Saya sebenarnya nak buat entri, ada banyak yang bersawang dalam kepala otak ni yang perlu dilempiaskan ke mukasurat blog tetapi tidak semuanya selesai dengan kata².
dia datang melamar mimpiku
dalam diam yang lama
kami sepi tanpa kata
mindaku terseret ke daerah keliru
keliru yang bercambah-cambah
di timbus rasa wasangka
aku lemah
terpedaya dan terpesona dengan diri sendiri
rupanya dunia ini tidak semudah itu
mengiringi kita dengan nasib yang indah
harus menjadi lebih tabah dan insaf
belajar untuk senyum pada sebuah kepahitan
Ucapan Takziah kepada keluarga bekas Mufti Selangor Datuk Ishak Baharom dan komposer juga penulis lirik Rosli Khamis @ Loloq , Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan semoga Allah SWT memberi ketabahan dan kesabaran kepada keluarga mereka atas ujian diterima.
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali…
Ya Allah ampunkan dosa² mereka Ya Allah dan ampunkan dosa² kami Ya Allah…
Nota untuk OD : Nak tulis² kat gambar tu, edit guna Photoshop, tapi saya guna Paint je, Photoshop ada tapi tak berapa pandai guna..hakhakhak…
Post Lain Yang Berkaitan:


combi
aku hang tak suke ke..kehkehkeh..
aminnnn
aku suke pic tu dgn kias kata2nye..
semoga roh mereka aman disana..insyaALLAH.
Aminnn….semoga tenang mereka di sana….
Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang mukmin. Amin.
semoga roh mereka dirahmati oleh Allah s.w.t…Amin…
al-fatihah buat mereka…