Pertama ( Kedoktoran)
  • Adelaide Alternative medicine & Surgery – Acupunturist

KEGIATAN DALAM PAS:

  • AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
  • Ketua Pengarah Al-Nisa’
  • Ajk Kerja Pas Pusat
  • Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.

PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA:

  • Bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang dalam Pilihanraya ke 11 (kalah)
  • Bertanding di Parlimen P119 Titiwangsa dalam Pilihanraya ke 12 (menang)

Dipetik dari http://drlolo.wordpress.com

EDIT : 11.30 pagi – Jenazah Allahyarhamah Dr Lo Lo’ Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat kira-kira jam 11.10 pagi ini.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. patutla banyak artikel pasal dr lolo ni..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 5 dari Says.myMy Profile

  2. khabar2 angin sebelum berita sebenar disahkan memang selalu terjadi..
    takziah buat keluarga Dr. Lolo juga.
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan RamadhanMy Profile

  3. bab2 yang melibatkan soal kematian kena berhati2..saya dah pernah terkena dulu…. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..SPM this year!!!! Check out #TutorTVSPM community who shares the same jitters as youMy Profile

  4. Al fatihah dan takziah buat familynya

  5. Al-Fatihah..

    Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para solihin.
    Jom terjah post menarik dari Iqbal ..Senarai Pemain Pilihan Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2011My Profile

  6. tanakwagu says:

    kalau nak yg mutakhir nonton tv, astro awani update setiap jam.
    takziah buat keluarga beliau.
    Jom terjah post menarik dari tanakwagu ..Anugerah Planet Muzik 2011 (APM2011) mengecewakanMy Profile

  7. Kamarul Azri™ says:

    Al fatihah.kepada ahli keluarga
    semoga dicucuri rahmat…. 😕

  8. al fatihah…
    Jom terjah post menarik dari madammondoq ..#CHURPOUT Session At Mark’s PlaceMy Profile

  9. takziah. mmg terkezut dgr berita ni
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Biar Papa asalkan BergayaMy Profile

  10. al-fatihah

    moga arwah ditempatkan di kalangan hambaNYA yg beriman…ameen

    p/s- perlu ada 2-3 ‘pendinding’ utk sebarang berita di twitter sekarang ni 😀
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Adakah pepatah “pelanggan sentiasa betul” masih relevan?My Profile

  11. al fatihah…

    arwah yg maza kenal sorg wanita besi, tokoh yg perlu dihormati.. lagipun arwah merupakan anak bekas mufti perak…

    moga roh allyarhammah di tempatkan dlm kalangan para solehin…
    Jom terjah post menarik dari maza ..Reformasi BERSIHMy Profile

  12. Adam Roslan says:

    Al Fatihah…
    Jom terjah post menarik dari Adam Roslan ..Bonus Blackberry Internet Services (BIS) Hotlink Tamat 31 Julai 2011My Profile

  13. Al fatihah Semoga ditempatkan di kalangan org beriman!

  14. tu lah kak jie..semalam ptg kelas dgn dr harlina halizah siraj, inform cerita tu palsu..but last night bila tgk twitter ada berita kematian nya lagi..tunggu sampai betul2 confirm baru la berani nak inform others.. takziah buat keluarganya..semoga roh almarhumah di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
    Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Wordless Wednesday-FreeMy Profile

  15. Denaihati says:

    Al Fatihah semuga rohnya dicucuri rahmat.

  16. takziah untuk keluarga arwah. ada baca info ni kat blog zik tadi
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Promosi SD2 Julai 2011My Profile

  17. takziah untuk keluarganya…. hari tu baca tweet akak… baru tau ni dah meninggal betul… moga-moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang terpilih di sisi Rasulullah s.a.w.. amin….
    Jom terjah post menarik dari Amni ..Letih Tapi Sangat Seronok!My Profile

  18. takziah buat keluarga arwah.. saye dgr dari berita jam 11.30 mlm td.. dr lo’ lo’ idola mak saya..
    Jom terjah post menarik dari laily ..hair makeoverMy Profile

  19. yup..entri ni petang dan ada pembetulan jam 10:45 malam
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kopitiam Di Selangor Tak Halal?My Profile

  20. selalu berhati2 nak beritahu sesuatu berita semacam ni..apapun moga roh arwah dicucuri rahmat,al fatihah
    Jom terjah post menarik dari izwannizam ..Gagal UPU Bukan Penamat SegalanyaMy Profile

  21. Zil-el-Saif @ The Encik Saif says:

    baru saja marah kawan sebab sebarkan berita palsu rupanya benar-benar berlaku.. al-Fatihah…
    Jom terjah post menarik dari Zil-el-Saif @ The Encik Saif ..GIMP Tutorial – Menggunakan Overlay (Oleh Lifutushi)My Profile

  22. takziah utk keluarga DR lolo..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Gift Dari Ibu NZA Dan Mummy DannyMy Profile

  23. dah meninggal betul dah..
    Jom terjah post menarik dari KBLOG ..Dr. Lo’ Lo’ meninggal duniaMy Profile

  24. 2day blogger pun dah kongsi.. takziah untuk keluarga arwah
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Semakin Ramai Pengguna Facebook Malaysia Yang Sudah Kena HackMy Profile

  25. innalillah….muslimat kehilangan permata suci.alfatihah.

  26. itulah penangan teknologi yang pantas..

    apa²pun takziah kepada keluarga arwah..Al Fatihah.
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Ketika Bunga Di Taman Sebelah Lebih IndahMy Profile

  27. Al Fatihah.. memang kadang2 takut nak percaya . kena tengok yg betul2 sahih je.
    apapun semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman
    Jom terjah post menarik dari zool ..Kenapa nak buat peraduan ?My Profile

  28. arwah dah meninggal.ni betul2 punya.tengok kat kak jie edit tu…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Cara Menangani PanikMy Profile

  29. al fatihah..takziah buat keluarga dr lo’ lo’..
    Jom terjah post menarik dari farrah ..Tudung Lycra Corak Bunga-BungaanMy Profile

  30. arwah adalah anak merdeka.lahir pada bulan merdeka dan tahun merdeka 😀
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Cara Menangani PanikMy Profile

  31. ade facebook kata dia dah meninggal.. not sure .. selalu macam ini la… kata meninggal tapi tak meninggal..
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Blog Under MaintenanceMy Profile

  32. al-fatihah..terima kasih kak jie..sebab share
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Semakin Ramai Pengguna Facebook Malaysia Yang Sudah Kena HackMy Profile

  33. info2 macam ni yang bahaya…tkut ramai terpedaya
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Semakin Ramai Pengguna Facebook Malaysia Yang Sudah Kena HackMy Profile

  34. Al-fatihah..
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Mencari Pak AnjangMy Profile

  35. kalau yang petang tadi – tu khabar angin
    kalau baca yang baru kejap tadi…itu yang disahkan.

    Takziah untuk keluarga
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman PerumahanMy Profile

  36. TedungS says:

    Salam, balas singgah tompek den. Semoga Dr dapat sembuh.. insyallah
    Jom terjah post menarik dari TedungS ..KambekMy Profile

  37. Kak Long baru aje baca sebentar tadi. Yang sahih atau palsu? 😐
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Mencari Pak AnjangMy Profile

  38. Twitter memang bagus kak, tapi bab kesahihan maklumat tu yang tak bagusnya pulak
    Jom terjah post menarik dari SHIMI ..One night in MalaysiaMy Profile

  39. oo berita palsu ke? mujur lg. kalau tak sedih sbb hilang srg muslimat berwibawa dan berilmu mcm beliau. 🙂
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..The Shaft House: Rumah Selebar 20 Kaki Tapi Berharga RM2.2juta!!!My Profile

  40. selalu terjadi macam ni.orang yang belum meninggal dikatakan telah meninggal.padahal orang tu cuma masuk wad je.sama macam kes dato jins samsudin aritu…

    nak kena betulkan mentaliti dan cara orang kita ni… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile