kujie@1malaysia.com.my

Tak sihat pun masih beronline? Nak buat macam mana, kawan² saya hidup dalam talian.

Suami jauh, Along kat Bangi, Angah kat Kedah, Intan pergi sekolah, Nemo dan Dory tu uuk pun tak eek pun tak.

Semalam Nemo hilang. Dia panjat pokok kelapa , terjun meja makan. Panggil pun tak menyahut.  Seksa juga bela kura-kura ni.

Duduk depan pc, buka tweedeck tengok Maharaja Lawak di Twitter isu 1Malaysiaemail.

INFO: E-mel 1 Malaysia (  sumber : Berita Online )

Dikendalikan oleh Tricubes Bhd yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang biometrik dan kad pintar. Tricubes kini sedang meninjau beberapa cara untuk menjadikan pendaftaran akaun e-mel berkenaan secara automatik kepada pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas.

Saya tak nak sentuhlah bab Tricubes Bhd yang diletakkan dalam kateogri GN3 company di Bursa Malaysia ( info pada 20 April 2011)  kerana dalam pemahaman makcik² seperti saya,  syarikat GN3 adalah syarikat yang mempunyai keadaan kewangan yang buruk dan merugikan. Ini isu orang ekonomi.

Taraf saya surirumah, cuma nak suruh kita bayangkan kotak email yang dipenuhi dengan berbagai spam. Tak kiralah siapa pun yang hantar, kalau bukan dengan persetujuan terlebih dahulu, itu dikategorikan sebagai spam.

Sebelum ini pun PM  dah  spam email Tahun Baru Cina dan sms.

For the emails, Najib explained that the addresses were obtained from three databases — Media Prima Bhd, Higher Education Ministry and his personal website, www.1Malaysia.com.my.

The SMSes, he said, were delivered with the cooperation of three telecommunications firms — Digi.Com Berhad, Maxis Berhad and Celcom Berhad. –  themalaysianinsider.com

Ramai yang seronok dapat email, dapat SMS dari PM tetapi tiba² jadi lupa kepada privasi diri yang diceroboh.  Bagaimana pihak yang sepatutnya melindungi data peribadi kita membekalkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan.

Nampak?

*subscribe to [phrasal verb] subscribe to (something) : to agree with or support (an opinion, theory, etc.)

Saya nak baca , nak subsctibe apa yang saya nak bukan dipaksa menerima.

Bagaimana dengan mak ayah dan adik² saya di Baling yang tidak menerima perkhidmatan internet?    Bukan saja internet, telefon pun tak ada, kabel tak pernah bertahan lebih sebulan.

Makin teruk demam ni, tak kebah²lah nampaknya .  Sebelum 30 hb April,  saya perlu selesaikan pembayaran cukai pendapatan.

sesiapa tak guna email 1malaysia tak boleh login blog..
wahhh…melompat lagi blogger!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. kujie, cuba ceta apa kelebihan guna khidmat woot media…sorry off topic skit..tq nice blog
    Jom terjah post menarik dari mahadzira ..Rakyat Gesa Najib undur di Facebook lebih 228 ribuMy Profile

  2. aimannajmy says:

    macam-macam le pulak zaman 1malaysia ni ish ish..dengar kata emel tu nak kena charge pulok

  3. kalau saya nak pakai, saya nak nama syafiq, tapi tu terlalu biasa, mungkin tak dapat. 😐
    Jom terjah post menarik dari syafiq ..lomotech Dibuka Secara RasmiMy Profile

  4. dah terbaca juga pasal provider tu.. dengar cerita ada kaitan dengan adik PM
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Industri Membuat Sesar Unjur Di Pulau Bruit- DaroMy Profile

  5. reezluv says:

    masa dapat email TBC tu..terus delete je..sebab bukan email yang saya minta..takde plak isi mana-mana form kt memaner web yang setuju dapat email sedemikian..

    nape PM tak buat kotak subscriber jek..ni beria-ria nak dapatkan bantuan TV3 bagai..SPAM plak tu…ish3..mana etika ni PM? 😆

    apa pun, katanya bukan guna duit kerajaan..nak tengok le launchnya nanti..sape je la yang pakai.kan?

    Kalau Google atau Yahoo tergugat dengan kewujudan email 1MY ni baru le saya rasa nak pakai..kalau tak, nak buat ape..membazir je..mesti banyak email yang tak diundang masuk..

  6. orang ada duit. memang dia suka-suka hatila dia nak buat apa..
    Jom terjah post menarik dari titan ..5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa KembaliMy Profile

  7. demam rindu orang jauh la ni. sabar ye kak jie. 🙂

  8. Cikgu Hairul says:

    Projek untuk rakyat la katakan. Rakyat didahulukan. Kesian orang kampung tak ada duit nak buat email. Kan buat email mahal woo.. Baik hati sungguh ada syarikat swasta nak kuarkan duitnya utk kebajikan. Makin demam kakjie tengok perangai dorang.. saya pun hampir demam.. huhuu
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Plagiat Tesis Dapat DikesanMy Profile

  9. baik duit 2 digunakan untuk bnda berfaedah..lajukan internet kat malaysia ni ker..merepek la projek tu.

  10. satu lagi “projek” barisan nasional! sengal gile! membazir 50M untuk email bodoh camni..huh

  11. get well soon
    Jom terjah post menarik dari pereman ..Halal Ketam Nipah di Kuala LumpurMy Profile

  12. Cuaca tak menentu, ramai yang demam. Semoga Kujie cepat sembuh.
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Daun dapat dilayangkan- getah jatuh ke perdu jugaMy Profile

  13. setuju pasal family kat kmpg pun mane lah tahu internet2 ni semua..apatah lg nak buat email. membazir sangat.

    (pssssttt…sy pun buat entry psl isu ni..bkempen dgn bro rohaizad…hehe)
    Jom terjah post menarik dari munna ..Ekspo Hartanah untuk Bumiputera – jom serbu!My Profile

  14. IC IC. thanks kak jie for the info. next year Nazir Razak top 10 la jawabnya org terkaya Malaysia. huhu
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Tips Menambahkan Ruang Berfungsi Di DapurMy Profile

  15. rasanya email 1malaysia tak perlu.. cukuplah apa yg ada skrg ni.. tak perlu membazir duit utk perkara seumpama itu..

    akibatnya privasi tak ada. huhuhu.. haru seh..

  16. Adilla Harun says:

    Macam-macamlah pulak. Tak berapa nak paham saya, apa perlunya pulak email yang sedemikian namanya. Tujuan utamanya untuk say pun kuranglah jelas. Tapi projek sebegitu besar pasti melibatkan dana yang besar.

    Tadi kelibat PM di TV memperjelaskan dana itu tak ada kena mengena dengan wang kerajaan. Saya pun tak leh nak kata. Saya tak pegang akaun negara dan dokumen berkaitan.

    Apa yang saya pasti projek berdana besar pasti involve untung besar. Siapa untung siapa rugi saya tak pastilah….Saya pikirlah sendiri…

  17. rasanya tak berbaloi dengan pelaburan tu..tak semuanya dapat akses internet..baik upgrade perkhidmatan internet kat malaysia ni dulu 😥
    Jom terjah post menarik dari aizuddin ..5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011My Profile

  18. samanosuke_04 says:

    chit, igt jadik PM bleh main2 spam inbox orang ka? hesh, nasib baik PM tak spam inbox kita, kalo tak dah lama hack cyberjaya tue.. hohohoho
    Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Kerana Facebook Itu Stalker-FriendlyMy Profile

  19. #tanyanajib pun tak terjaga dia buat emel la pulak si najib ni hahahahaha…

    daripada duk usha benda yg memang dia takkan layan sebagai mengaburi pandangan mata baik selesaikan akhiri zaman miskin (azam) rakyat dulu.

    apa kata mak cik jie?hahahaha
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Bruce Lee is My Brother 2010 is The Untold Bruce Lees Story Until NowMy Profile

  20. ingatkan pokok kelapa betul 🙂

  21. Pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

    Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak .Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

    sumber dari MerdekaReview.

  22. pokok kelapa hiasan dlm bekas dia… 😆

  23. bukan hentam…………nasehaaaat………..! 😆

  24. semoga cepat sembuh ye kak jie 😉
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Rumah Ini Cuma 12 Kaki Lebar- TapiMy Profile

  25. ni semo projek nak selamatkan kroni je, kak jie. kdg2 cara penyebaran maklumat di media2 massa menunjukkan seolah2 rakyat2 Malaysia ni xreti psl undang2 ICT dan ekonomi tersirat ni. skg rakyat Malaysia dah maju, pemikiran dah dididik dan diexpose dgn byk ilmu. boleh menilai mana baik mana buruk
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Hiasan Dalaman Apartment Warna-Warni Pilihan IKEAMy Profile

  26. Dah banyak hari jugak ni Kak Jie tak sihat. Harap2 cepat sembuh.

    Bajet banyak tu kalau bukak 1 lagi hospital lagi baguih dari dok perabih tak ketahuan hala :roll:
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Apa barangMy Profile

  27. Bang Najib boleh digelar Bapa ICT Malaysia ni.
    Jom terjah post menarik dari MuJE ..Carpal Tunnel Syndrome – Penyakit No 1 BloggerMy Profile

  28. wau!!! info menarik..
    Jom terjah post menarik dari madammondoq ..Zizan Duet Dengan Linda Onn Di Birthday PartynyaMy Profile

  29. Fahmi Raazali says:

    PM ku seorang spammer… cis…

    semoga kak jie cepat sembuh…
    Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Kalau Dah Minat…My Profile

  30. Mrs.Ayie says:

    Kalau kura-kura tu menyahut, kak jie pulak yang terkejut nanti.

    * Semoga cepat sembuh, jangan takut makan ubat. 😆
    Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..Lafaz yang sukarMy Profile

  31. Cekali-sekala makcik ni hentam kerajaan, pedas jugak… hahaha

  32. Sama la kita kak jie..demam dari hari ahad rie tu & tak kebah² lagi..

    30hb nanti sure ‘hang’ punya web LHDN..
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Selamat Hari Lahir Kak JieMy Profile

  33. Pengalaman lurus bendul bela kura-kura.

    (IRC)
    Jiji: Kura-kura aku sakit.. mata dia bengkak
    Kawan A: Ko taruk la Eye-Mo

    The next day.

    Jiji: Kura-kura aku mati..
    Kawan A: Apsal?
    Jiji: Aku taruk Eye-mo
    Kawan: BANGANG AKU BUAT LAWAK JE LA!

    ye kak jie.. Seksa juga bela kura-kura ni.

  34. membazir duit jer….baik le kasi internet free untuk bebudak sekolah yg dok kawasan kampung ni ha…ada jugak faedah utk dorang…

    p/s: kak kujie, kura-kura blh panjat pokok gak eh? konpious

  35. pasal isu email ni…saya tak kisah sangat… 😯

    tp, pasal kak jie tak sihat ni..saya doakan moga cepat sembuh..

    pssst..kura2 oh kura2..suka panjat tinggi2 yer…
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pak Din Bolognese…My Profile

  36. privasi kena ceroboh, duit Malaysia pun abis
    Jom terjah post menarik dari BOM321 ..RM50 Juta Untuk Projek Emel 1MalaysiaMy Profile

  37. banyak2 berehat kak jie…jangan lupa makan ubat..

  38. sweet ja cara penulisan ni..
    Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..kesilapan dalam rancangan Maharaja LawakMy Profile

  39. nak watpe email tu
    dah banyak dah email yang sedia ada ni
    pelik2 kan diorang tu
    Jom terjah post menarik dari esempoi ..Menarik Sangat- Kena Baca…My Profile

  40. ubat sakit untuk blogger bukan panadol, hospital tapi berblog. Betul tak kak jie.
    Dah online ngadap pc, terus hilang rasa sakit ye kak jie.

  41. kakjie takut makan ubat ni 😛
    Jom terjah post menarik dari suffer8zine ..Video Makhluk Asing Mati Di RusiaMy Profile

  42. Saya pun sempat menonton mahajara lawak siri kali ni, memang menarik, dan timbul isu-isu yang berkaitan. Tak nak komen lelebih, kang taklerh nak request nickname utk email (mcm boleh jer klu dah benda tu otomatik). 😀

    pssst:Kak jie dah gi klinik ke? kalau tak suka gi klinik, cuba aa perubatan-perubatan semulajadi untuk kurangkan panas badan tuh. semoga cepat sembuh
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Suku pertama 2011My Profile

  43. sudah cek further kah? maklum jela skang macam2 virus pelik2 ada

    moga kak jie cepat sihat
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..FOR SALE – Home Made Mini PopiaMy Profile

  44. kak jie tak larat nak marah hari ni…lemau 😆
    hidung panas, tekak pedih

  45. mmg melompat la mcm tu kak jie, suh tukar akaun gmail pun rmai dh kelam kabut..^^
    Jom terjah post menarik dari munna ..Ekspo Hartanah untuk Bumiputera – jom serbu!My Profile

  46. ooo… camtu ek.. sorry eh jangan maraaah aaar
    Jom terjah post menarik dari kid ..Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung BayiMy Profile

  47. ooo… camtu ek.. sorry eh
    Jom terjah post menarik dari kid ..Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung BayiMy Profile

  48. jgn letak link kt kotak komen, automatik masuk kotak spam…blog ini dipasang plugin commentluv yang ada link latest entri di bawah setiap komen yang ditinggalkan

    terimakasih

  49. hahahahaaa… ayat terakhir tak boleh balaah… kelam kabut laa kalau camtu… ekekekek

    Jom terjah post menarik dari kid ..Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung BayiMy Profile

  50. kakchik says:

    Salam kak jie. Semoga kesihatan kak jie akan lekas kembali ke normal. Biasalah kita yang hidup dengan internet ni, sakit pun memang nak juga online cuma mungkin tidak seaktif semasa sihat. Kadang-kadang bila tak sihat, online je dah mula rasa sihat hehe. Selamat berehat ya kak jie.
    Jom terjah post menarik dari kakchik ..BirthdayMy Profile