11 hari lagi kita akan sambut Hari Kebangsaan - Hari Merdeka yang ke 51.Apa motto untuk sambutan tahun ini ye?

Keranamu Malaysia? Yang dikitar semula untuk tahun yang entah ke berapa.  Mungkin ajuga akan dicipta selepas 26hb Ogos 2008.

Petronas sudah keluarkan iklan² menyentuh jiwa ke belum ye ?  Itulah asik tengok channel Olimpik saja, cuma nampak iklan orang kuning main reben.

Mungkin tiada sambutan kerana kesemua menteri² kita berada di Permatang Pauh untuk Pilihanraya Kecil P 44. Tak ada bunga api . yang banyak batu api.  Mungkin tahun ini kita cuma mendapat cuti 31hb Ogos sahaja.

Tak kisahlah… mari kawan² kita kibar bendera kat blog

EDIT : Tema Hari Kebangsaan ke-51 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Lagu Hari Kebangsaan 2008 - Perpaduan Teras Kejayaan
Pencipta : Dato’ Pak Ngah
Penulis Lirik: Lokgha (Lokman Ghani)
Penyanyai : Roy

Credit : Superb GURU BaniHassim

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fakta-fakta Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P 44,

Calon bertanding -

Datuk Seri Anwar Ibrahim Parti KeADILan Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Datuk Arif Shah Omar Shah Barisan Nasional Barisan Nasional (BN)

Hanafi Mamat Angkatan Keadilan Insan Malaysia Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)

Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi pada pilihan raya kecil ini. Pengundi Melayu 69.4 % , Cina, 24.5 % dan India 6 % .

Kerusi Parlimen P.44 Permatang Pauh terletak di negeri Pulau Pinang. Ia dibahagikan kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Seberang Jaya (N.10) yang diwakili oleh YB Datuk Arif sendiri , DUN Permatang Pasir (N.11) dan DUN Penanti (N.12). Di dalam pilihan raya umum 2008, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (satu parti komponen gabungan Pakatan Rakyat), telah menjana 30,338 undi, mengalahkan Pirdaus Ismail daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (satu parti komponen Barisan Nasional) (16,950 undi)

Biodata Hanafi Mamat

Hanafi Mamat merupakan Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM). Beliau juga merupakan mudir Pondok Padang Siam di Tanah Merah, Kelantan. Beliau merupakan seorang bekas ahli parti PAS tetapi keluar dari parti itu.

Hanafi pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanah Merah di Kelantan atas tiket Bebas tetapi gagal.

Biodata Arif Shah Omar Shah

Yang Berhormat Datuk Arif Shah Haji Omar Shah merupakan Ahli Dewan Undangan Seberang Jaya, Pulau Pinang. Beliau dilahirkan pada 21 November 1956 .

Beliau mula menerima pendidikan awal di SRJK(C) Hun Lian, Taiping, Perak dan disusuli dengan sambungan sekolah rendah di SRJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke SMJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu dan diikuti sambungan pengajian di Chong Hwa High School, Gombak, Kuala Lumpur.

Pada 2004 beliau memenangi kerusi ADUN Seberang Jaya dengan mendapat majoriti 4,464 undi mengalahkan calon PKR Dr Mansor Othman. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti yang kecil iaitu hanya sebanyak 533 undi.

Biodata Anwar Ibrahim

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[2] Anwar bermaksud ‘bercahaya’. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.
Beliau sekarang bertindak sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Anwar merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang termasuk di dalam senarai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time.[1]