Masih mood raya . Tapi kalau dah balik dari kampung susah sikitlah nak dapat jamah ketupat, lemang atau pun rendang. Kalau teringin sangat rebus nasi himpit Adabi.

Saya nak cerita hal lemang. Tak kan tak kenal lemang… amboi … Almond London boleh kenal, lemang pun tak kenal. Sepanjang perjalanan balik kampung dari Serendah - Sabak Bernam saya jumpa lebih 50 orang jual lemang ! Ramai sungguh pakar² pembuat lemang yang muncul.

Seperti yang kita tahu, memasak lemang dengan menggunakan cara tradisional agak remeh dan memakan masa yang lama iaitu antara enam hingga lapan jam. Lemang secara tradisinya di bakar. Cara membakar lemang itulah yang akan menentukan rasa.

Tetapi sedar atau tidak, kebanyakkan lemang yang di jual itu bukannya di bakar seperti secara tradisinya .  Kebanyakkannya direbus dulu, cuma dibawa ke gerai jualan diletak bara api untuk display only.

Ada beberapa cara untuk mengenal lemang yang dibakar secara biasa atau direbus dulu baru disalai di tepi bara api. Tengok tempat jualan. Mustahil tempat pembakaran lemang boleh disediakan di atas rak, di pamer secara terbuka seperti itu.

Kedua, perhatikan buluh. Sekiranya buluh lemang masih dalam keadaan cantik tidak berbekas hitam² seperti rentung terkena api, itu memang di rebus dahulu.

Walaupun memang telah dicipta pembakar lemang mudah alih yang diberi nama Mesin Lemang Toaster , proses ini juga memberi kesan rentung pada buluh lemang.

© Kujie - Saya berhenti di setiap gerai menjual lemang untuk intai buluh lemang sebelum turun dari kereta untuk membeli lemang - gigih tu..:lol: Sampai kat kampung baru puas dapat makan lemang yang mak masak…