Lelaki Melayu bermasalah?

Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.

Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.

Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.

Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu.

Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.

Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.

Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu.

Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.

Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak?

Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak. Seorang ilmuwan pernah berkata; “Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini.”

Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, “Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?”

Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, “Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?”

Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka.

Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial.

Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.

Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada. Fikirkanlah. Lelaki Melayu sudah semakin terpinggir. Masihkah kita mahu berpeluk tubuh?

AKMAL FAIRUZ,
Victoria University of Wellington,
New Zealand

Jie ~ Apa Pendapat Anda …………….. ?

Sumber :
Utusan Malaysia 22/05/07

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Well,maybe ada betul nya kata2 penulis tersebut..Akan tetapi cara penulisannya seolah olah mengecam seluruh bangsa lelaki Melayu…Terdapat unsur kebencian yang dipendam lama dalam penulisannya. Boleh difahami mengapa lelaki2 Melayu tersebut bertindak begitu, kerana mereka bukan terpelajar seperti kamu. Kamu yang terpelajar haruslah bersikap professional dan tidak menghukum manusia lain sesuka hati. Pengalaman yang kamu alami tidak semestinya dialami wanita2 yang lain. To someone up there, to say that we Malay’s narrow minded is very inappropriate. You’re blaming Malay’s guy as uncivilized but your writings shows the true self of you, which is uncivilized. Content penulisan ini seakan akan ingin mencetus provokasi kerana tiada komen2 membina malahan merendahkan rendahkn lagi bangsa sendiri. Shame on yourself!

  2. hangat nyer topik ni.. 🙂

  3. Betul ker macam apa yang ditulis? Rasanya menyimpang juga..Saya bekerja dikelilingan oleh bangsa asing dan pada pendapat peribadi saya tidak semua lelaki asing macam yang dinyatakan. Selalunya mereka ini akan baik selagi tak dapat kalau dah dapat, dapatlah habuan. Bukan semua yang macam tu saya tegaskan. Ada juga yang baik.

    Kenapa si penulis hanya fokuskan kepada golongan yang satu jer yakni golongan yang menganggu orang? Tak pernah ka dia nampak ada lelaki yang betul2 mempunyai sifat murni? Ramai lagi saya rasa golongan yang baik dan bersopan di Malaysia ini. Jangan hanya kerana nila setitik habis susu sebelanga.

    Terlalu angkuh rasanya cara tulisan itu. Maybe sebab dia dah belajar di oversea so dia lebih mengagumi cara mereka. Apa la sangat bangsa Malaysia ini baginya. Hanya dua tahun belajar tetapi dah perlekeh bangsa sendiri. Ramai juga antara sahabat saya belajar di serata pelusuk dunia, Alhamdulillah mereka nyatakan bahawa bangsa kita adalah yang terbaik. Itu kenyataan dan realiti.
    Jom terjah post menarik dari nazzue ..GEMPA BUMI DI SARAWAK 15 JULAI 2011My Profile

  4. Exactly ;-). I memang sokong cakap bonda. I’m of mixed parentage. Lelaki Melayu tak boleh tengok kulit putih sikit, mesti nak kacau. Bila I hang out dengan lelaki Cina tak ade pun diorang kacau. Ada skali tu, budak laki pegi masuk dalam tandas perempuan sebab nak kacau aku. Giler ke? Dah tukar jantina jadi pondan? Harap perempuan melayu tegur lah monyet monyet bangang tu. Memang tak semua bangang, tapi banyak yang bangang. Buat malu bangsa jer. Have more self composer la! Macam iklan dunhill. Style, quality, excellence. Susah betul nak jumpa lelaki Melayu muda yang sofistikated. So-cheap-skate-d ada la.

  5. i agree…mmg di malaysia byk harrassment tapi masalahnyer harrasment nihs takkan boleh stop sebab org malaysia sendiri rasa bende tuh normal…phewwitt..phewwwittt tuh normal pada mereka (kiter jugak la)…jadi selagi org suka hidup macam tuh…selagi tuh laa perkara tuh takkan boleh dibantu…selagi tuh laa perempuan kalau nak keluar rumah cam takot2…nak2 kat tpt gelap…negara mat saleh plak…bukan org melayu & islam…but mereka tekankan hidup aman tanpa harrasment…jadi perempuan bangsa apa pun mmg tak kena kacau…sebab kene kacau sikit je…kalau report kene tangkap…even phewwit2 byk2 kali

  6. Saya tidak berapa bersetuju dgn isu yg dh lama ni dan juga pandangan dari nadya. Ingin saya tahu, adakah ayah Nadya berbangsa lain?

    Bukan semua lelaki Melayu mempunyai pemikiran dan adat tutur yg teruk bak kata penulis dan Nadya sendiri (lelaki Melayu x boleh diharap. statements anda berdua terlalu general, dan menyinggung perasaan sesama umat, kaum lelaki malahan saya selaku perempuan Melayu sendiri kerana ayah saya, adik2 lelaki saya adalah lelaki Melayu. Di sini, ingin saya tegaskan, budi bicara dan tingkah laku yg sgtlah rendah adalah disebabkan proses pembesaran yg tidak dikawal oleh ibu bapa sendiri, serta taraf pendidikan yg diterima. Kematangan juga membentuk akhlak seseorang itu, apatah lagi jika dikuatkan dgn pegangan agama yg sempurna.

    Janganlah anda bongkak jika anda merupakan lulusan luar negara, apatah lagi mengagungkan masyarakat tersebut. Janganlah kerana anda ber’couple’ dengan lelaki bukan Melayu, anda merasa adanya perbezaan dan darjat terbentuk pada anda.Setiap masyarakat, setiap tamadun ada turun naiknya, tiada masyarakat yg ‘perfect’. Jika diteliti sejarah di mana2 shj malahan di Barat, kejatuhan tamadun lampau adalah disebabkan masalah sosial yg teruk di kalangan masyarakat tersebut. So, tiada sesiapa yg terlepas,kan?

    Katalah masalah sosial, masalah akhlak di kalangan lelaki Melayu menyebabkan anda benci kepada mereka, mengapa tidak anda yg berpelajaran terpanggil untuk membetulkan sikap bangsa kita sendiri, terlibat dlm program keinsanan di sekolah2 cthnya untuk kita melentur buluh dari rebung supaya keadaan dapat dibetulkan? Kita belajar bukan setakat untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk memberi sesuatu kepada masyarakat kita. Jikalau saya merupakan perempuan yg dikacau oleh budak2 yg tidak matang itu, disebabkan saya sedar saya lebih tua dr mereka, lebih baik saya memberi nasihat biarpun dlm bentuk sindiran. Rasulullah s.a.w sememangnya menyuruh kita untuk nasihat-menasihati dlm mengukuhkan masyarakat tersebut.

    Satu lagi, jikalau anda ber’couple’ atau berkahwin dengan bangsa lain sekalipun, INGAT kata2 Nabi Muhammad s.a.w:

    “Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka”

    Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.

    Daripada hadis di atas, terdapat perempuan2 Melayu yang bangga dipilih oleh bangsa lain khasnya “Mat Saleh”. walaupun bukan semua yg berperangai seperti itu, tetapi dpt dilihat di KL cth umumnya, bagaimana mereka tidak segan silu menunjukkan adegan romantik dan berpakaian yg na’uzubillah, langsung tidak nampak jati diri apatah lagi keMuslimannya. Jadi saya musykil bagaimana sebenarnya dia mampu menarik si lelaki tu ke arah Islam? Sestghnya menukar agama sebagai cukup syarat shj, tetapi tidak mempraktiskan nilai2 Islam (maaf kerana memasukkan permasalahan dr sudut identiti agama di sini kerana sememangnya Melayu adalah Islam). Jika si Nadya katakan byk penceraian berlaku, oh..cuba luaskan mata anda sedikit jgn jadi pesimis. Lihat di Barat sana, tidak bykkah penceraian? Di Hollywood? Apatah lagi di sini, di kalangan artis yg berkahwin dgn Mat Saleh cthnya, berapa ramai yg kekal? itulah dia, bila niat sudah silap, nama shj Islam tp tidak meninggalkan amalan2 kufur dan berdosa dan si perempuanpun sama2 tidak membantu malah sama spt lelaki itu sdiri. Jadi sebenarnya jangan terlalu pesimis kepada pandangan sempit anda yg penuh berunsur kebencian. Semua bangsa ada kelemahannya, yg diukur spatutnya adalah ilmu, iman dan amal.

    Kembali kepada hadis td, sy pernah terbaca, bhw sesiapa yg menyerupai dan menyanjungi sesuatu kaum itu, maka Allah akan mematikan dia dgn cara kaum itu sdiri..na’uzubillah…

    Bagi pendapat akan pelajar perempuan Melayu tidak mahu bekerjasama dgn pelajar lelaki dan masih tidak mampu melepasi kaum lain, dari mana sumber itu? dr kawan2 yg satu kepala dgn anda?? Maaf, sepatutnya anda harus buat kaji selidik ok untuk mensahihkan pandangan anda. Orang yg berpelajaran sepatutnya tahu kaedah apa yg digunakan untuk membuktikan hipotesis dan pandangan. Pandangan anda sgtlah sinis..terlalu sinis kerana saya juga adalah pelajar universiti malah belajar di dalam negeri, tetapi tidaklah pula terjadi perkara sedemikian rupa.

    Sampai di sini sahaja pandangan dan hujah saya. Nasihat saya, berfikirlah dulu sebelum memberi pandangan. Kita boleh nasihat-menasihati dalam memperbaiki kekurangan bangsa kita sendiri, jgn diikutkan emosi dan perasaan anda yg sukakan bangsa asing menyebabkan anda dilihat terlalu teruk ketika berbicara.Jangan memberi keaiban kepada bangsa sendiri dan mengagung2kan bangsa lain kerana itu anda sebenarnya adalah PEMBELOT BANGSA. ingatlah, ayah kita, saudara lelaki kita adalah lelaki Melayu. Jagalah akhlak, perbetulkan iman dan pelajari agama bukan terbawa dek arus acuan bangsa lain yg umumnya adalah KAFIR.

    dan…lelaki yg istimewa di hati saya ketika ini juga bukanlah bangsa Melayu (lelaki Turki) tetapi, saya tetaplah bangsa Melayu dan akan sentiasa berbakti serta membela masyarakat Melayu. Lelaki Melayu tetaplah bagus (bagi yg baik) kerana saya sayangkan si ayah si adik2 lelaki2 Melayu. Wallahu’alam.

  7. Great article! I bet the writer must be pleased n laughing to read u people’s narrow minded responses… Look at your reactions people,shame on u.

    She preach the facts but malays will always be malays..they can never accept the fact of it when it is obviously the truth. Bila the truth is out the common excuses that i see is..’semua bangsa ada jahat dan baik’ wow thats pretty cliche and lame. Da basi..come up with a better one!

    Seriously,if u were to read this article’s responses without any ill feelings towards a particular race and if u just randomly google melayu dan mat sallehs..from those forums all i can see is one thing. RACISM! All of us are the same on the inside no matter u orang germany or sudan or sabah..the only difference is skin colour,and language, why must this be a big deal.

    U malays get angry when these malay girls hook up with white guys..labelling them tak ada moral,want big cucumbers,big money,nak mixed kids and whatsoever when in fact lelaki melayu pun go round banging chicks! Drowning themselves with alcohols..u are no better. So whats the deal??? As if getting married to a malay guy wont have any chances of getting a divorce *rolls eyes* look at those artists. She stated the facts which is hard n painful for u guys to swallow. Seriously the percentages of malay guys who are financially stable to have a family is very small..look at what their doing out there. Like hooligans..fooling around like the world wont ever end.

    Soon we will only see lotsa interracial couple because lelaki melayu memang tak boleh harap all they know if go around f**king. (im not saying all but majority) it takes only those people to spoil the whole pool ..

    U guys should be proud and happy that westerners are marrying malay, instead of being selfish that they are stealing your girls, that means our culture will be known and recognise. Look at how much they know about the malay culture when all we know is being selfish and racist! U guys are so narrow minded. Bila melayu nak maju pun tak tahu. I pity those people yang nak make malays be known as a beautiful race that is rich in the culture..because each time or the moment they are with or out or even being extremely nice to these people..u guys start labelling.. God knows what nonsense.

    I guess i shouldnt even waste my time on this as it wouldnt change the thinking of u people as… Sigh..u guys wont admit defeat and will always be bodoh sombong. I know my response might enrage the other readers and i dont care. Seriously if i were u, one of those angry readers here i wouldnt even make my blood boil and mempertahankan orang melayu when in fact what they have been doing is wrong but still continue to do it cz the others are saying its alright..it has always been your ‘adat melayu’

  8. Jie…
    Opah guna pengalaman opah sendiri, ek. Memang betul pun kata-kata penulis tu walaupun bukan semua yang berperangai macam tu tapi kebanyakannya memang tak boleh diharap dan bagai yang dikata oleh minah tu. Sedih. Itulah yang opah rasakan terutamanya apabila membaca akhbar, budak-budak lelaki Melayu semuda 13 tahun merogol bayi berusia 5 tahun. Apa nak jadi? Kecik-kecik dah jadi penjenayah dan sampah masyarakat, dah besar nanti macam mana agaknya. Sedih. 🙁

    ODs last blog post..What Opah Did Last Summer… Ceh… Last 3 Days Laa…

  9. aik…ni isu lama ni ……….tapi ttg relevan setiap masa….

    jahat ke baik ke seseorg tu bkn sbb bangsa atau jantina dia…

  10. baru 2 tahun duk luar negara dah lupa diri… sesetengah orang mmg cam tue… bila dah belajar kat luar negara dia mula terasa status dia lebih tinggi dari orang lain… nak berkawan pon memilih… dan yg paling teruk menghina bangsa sendiri… macam laa sumua lelaki melayu macam tue…

  11. hai kak kujie… shay tau cerita ni pun dari kak kriezs… Tak patut betul dia cakap macam tu… abis ayah dia bukan orang melayu ke? ni la bila orang, baru kenal dunia baru dan mula lupa diri. jangan sampai keluarkan kata2 macam ni… kita ni dari kelompok melayu patutnya kita jaga nama baik kita bukannya perlekehkan lagi. macam mana bangsa kita nak maju? apsal bila ko tu lulusan luar negara jerk orang melayu bangsa sendiri dari negara sendiri dah tak layak nak usik ko… ni la orang kata melayu mudah lupa… dulu kita marah sangat bila kuar sajak melayu mudah lupa ni… Tapi sekarang ni dah terbukti didepan mata… usik2 tu biasa la… apsal bila dia usik awak tu kulit isi dalam badan awak tu semuanya luruh ke? bila diaorang usik jerk berkudis kulit badan tu baru la boleh nak marah2… sekarang ni apa saja kesalahan kita ALLAH bayar cash jangan dok asyik suka mengata orang nanti terkena diri sendiri sudah la…

  12. zura lias says:

    kak jie, mase bace surat pembaca ni kt utusan dh tergerak nk kasik review..tp malangnye masa cemburukan i..hihihi…
    Bila dipikir-pikir, mungkin penulis ni mau lihat respon pembaca lelaki melayu..ramai tak yg suke membaca ape-ape je tulisan kt paper. Provok lebey ni..hikss..
    aper-aper pun, biarkan si luncai dengan labu-labunya..
    biarkan..biarkan..*kata pengawal*

  13. m Nutty-X says:

    Sekali-sekala, ada yang kena hangatkan keadaan… baru la terlenting sikit org Melayu kita.

    Hari ni kecoh pulak isu Tony Pua kutuk orang Melayu kononnya ramai kerja kerajaan sebab tak layak dapat kerja tempat lain. Dah la org bukan Melayu kutuk kita, orang Melayu pun nak join sama?

  14. huhuhu…pedas bahasa nya tu Jie…kalau nak menegur tu,biarlah dgn tutur yg baik…ada caranya…kalau setakat duk kat oversea 2 tahun tu…as a student…rasanya masih tak layak nak menjatuhkan taraf lelaki melayu kita…bangsa kita masih ada kelebihannya…

  15. Abang Long says:

    Tahniah, abang long sangat bersetuju. Malah ada beberapa posting dalam blog, dimana abang long paparkan realiti yang berlaku. Abang Long tidak kisah walau dikecam, yang penting “mesej” abang long sampai !.

  16. Noushy Syah says:

    hahhaha..2 tahun cukup bagi beliau untuk mengukur dan menghukum lelaki2 kaum Melayu? SO pathetic!!

    Biasalah usik mengusik tuh..opposite attracts…tapi sampai nak mengatakan lelaki2 Melayu sebegitu rasanya sipenulis tu patut censored penulisan beliau..sometimes it’s only reverse psychology aje tuh..hiks…

    What a shame!! I’m not a Malaysian and never had such problems in Msia!!Setakat usik mengusik tu abaikan aje lah…kalau suka layan, tak suka walk away…

  17. IndahSakura says:

    Salam Kak Jie,

    Bagi saya artikel itu mmg ada unsur2 sifat bongkak dalam diri
    si penulis walaupun kemungkinan realitinya benar wujud. Dan dia tidak boleh cop kesemua lelaki melayu sebegitu.

  18. menarik entry nih….

    pendapat saya….golongan yg berperangai camni kebykkan mereka yg tak pernah berhijrah…atau lebih tepat lagi…dok tang tu saja…
    tak penah keluar dari kepompong depa…
    sebab tu depa jadik mcm jakun sikit…
    langsung tak respek org…
    langsung tak penah mengenali dunia luar…

    mereka pikir depa dah cukup hebat…
    padahal…cuba pegi ke tempat lain…
    mereka akan merasa diri mereka kerdil saja…
    ada org yg lagi hebat dari mereka…
    depa akan dapat satu pandangan baru yg mungkin sikit sebanyak akan mengubah perspektif pemikiran mereka….

    sebab tu kita perlu berhijrah….
    samada dari segi rohani atau jasmani….

    kalau asyik dok tang tu saja…
    minda tak berkembang dan sentiasa rasa bongkak tak tentu hala…

    err….relevan tak komen saya nih???

    hahha…have a nice day!!!

  19. sudah pak cik telusi tulisan tersebut. akan tetapi hanya inilah pendapat pak cik … biarlah mak andeh dengan labu nya ….

    sekian. harap maklum.

    *sampah. sampah. sampah*

  20. kasyah…kalo kakjie yg tulis bahasa ” angkuh ” mcm tu…..awai2 lagi kena ligan dgn laki kakjie tido luor….naya!

  21. kasyah says:

    Mati-mati saya ingat kak jie yang tulis. Baca dari atas sampai bawah sekali utusan malaysia daa.

    Wah..wah..sedapnya dia cakap macam tu. Saya takde la nak terasa, memang tak minat pun nak buat perangai senonoh seperti yang dikatakan.

    Tapi terasa melebih-lebih pulak ayat Akmal ni..Betul-betul terasa dia ni lawa sangat ke?Sampai semua orang nak bersiul kat dia. Mungkin juga muka cam model.

    Xpayah la nak kutuk semua laki melayu camni. Tak semua camni. Lelaki Melayu pun ada maruah jugak.

  22. pokcik..iso pahem jowo wak…walaupun orak iso nuleh jowo…kue jowo ko wak?

    huhu….:p

  23. tajuk ini seakan menarik untuk pak cik kupas2 dan lontarkan beberapa komen dan pendapat. tapi tunggu bila pak cik dapat membaca nya dengan fenuh fokus dan konsentrasi agar dpt pak cik berlaku adil dan saksama terhadap tajuk dan isi nya. sekian buat masa ini. *sib baik aku lelaki bukan melayu tetapi jawa. err … jawa kah aku?*

  24. tu dia..Lelaki Macho Malaya dah dtg membela kaum lelaki…. setakat kena usik tu bukannya boleh menjatuhkan hukum semua lelaki Melayu mcm tu, kan uncle?

    Pheewit…pheeewittt….tu normal lan ..budak², darah muda…mama yg dh xpired ni pun kadang² di pheeewit…..jugak..ha ha ..perasan !

  25. U.N.CL.E says:

    Assalamualaikum…. waduh terasa pedas sungguh kritikan mek salleh kita tu… betul kata sayda & mama tu, terkadang2 bila terlalu mengkagumi bangsa lain sampai dah tak nampak kebaikan bangsa sendiri… Mat2 Salleh yg dikaguminya tu, kalu dibelek2 ada jugak masalah, bahkan lebih besar lagi tapi buat2 tak nampak…

    Memang tak dinafikan, ada dikalangan bangsa kita, orang Melayu yang tak tentu hala, tapi wajar ker generalise semua lelaki melayu macam tu… that includes ayahnya jugak…just to remind mek ni…. mek tu tak payah la nak bangga yg dia bergaul dan terpesona dgn gaya lelaki mat salleh… org lain pon bergaul jugak tapi takdala samapai terpesona macam tu…

    Orang bijak pandai kata, kita ni kena jadi macam lebah…kat mana2 saja dia pergi, dia akan cari bunga untuk hasilkan madu… jangan jadi resmi lalat, kat mana2 dia pergi, dia akan cari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana2 dia berada…

    Itula hakikatnya, kengkadang kita mudah menuduh & mencerca tapi tak reti cara nak mendidik dan membaiki apa2 yang kurang…

    I rest my case…

  26. hu…mmg kakjie tunggu je sayda dtg komen sini…mana la tau dpt ape2 info ttg dak ni, manalah tau kenal ke…..tu la nk ckp tu..mmg isu ni bagus….boleh di fikirkan..ade kebenarannya tapi terlalu ” angkuh” bunyinya.

    Nak tegur or bagi pendapat tu boleh..isu dia bagus tapi bila dah dicampur dgn ayat2 ” bongkak” jadinya apa yg dia nak sampaikan tu dah tak menarik lagi…

    mcm dia pulak perempuan melayu yang dah hilang adap sopan..he he …

  27. 1stly, sayda x kenal the person.nama tu x penah wujud as student in vict uni.myb she/ he uses nickname, sbb takut org sembur balik.
    tp sume budak welly agak bengang ngn dis person.seems like she’s memburuk2kan bangsa sndiri n mengagung2kan bngsa mat salleh.n mcm la die lawa sgt sampai sume org nk kaco die.eh, please ok, takat mat rempit kaco x heran la.haha..
    tp myb reality kut.salute la jugak die berani ketengahkan isu ni kan kakjie..mmm